.
`
refresh 4 new artikal
.

01 June 2009

PENANTI UMNO:Syed Ali ingatkan Ahli Parlimen Klang supaya jangan tiupkan api perkauman !

Sumber : UMNO Bahagian Cheras

Thursday, May 28, 2009

TUDUHAN Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago bahawa Malaysia mengamalkan sikap pilih kasih berhubung isu Palestin dan kaum Tamil di Sri Langka sebagai tidak tepat dan bermotifkan politik.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, situasi di Palestin dan Sri Lanka adalah berbeza dan tuduhan yang dilemparkan itu tidak adil kepada kerajaan Malaysia.
Katanya, Malaysia adalah anggota paling aktif dalam Persidangan Negara-Negara Islam (OIC) dan bertanggungjawab membantu rakyat Palestin yang ditindas oleh rejim Yahudi.
“Palestin adalah isu agama dan umat Islam yang tertindas dan di zalimi Isreal, tetapi di Sri Lanka adalah kepentingan perjuangan politik satu kaum minoriti untuk berkuasa menerusi cara pemberontakan,” tegasnya.
Beliau menegaskan, kerajaan negara ini tidak pernah menyokong atau memberi bantuan kepada mana-mana kumpulan pemberontak yang berjuang untuk membentuk sebuah kerajaan di negara-negara tertentu.
“Saya mengingatkan Ahli Parlimen Klang, jangan cuba bermain api untuk meniupkan sentimen perkauman di negara ini. Jangan sentuh kepentingan kaum dan agama Islam untuk agenda politik,” tegasnya.
Beliau berkata, tuduhan Charles bahawa Malaysia mengamalkan sikap pilih kasih berhubung konflik yang berlaku di Sri Lanka adalah satu pembohongan dan boleh mencetuskan kegelisahan kaum di negara ini.
Syed Ali yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan menjawab tuduhan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Klang dalam satu forum awam anjuran Majlis Peguam, mengenai konflik di Sri Lanka di Kuala Lumpur semalam.
Charles yang turut menjadi panel dalam forum itu menuduh Malaysia mengamalkan pilih kasih dengan memberi layanan berbeza ke atas masyarakat Tamil di Sri Lanka dan rakyat Palestin.
Syed Ali menyelar sikap Charles yang mengambil kesempatan mempolitikkan konflik di Sri Lanka dengan Palestin kerana ianya ada hubung kait dengan kepentingan agama.
‘Di bumi Palestin ianya merupakan tindakan penghapusan etnik oleh kaum Yahudi terhadap umat Islam dan kekejaman rejim Israel telah mendapat perhatian badan dunia termasuk seluruh negara Islam seperti Malaysia,” tegasnya.
Beliau menjelaskan, rakyat Palestin berjuang kerana menebus kembali tanahair mereka yang telah dirampas oleh rejim Yahudi yang menyebabkan mereka menjadi pelarian di bumi sendiri.
“Umat Islam dibunuh dan hak mereka telah dirampas oleh Yahudi, maka generasi mereka berhak untuk bangun menentang kekejaman dan kezaliman rejim, malah seluruh masyarakat dunia memberi bantuan kemanusian kepada rakyat Palestin,” ujarnya.
Sehubungan itu, Syed Ali membidas sikap Majlis Peguam yang bersusah payah mengadakan satu forum hanya bermatlamat untuk memberi fokus kepada kepentingan masyarakat Tamil di Sri Lanka.
“Saya nak tanya Majlis Peguam, apakah majlis itu didaftarkan di Sri Lanka atau di India, jika sangat berhajat untuk dilihat sebagai pembela kaum, maka saya syorkan Majlis Peguam didaftarkan sebagai pertubuhan politik,” tegasnya.
Katanya, tindak-tanduk Majlis Peguam sudah lama menampakkan sikap prejudis terhadap kerajaan dan sengaja mencetuskan sesuatu isu yang menyentuh kepentingan kaum dan menghiris persaaan umat Islam di negara ini.
Sehubungan itu, Syed Ali meminta kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negri (KDN) supaya memantau apa jua aktiviti Majlis Peguam bagi mengelak wujudnya unsur-unsur yang boleh mencetuskan ketegangan kaum.
“Majlis Peguam majoritinya di anggotai oleh kaum India dan mereka sering mencipta isu yang menyentuh kepentingan umat Malayu dan Islam di negara ini. Perbuatan ini sudah lama berlaku dan perlu diberikan perhatian serius oleh kerajaan,” tegasnya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower