Nik Aziz - Hanya satunya yang ada dalam PAS ?
Datuk Tuan Guru Mursyidul Am menyumbangkan sebanyak RM 16,500 untuk PAS pusat ketika melancarkan Derma Jihad Muktamar PAS Pusat. Dalam ucapan ringkasnya sumbangan derma jihad bukan kegiatan tetapi kewajipan yang akan diganti dengan pahala oleh Allah swt. Baca lagi : TOK GURU NIK ABD AZIZ NIK MAT SUMBANG RM 16,500 UNTUK PASKemudian dikhabarkan lag , Tok Guru Nik Abd. Aziz tidak pernah mengambil elaun rumah sebanyak RM 3000 sebulan sepanjang 19 tahun menjadi Menteri Besar Kelantan… baca lagi : TOK GURU SUMBANGKAN HAKNYA KEPADA KERAJAAN & RAKYAT HAMPIR 2 JUTA
Datuk Tuan Guru Mursyidul Am khabarnya ada mengatakan : “ Tidak perlu bercakap dengan Umno berkenaan Kerajaan Perpaduan, ianya adalah sampah”
Nampaknya bukan sahaja ideanya yang tidak mahu bekerjasama dengan Umno ditentang oleh sesetengah orang, malah sikap pemurah dan dermawannya tidak mampu di teladani oleh mereka , malah oleh ulama’ lain yang ada didalam PAS, kenapa?
Beginilah contoh pemimpin Islam zaman ini yang wajar ditauladani oleh seluruh pemimpin-pemimpin PAS terutama yang memegang jawatan dalam kerajaan.
Tidak adakah lagi ulama sepertinya ? Takkanlah hanya beliau seorang sahaja dalam PAS yang sanggup berkorban harta benda / wang yang begitu besar?
No comments:
Post a Comment