.
`
refresh 4 new artikal
.

01 June 2009

PR UMNO BN : Jika Penanti Dikatakan Digin Manik Urai Pasti Panas

Hari ini menjadi detik kecermelangan bagi sebuah parti yang baru di negara ini. Parti berusia 11 tahun. Tempoh ini memberi cabaran hebat dalam perjuangan menegakkan keadilan di Malaysia. Itulah Parti Keadilan Rakyat Malaysia.

Pakatan Rakyat meneruskan perjuangan demi perjuangan menyahut segala cabaran yang datang tak kira dari dalam maupun dari luar parti.

Kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil DUN Penanti memberi tamparan hebat kepada lawan gergasinya iaitu Umno BN. Kesepakatan yang dicapai menakutkan Umno BN untuk menyertai pertandingan di DUN Penanti. Sudah pasti batu nesan kali ini diberikan kepada calon bebas terutama sekali Nek Min yang begitu hebat menentang PR tapi tidak pada calon bebas yang lain. Serangan Nek Min belum cukup kuat menembusi kubu PR walaupun mendapat sokongan Puteri Umno ataupun Umno itu sendiri.

Mengapa Puteri Umno memberi sokongan kepada Nek Min seorang? Bagaimana calon bebas yang lain?. Mungkin Nek Min menjadi senjata tumpul Umno BN untuk menyerang PR.
Umno nak lawan sendiri takut kalah walaupun dah tahu kalah, terpaksa la guna orang lain sebagai senjata. BACULnya Umno BN. Tewas sebelum bertanding, menggunakan ayat pembaziran duit rakyat sebagai alasan.

Bagaimana pula di Manek Urai?. Disana tiada pembaziran wang rakyat ke? Beraninya Umno BN kali ini,ingin meletak calon di manek Urai.
Pandangan peribadi aku, mungkin Umno BN bosan gelaran BACUL bin DAYUS yang diterima dari rakyat marhaen ataupun ahli Umno itu sendiri tidak berjuang di Penanti, Umno BN mempertaruhkan maruah mereka di Manek Urai.

Di manek Urai rakyat mengjangkakan Umno BN akan menerima batu nesan yang kelima dari PR. Bukan nak takbur tapi itulah hakikatnya setelah rakyat dah jemu permainan Umno BN membohongi rakyat selama ini. Hanya pencacai umno saja yang masih sayangkan Umno.

Kali ini apa jua bentuk atau jenis batu nesan Umno BN tak peduli. Lawan tetap lawan walaupun kalah,tak mahu lagi di gelar BACUL. Umno akan gunakan segala senjata yang ada di Manek Urai supaya tak terima sebarang batu nesan dari PR.

Media arus perdana terpaksa bekerja keras memastikan rakyat menerima segala pembohongan. Provokasi diteruskan seperti biasa. Buktikan pada rakyat PR parti yang jahat.

Betul ke PR parti jahat? Kenapa di Penanti PR tak timbulkan kekecohan? Tiada pula berita buruk di kaca tv, tapi setiap kali PR bertembung dengan Umno mesti kecoh. Siapa yang jahat ni?. Inilah antara pemikiran rakyat yang berfikir. Sekadar andaian bodoh penulis tapi tak mustahil persoalan ini terdetik dihati rakyat.

Umno BN berterusan menerima malu yang besar setelah rakyat tidak mahu lagi ditipu oleh pemimpin Umno. Najib terpaksa bekerja keras mencuci segala najis yang ditinggalkan pimpinan terdahulu. sedangkan najis sendiri belum tentu dapat dicuci. Good Luck Bro !!

Selamat menyambut batu nesan ke 6. -talikasutkayu

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower