KOTA BAHARU [10.15 pm] - Menteri Besar Kelantan
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (foto) akan menunaikan umrah di Mekah selama 12 hari, mulai Isnin ini. Setiausaha Politiknya,
Annual Bakhri Harun berkata
Mursyidul Am PAS itu akan berlepas ke Tanah Suci dari
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, dengan diiringi isterinya
Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, anak perempuan bongsu mereka
Nik Salsabila dan Serta
Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar Rosdi Abdullah. “Sepanjang berada di Tanah Suci beliau tidak mempunyai program lain selain mengerjakan ibadah umrah semata-mata,” kata Annual Bakhridi majlis meraikan Nik Aziz sempena akikah cucunya ke-51 di rumahnya di
Kampung Pulau Melaka, di sini, hari ini. Annual Bakhri berkata cucu yang belum dinamakan itu hasil perkongsian hidup anak kesembilan Nik Aziz,
Nik Amalina dengan
Ir Abdul Ariffahmi Ab Rahman, Ketua
Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Kelantan (PMBK).
No comments:
Post a Comment