.
`
refresh 4 new artikal
.

16 April 2009

MUSTAHIL PAS DAN UMNO BOLEH BERSATU DI BAWAH NAJIB

Keputusan yang telah diambil oleh PAS untuk menghentikan sebarang perbincangan atau cita-cita kerajaan perpaduan bersama Umno selepas Najib mengambil alih jawatan PM amatlah dihargai dan merupakan satu keputusan yang bijak. Sebenarnya sejak dari awal isu ini timbul, bukan sedikit dari kalangan ahli dan penyokong PAS termasuk dari kalangan penyokong PR yang lain merasa ragu dengan cadangan tersebut. Amat tidak lojik, semasa PAS berada dalam keadaan sukar, PAS mampu berdiri dengan baik dan diberkati perjuangannya sehingga mencapai kejayaan yang besar di dalam Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu, secara tiba-tiba apabila kini PAS hampir ke puncak kemenangan terfikir pula untuk bersama Umno dalam kerajaan perpaduan. Sudah tentu Umno juga akan pelik betapa dangkalnya strategi politik PAS sekiranya menerima kerajaan perpaduan tersebut.

Sememangnya PAS tidak layak untuk berganding bahu dengan Umno walaupun atas dasar perpaduan kerana tiada perpaduan yang diredhai Allah di antara `bersatunya orang yang beriman dengan golongan munafik dan zalim'. Perpaduan mestilah berasaskan Al-Quran dan syarat kepada perpaduan itu mestilah mereka yang zalim menyedari dan bertaubat dari kezaliman mereka. Apakah Umno sudah insaf dari kezaliman yang telah banyak mereka lakukan sepanjang mereka menerajui kepimpinan negara ini? PAS perlu berusaha dengan jalan dakwah dan politik. Setakat ini hanya rakan-rakan dari PR sahaja yang sudi menerima perjuangan PAS secara umumnya. Oleh yang demikian, PAS wajib berjuang bersama mereka selagi mereka tidak menentang perjuangan PAS. Sekiranya DAP dikatakan menentang hudud yang ingin diperjuangkan oleh PAS, penentangan DAP tidak sama seperti penentangan yang telah dilakukan oleh Umno yang terdiri dari orang-orang Melayu berugama Islam. Umno menentang hudud secara teori dan fizikal walaupun mereka menyedari dan memahami kewajipan hukum tersebut, manakala DAP menentang hudud hanyalah berasaskan kefahaman mereka yang sudah tentu jahil berkaitan perundangan Islam. Apatah lagi suara-suara yang menentang hudud ini hanyalah dari beberapa kerat pemimpin DAP sahaja .

Apabila kepimpinan negara kini di bawah Najib, maka bertambahlah lagi alasan bagi PAS untuk melupakan terus kerajaan perpaduan seperti yang pernah diwar-warkan sebelum ini. Perdamaian yang tidak berasaskan Al-Quran tidak akan kekal lama sepertimana beberapa perjanjian perdamaian di antara Israel dan Palastine yang telah diusahakan bertahun-tahun itu. Perbezaan Umno dan PAS bukan sahaja dalam soal pokok atau dasar Islam, bahkan berbeza dari segi perjuangan menegakkan hak kemanusiaan dan keadilan sejagat. Lebih tepat jika dikatakan untuk menilai perjuangan kemanusiaan dan keadilan, pemerintahan kerajaan P.Pinang di bawah DAP lebih hampir dan kelihatan Islamik daripada kerajaan negeri di bawah Umno. Kita tidak menyatakan P.Pinang sebuah negeri yang memerintah secara Islam tetapi beberapa dasar pemerintahannya bertepatan dengan kehendak Islam iaitu keadilan dan ketelusan. Terlalu jauh jika ingin dibandingkan dengan sebuah negeri yang kuat Umnonya iaitu Melaka. Apalah nilainya negeri Melaka jika pemimpinnya disabitkan dengan rasuah oleh partinya sendiri? Dan, apakah nilainya Umno jika Ketua Pemudanya juga disabitkan dengan rasuah oleh partinya sendiri?

Syabas buat PR yang komited memerangi rasuah walaupun dilakukan oleh ahli atau pemimpinnya sendiri. Usaha PR yang tegas tanpa berselindung mengambil tindakan ke atas pelaku-pelaku rasuah di dalam kerajaan yang diperintahnya menjadikan PR lebih diyakini oleh rakyat. Apa yang terjadi ke atas TKM 1 P.Pinang menunjukkan betapa PKR serius menangani gejala rasuah. Tiada sekatan atau halangan untuk mana-mana pihak yang berkuasa menyiasat kes yang melibatkan Adun Penanti tersebut. Sudah semestinya Umno telah bersedia untuk memainkan isu ini jika terbukti Adun Penanti tersebut bersalah. Tetapi, secara moralnya PKR telah berjaya membuktikan bahawaparti tersebut lebih berani dan telus dari Umno yang masih mengekalkan Ali Rustam sebagai Ketua Menteri di Melaka. Seandainya selepas ini jika ada sedikit keberanian PM untuk melucutkan jawatan Ali Rustam,kita ingin melihat apakah tindakan tersebut terhenti setakat itu sahaja? Tiadakah pendakwaan atau hukuman ke atas pesalah rasuah ini?

Terlalu banyak hujah atau dalil yang menghalang usaha perpaduan di antara PAS, mahupun PR dengan Umno. Umno terlalu banyak merosakkan negara ini dan terlalu banyak `berhutang' dengan rakyat. Sudah pasti Najib selaku PM tidak mampu melunaskan hutang-hutang tersebut kerana beliau sendiri pun mempunyai masalah yang bukan kepalang besar dan hebatnya. Meskipun Najib cuba melantik beberapa muka baru yang kelihatan `bersih' ke dalam kabinetnya, tetapi tidak akan memberi kesan apa-apa malahan mereka yang dikatakan bersih itu akan tercemar apabila bersekongkol dengan beliau. DS Anwar dahulunya tokoh bersih dari ABIM di bawa masuk ke dalam Umno oleh Tun Mahathir, akhirnya DS Anwar tidak mampu bertahan lama dengan Umno akibat kekotoran yang ada pada jasad Umno. Umno umpama sebuah kereta usang yang telah menukar baru keempat-empat tayarnya, tetapi injinnya tetap kotor walaupun pemandunya bertukar silih ganti.




WFAUZDIN NS

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower