.
`
refresh 4 new artikal
.

01 June 2009

AMK akan analisa peratusan keluar mengundi menurun


PENANTI,1 MEI (SK) - ANGKATAN Muda KeADILan akan melakukan analisa berikutan penurunan jumlah keluar mengundi pada pilihanraya kecil Dun Penanti.

Bercakap kepada SUara Keadilan, Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata mereka akan mengeluarkan analisa berkenaan secepat mungkin bagi memastikan peratusan keluar mengundi yang rendah tidak berlaku lagi.

“Kami akan membuat analisa secepat mungkin. Agak kecewa dengan peratusan yang rendah namun ada kemungkinan rakyat agak muak dengan kehadiran polis yang ramai di tempat mengundi,” katanya malam tadi.

Ketika tinjauan Suara Keadilan di pusat-pusat pembuangan undi di Penanti, terdapat berpuluh-puluh anggota polis berkawal di sekitar sekolah, manakala jumlah mereka yang datang ke pusat berkenaan jauh lebih rendah.

Ketika pilihan raya umum 2008, seramai 12,667 daripada 15,421 pemilih berdaftar keluar mengundi berbeza dengan tahun ini, jumlah mengundi hanyalah sebanyak 46.15 peratus atau 7,100 orang.

Walaubagaimanapun, KeADILan menerusi calonya, Mansor Othman mendapat lebihan majoriti sebanyak 5,558 undi berbanding dengan penyandang sebelum ini Mohammad Fairus Khairuddin yang mendapat kemenangan dengan majoriti 2,219 undi.

Shamsul turut mengucapkan terima kasih kepada pengundi yang memastikan kemenangan berpihak kepada Mansor dan kepada jentera yang bertungkus lumus sepanjang kempen pilihanraya.

“Terima kasih kepada semua, AMK akan memastikan wakil rakyat kali ini memberikan khidmat yang terbaik di Penanti,” katanya lagi.

~suarakeadilan~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower