16 April 2009
Breaking News!! Yang Ditunggu Dah Tiba..Pilihanraya DUN Penanti

Dah agak dah!! dari semalam lagi berita ini berlegar-legar... cuma tak ada siapa berani nak confirm... sekarang dah terang lagi bersuluh..
Fairus letak jawatan Adun Penanti
KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin hari ini mengumumkan perletakkan jawatannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti berkuatkuasa hari ini.
Beliau memberi alasan bagi menumpukan lebih perhatian kepada usahanya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca siswazah serta untuk memberinya lebih masa bersama keluarga.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini hari ini.
WOW GEMPAR KABINET BAYANGAN PR
INILAH KABINET BAYANGAN PR YANG DI URA-URAKAN MEMIMPIN NEGARA MALAYSIA TIDAK LAMA LAGI, PAK KARAMU RASA KABINET INI DAPAR MEROBAH PENDIRIAN KAUM LAIN KEPADA PR1. PERDANA MENTERI - ANUAR IBRAHIM
2. TIMBALAN PERDANA MENTERI 1 TUAN GURU HAJI HADI AWANG
3. TIMBALAN PERDANA MENTERI 2 LIM KIT SIANG
4. MENTERI HAL EHWAL PERPADUAN DAN PENGURUSAN TAN SENG GIAW
5. KEMENTERIAN PERUNDANGAN KARPAL SINGH
6. KEMENTERIAN UNIT PERANCANGAN EKONOMI WEE CHOO KEONG
7. KEMENTERIAN HAL EHWAL AGAMA ISLLAM TAIB AZAMUDDIN MD TAIB
8. MENTERI KEWANGAN 1 WILLIAM LEONG
9. MENTERI KEWANGAN 2 TONY PHUS
10. MENTERI PELAJARAN KHALID ABDUL SAMAD
11. MENTERI PENGANGKUTAN NGEH KOO HAM
12. MENTERI PERUSHAAN DAN PERLADANGAN KAMARUDDIN JA'AFAR
13. MENTERI DALAM NEGERI MAHFUZ OMAR
14. MENTERI PENERANGAN DAN KOMUNIKASI SAIFUDDIN NASUTION
15. MENTERI TENAGA, TEKNOLOJI HIJAU DAN AIR CHARLES SANTIAGO
16. MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH MOHD ABDUL WAHID ENDUT
17. MENTERI PENGAJIAN TINGGI DR ZULKIFLI AHMAD
18. MENTERI PERDAGANGAN ANTARA BANGSA DAN INDUSTRI MUHAMMAD AZMIN ALI
19. MENTERI SAIN DAN TEKNOLOJI DR HIEW KING CHEU
20. MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR DR SITI MARIAM
21. MENTERI PELANCUNGAN FONG FO KUAN
22. MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI WAN IBRAHIM WAN ABDULLAH
23. MENTERI PERTAHANAN JOHARI ABDUL
24. MENTERI KERJARAYA M. KULASEGARAN
25. MENTERI KESIHATAN DR LEE BOON CHAI
26. MENTERI BELIA DAN SUKAN SALAHUDDIN AYUB
27. MENTERI SUMBER MANUSIA TIAN CHUA
28. MENTERI PERDAGANGAN DALANM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA DR HATTA MOHD RAMLI
29. MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN DR MICHAEL JEYAKUMAR
30. MENTERI PEMBANGUNAN WANITA ZURAIDAH KAMARUDDIN
31. MENTERI LUAR NEGERI SIVARASA
32. MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DR LO LO MUHAMMAD GHAZALI
Pertukaran kementerian tetakluk kepada keperluan dan ketokohan
Tuan Guru Nik Aziz Tunai Umrah Minggu Depan
KOTA BAHARU [10.15 pm] - Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (foto) akan menunaikan umrah di Mekah selama 12 hari, mulai Isnin ini. Setiausaha Politiknya, Annual Bakhri Harun berkata Mursyidul Am PAS itu akan berlepas ke Tanah Suci dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, dengan diiringi isterinya Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, anak perempuan bongsu mereka Nik Salsabila dan Serta Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar Rosdi Abdullah. “Sepanjang berada di Tanah Suci beliau tidak mempunyai program lain selain mengerjakan ibadah umrah semata-mata,” kata Annual Bakhridi majlis meraikan Nik Aziz sempena akikah cucunya ke-51 di rumahnya di Kampung Pulau Melaka, di sini, hari ini. Annual Bakhri berkata cucu yang belum dinamakan itu hasil perkongsian hidup anak kesembilan Nik Aziz, Nik Amalina dengan Ir Abdul Ariffahmi Ab Rahman, Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Kelantan (PMBK).
Amaran kepada penulis blog Pakatan Rakyat
.Amaran ini hanya digunapakai kepada penulis blog pro-pembangkang sahaja, percayalah kakaka, ciri-ciri kuku besi Malaysia semakin menampakkan hidung belangnya, kakaka
KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini meminta penulis blog menghentikan penulisan mengenai perkara palsu dan menyentuh peribadi.
Beliau berkata mereka yang menulis laporan palsu akan dikenakan tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia.
"Menyatakan perkara palsu dan perkara menyentuh peribadi harus dihentikan oleh para penulis tersebut (penulis di internet dan blog).
"Jika mereka mengkritik kerajaan, itu hak mereka tapi jika berita mereka palsu maka kita akan mengambil tindakan di bawah Akta Komunikasi (dan Multimedia)," katanya kepada pemberita selepas melawat dan mendengar taklimat Jabatan Penerangan di Wisma Sime Darby di sini.
Beliau berkata perkara itu adalah antara yang dibincangkan pada mesyuarat pertama jemaah Menteri hari ini, selepas pembentukan Kabinet baru oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Khamis lepas.
Dr Rais berkata Perdana Menteri juga bersetuju bahawa nama rasmi kementerian yang diterajuinya itu ialah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, dengan menggugurkan perkataan "Kesenian".
"Ia tidak lagi mengandungi perkataan atau istilah lain selain tiga (perkataan) itu. Ia berasaskan kepada konsep jelas dan ringkas yang merangkul aspek perkhidmatan kerajaan Malaysia iaitu penerangan, komunikasi dan kebudayaan," katanya.
Katanya, ketiga-tiga kementerian yang digabung di bawah satu kementerian itu akan memperkasakan lagi tindakan serta apa sahaja yang berkuatkuasa di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia.

Anwar dicalon majalah Time tokoh paling berpengaruh dunia 2009

Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi tersenarai sebagai calon 100 tokoh paling berpengaruh dunia tahun 2009 oleh majalah antarabangsa Time.
Ini merupakan kali kedua Datuk Seri Anwar dicalonkan oleh majalah tersebut.
Tahun lalu, beliau diiktiraf sebagai antara tokoh paling berpengaruh dalam kategori Pemimpin & Revolusioner sebaris dengan Barack Obama, Hillary Clinton, Dalai Lama dan Vladimir Putin.
Apa Kata Pak Mufti..?
Hari tu kecoh pasai Ngah Kor Ming baca ayat suci Al-Qur'an... semua pro KERAjaan melenting... dasat..! Pak Mufti pun marah, "orang bukan Islam tak leh baca Al-Qur'an... berdosa..!" (aku tak paham tang mana yang berdosa tu sebab setahu aku, yang bukan Islam tak tertakluk pada dosa pahala, mati esok jadik kayu api dekat neraka... jadi aku heran... kah kah kah kah kah...!!!)Tengok gambar dekat bawah ni pulak... apa kata Pak Mufti..?
Perkara ni berlaku di Perak... diulang Perak... bukan di Putrajaya atau di Terengganu atau mana-mana negeri lain.
Komen Pak Mufti jangan tak komen..!

MUSTAHIL PAS DAN UMNO BOLEH BERSATU DI BAWAH NAJIB
Keputusan yang telah diambil oleh PAS untuk menghentikan sebarang perbincangan atau cita-cita kerajaan perpaduan bersama Umno selepas Najib mengambil alih jawatan PM amatlah dihargai dan merupakan satu keputusan yang bijak. Sebenarnya sejak dari awal isu ini timbul, bukan sedikit dari kalangan ahli dan penyokong PAS termasuk dari kalangan penyokong PR yang lain merasa ragu dengan cadangan tersebut. Amat tidak lojik, semasa PAS berada dalam keadaan sukar, PAS mampu berdiri dengan baik dan diberkati perjuangannya sehingga mencapai kejayaan yang besar di dalam Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu, secara tiba-tiba apabila kini PAS hampir ke puncak kemenangan terfikir pula untuk bersama Umno dalam kerajaan perpaduan. Sudah tentu Umno juga akan pelik betapa dangkalnya strategi politik PAS sekiranya menerima kerajaan perpaduan tersebut.Sememangnya PAS tidak layak untuk berganding bahu dengan Umno walaupun atas dasar perpaduan kerana tiada perpaduan yang diredhai Allah di antara `bersatunya orang yang beriman dengan golongan munafik dan zalim'. Perpaduan mestilah berasaskan Al-Quran dan syarat kepada perpaduan itu mestilah mereka yang zalim menyedari dan bertaubat dari kezaliman mereka. Apakah Umno sudah insaf dari kezaliman yang telah banyak mereka lakukan sepanjang mereka menerajui kepimpinan negara ini? PAS perlu berusaha dengan jalan dakwah dan politik. Setakat ini hanya rakan-rakan dari PR sahaja yang sudi menerima perjuangan PAS secara umumnya. Oleh yang demikian, PAS wajib berjuang bersama mereka selagi mereka tidak menentang perjuangan PAS. Sekiranya DAP dikatakan menentang hudud yang ingin diperjuangkan oleh PAS, penentangan DAP tidak sama seperti penentangan yang telah dilakukan oleh Umno yang terdiri dari orang-orang Melayu berugama Islam. Umno menentang hudud secara teori dan fizikal walaupun mereka menyedari dan memahami kewajipan hukum tersebut, manakala DAP menentang hudud hanyalah berasaskan kefahaman mereka yang sudah tentu jahil berkaitan perundangan Islam. Apatah lagi suara-suara yang menentang hudud ini hanyalah dari beberapa kerat pemimpin DAP sahaja .
Apabila kepimpinan negara kini di bawah Najib, maka bertambahlah lagi alasan bagi PAS untuk melupakan terus kerajaan perpaduan seperti yang pernah diwar-warkan sebelum ini. Perdamaian yang tidak berasaskan Al-Quran tidak akan kekal lama sepertimana beberapa perjanjian perdamaian di antara Israel dan Palastine yang telah diusahakan bertahun-tahun itu. Perbezaan Umno dan PAS bukan sahaja dalam soal pokok atau dasar Islam, bahkan berbeza dari segi perjuangan menegakkan hak kemanusiaan dan keadilan sejagat. Lebih tepat jika dikatakan untuk menilai perjuangan kemanusiaan dan keadilan, pemerintahan kerajaan P.Pinang di bawah DAP lebih hampir dan kelihatan Islamik daripada kerajaan negeri di bawah Umno. Kita tidak menyatakan P.Pinang sebuah negeri yang memerintah secara Islam tetapi beberapa dasar pemerintahannya bertepatan dengan kehendak Islam iaitu keadilan dan ketelusan. Terlalu jauh jika ingin dibandingkan dengan sebuah negeri yang kuat Umnonya iaitu Melaka. Apalah nilainya negeri Melaka jika pemimpinnya disabitkan dengan rasuah oleh partinya sendiri? Dan, apakah nilainya Umno jika Ketua Pemudanya juga disabitkan dengan rasuah oleh partinya sendiri?
Syabas buat PR yang komited memerangi rasuah walaupun dilakukan oleh ahli atau pemimpinnya sendiri. Usaha PR yang tegas tanpa berselindung mengambil tindakan ke atas pelaku-pelaku rasuah di dalam kerajaan yang diperintahnya menjadikan PR lebih diyakini oleh rakyat. Apa yang terjadi ke atas TKM 1 P.Pinang menunjukkan betapa PKR serius menangani gejala rasuah. Tiada sekatan atau halangan untuk mana-mana pihak yang berkuasa menyiasat kes yang melibatkan Adun Penanti tersebut. Sudah semestinya Umno telah bersedia untuk memainkan isu ini jika terbukti Adun Penanti tersebut bersalah. Tetapi, secara moralnya PKR telah berjaya membuktikan bahawaparti tersebut lebih berani dan telus dari Umno yang masih mengekalkan Ali Rustam sebagai Ketua Menteri di Melaka. Seandainya selepas ini jika ada sedikit keberanian PM untuk melucutkan jawatan Ali Rustam,kita ingin melihat apakah tindakan tersebut terhenti setakat itu sahaja? Tiadakah pendakwaan atau hukuman ke atas pesalah rasuah ini?
Terlalu banyak hujah atau dalil yang menghalang usaha perpaduan di antara PAS, mahupun PR dengan Umno. Umno terlalu banyak merosakkan negara ini dan terlalu banyak `berhutang' dengan rakyat. Sudah pasti Najib selaku PM tidak mampu melunaskan hutang-hutang tersebut kerana beliau sendiri pun mempunyai masalah yang bukan kepalang besar dan hebatnya. Meskipun Najib cuba melantik beberapa muka baru yang kelihatan `bersih' ke dalam kabinetnya, tetapi tidak akan memberi kesan apa-apa malahan mereka yang dikatakan bersih itu akan tercemar apabila bersekongkol dengan beliau. DS Anwar dahulunya tokoh bersih dari ABIM di bawa masuk ke dalam Umno oleh Tun Mahathir, akhirnya DS Anwar tidak mampu bertahan lama dengan Umno akibat kekotoran yang ada pada jasad Umno. Umno umpama sebuah kereta usang yang telah menukar baru keempat-empat tayarnya, tetapi injinnya tetap kotor walaupun pemandunya bertukar silih ganti.
WFAUZDIN NS
KUMPULAN PAK LAH JADI GURKHA ?
Keputusan Pak Lah dengan senang hati melepaskan jawatannya sebagai PM kepada Najib adalah sesuatu yang tidak dapat diterima oleh sebilangan besar rakyat di negara ini. Sebahagian kecil di Bukit Gantang dan di Bukit Selambau sudah cukup memberi isyarat bahawa tindakan Pak Lah itu tidak bijak sama sekali bagi menyelesaikan masalah politik yang menghantuinya. Bagaimana mungkin seorang tokoh yang memperkenalkan prinsip Islam Hadhari begitu tergamak menggadaikan maruah negara tercinta ini kepada Najib? Mustahil Pak Lah tidak sedikitpun tahu tentang latarbelakang Najib dengan berbagai isu dan skandal yang menyelimuti tubuh badannya?Nasi telah menjadi bubur, tiada apa yang dapat dikesalkan lagi. Sudah nasib rakyat di negara kita mempunyai pemimpin seperti ini yang menganggap negara ini seperti tanah milik mereka yang begitu mudah untuk di`wasiat' atau di`faraid'kan. Pak Lah mungkin berasa lega kerana masalah beliau telah selesai, tetapi bagaimana dengan rakyat selepas ini? Tidak mungkin Pak Lah hanya ingin melihat menantunya KJ sahaja yang selamat selepas beliau berundur tanpa memikirkan nasib rakyat jelata? Dan, adakah menantu beliau KJ selamat sekarang seperti yang mungkin beliau harapkan? Apa yang pasti kini, Tun Mahathir tersenyum lebar walaupun dikatakan kerana beliaulah Umno/Bn tumbang dan aib di Bukit Gantang serta di Bukit Selambau. Mahathir boleh mengangkat kening dan hidungnya kerana Mukhriz anaknya yang telah dimalukan di dalam pemilihan Ketua Pemuda Umno baru-baru ini telah dapat ditebus maruahnya. Tidak perlu bersusah payah, Mukhriz yang kalah kepada KJ sebagai Ketua Pemuda Umno kini telah dilantik sebagai Timbalan Menteri manakala KJ yang menang pula hanya dijadikan `gurkha' oleh Najib. Tergamak sungguh Najib memalukan Pak Lah demi Mukriz anak Mahathir. Lebih mengaibkan dan tidak masuk akal bila Naib Ketua Pemuda Umno turut dilantik sebagai Timbalan Menteri. Apa lagi yang boleh diperkatakan oleh KJ kecuali `Na`am' dan mana mungkin KJ berani `menyembah derhaka' kepada Najib.
Kabinet yang dibentuk oleh Najib merupakan kabinet `tunggang langgang' sehinggakan ramai ahli-ahli Umno sendiri pening memikirkan atas formula apa yang Najib guna pakai. Jika dikatakan kabinet tersebut benar-benar bersih, mustahil kerana adakah Najib itu sendiri bersih? Dan bersihkan Ali Rustam yang masih kekal sebagai Ketua Menteri Melaka? Yang kalah malahan tidak bertanding pun di dalam Majlis Tertinggi Umno terpilih, menganggotai kabinet manakala yang menang dijadikan `gurkha'. Bekas Pengarah KAGAT, Jamil Khir Baharom tidak semena-mena dilantik sebagai Menteri yang menjaga hal ehwal agama, sedangkan ketika beliau berkhidmat di dalam ATM apakah kemajuan besar terhadap bidang agama yang dibawanya menerusi Kor Agama? Sehingga kini masih juga ada panglima tentera dan pemimpin kerajaan yang berdiri tegak tunduk tafakkur di depan batu dan patung Tugu Negara. Masih ramai dikatakan di kalangan warga tentera yang tidak tahu sembahyang, bahkan ada yang dikatakan tidak boleh mengucap dua kalimah syahadah dengan baik. Yang buta Al-Quran usahlah dikira. Jika di dalam organisasi tentera yang kecil itu pun Jamil Khir gagal melaksanakan tanggungjawabnya, mustahil beliau mampu merubah kerajaan di bawah Najib ini untuk mendaulatkan Islam.
Memperkatakan tentang MIC parti penting di dalam komponen Bn, jelas dan nyata parti tersebut tidak lagi dipandang releven oleh Umno/Bn. MIC kini menjadi seperti parti PPP yang ada tidak menambah dan jika tiada tidak mengurangkan buat Umno/Bn. Tumpuan Najib lebih tertumpu kepada MCA di Semenanjung dan parti-parti komponen Bn yang lain di Sabah dan Sarawak. Itulah wajah Umno sebenarnya yang akan tinggalkan kawan jika kawan berada di dalam kesusahan. Seandainya MIC mempunyai sedikit kewarasan dan moral, tiada jalan lain buat mereka kecuali meninggalkan Umno/Bn yang tidak pernah meninggalkan sikap egonya itu. MCA juga perlu berfikir demikian sebelum terlewat dan biarkan Umno bergantung nyawa dengan rakan-rakan mereka di Sabah dan Sarawak. Apakah ahli-ahli MCA tidak merasa tercabar bila mana Timbalan Presiden Umno menyatakan secara terus terang bahawa orang-orang Cina di Bukit Gantang tidak mengenang budi? Banyak sangatkah budi Umno pada masyarakat Cina ? Jika kepada orang-orang Melayu sendiri pun Umno gagal untuk membela nasib mereka, apalah sangat diharapkan oleh MCA kepada Umno.
Zaman untuk bercerita tentang memperjuangkan kaum itu dan kaum ini sudah berlalu. Zaman telah berubah di mana manusia lebih menilai keikhlasan dan ketelusan daripada membicarakan isu perkauman. Biarkan Ibrahim Ali, Ezam Raja Sesumpah, Syed Ali Habshee atau sesiapa sahaja yang merasakan begitu tinggi nilai Melayunya itu bercakap soal Melayu. Bukan rakyat tidak tahu Melayu manakah yang pernah berhempas pulas untuk menjatuhkan kerajaan Negeri Kelantan di bawah PAS yang hampir 100 % rakyatnya Melayu itu. Mustahil rakyat lupa Melayu manakah yang sanggup `menculik' dua ADUN Melayu di Perak demi untuk menjatuhkan MB Melayu di Perak. YAB Ir Nizar dikatakan boneka DAP tanpa mereka dapat buktikan hatta satu bukti pun menunjukkan YAB Ir Nizar adalah boneka DAP. Tidakkah Najib juga boleh dikatakan boneka Mahathir ? Buktinya? Tidak perlu saya jawab, mungkin KJ atau Pak Lah sendiri mampu menjawabnya.
Pakatan Rakyat harus terus berjuang agar seluruh rakyat di negara ini lebih mengenali Umno/Bn. Mengenal musuh terlebih dahulu sebelum bertempur adalah kaedah yang terbaik untuk mencapai kemenangan. Biarlah nakhoda Umno bertukar silih berganti tetapi hakikatnya bahtera Umno kini semakin reput di makan usia. Percayalah, Umno tidak akan berubah kerana bak kata pepatah cina ` Ikan yang busuk bermula di kepala'. Siapakah kepala Umno sekarang ?
WFAUZDIN NS



