.
`
refresh 4 new artikal
.

16 August 2009

SPRM 'gerudi' Tiong 4 jam


KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kuala Dimensi Sdn Bhd, Datuk Seri Tiong King Sing telah disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dan dakwaan yang dibuat terhadap Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat.

Difahamkan, tiga pegawai SPRM datang ke pejabat Tiong di sini pada pukul 2 petang Khamis lalu dan menyoal siasat beliau lebih empat jam.

Peguam Tiong turut berada di situ memandangkan beliau telah diberikan notis mengenai kedatangan SPRM sebelum itu.

Pegawai-pegawai SPRM meninggalkan pejabat tersebut kira-kira pukul 6.30 petang dengan membawa beberapa fail.

Tiong, Ahli Parlimen Bintulu dan juga Setiausaha Agung Parti Demokratik Progesif Sarawak dikatakan telah menyerahkan beberapa fail dan dokumen kepada SPRM berhubung dakwaan yang dibuat beliau.

SPRM memulakan penyiasatan berikutan laporan yang dibuat oleh Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang (PKA), Datuk Lee Hwa Beng yang mendakwa Kuala Dimensi yang menjadi kontraktor bagi pembinaan PKFZ terlibat dalam penipuan munasabah, tuntutan tidak berasas dan mengenakan caj berlebihan sehingga jutaan ringgit.

Lee membuat laporan itu berikutan penemuan pasukan petugas khas yang ditubuhkan 10 Jun lalu untuk melihat dari sudut perundangan dan kewangan PKA dan PKFZ.

Difahamkan, SPRM juga menyoal Tiong mengenai dakwaan beliau telah memberi pinjaman RM10 juta kepada Ong.

Selain Tiong yang merupakan Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BN-BBC), SPRM juga telah menyoal siasat dan merekod kenyataan Timbalan CEO Kuala Dimensi, Datuk Faisal Abdullah yang mendakwa Ong telah menggunakan jet syarikat itu tanpa apa-apa bayaran.

Ong yang sebelum ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan beliau menerima RM10 juta daripada Tiong bukan hanya membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Bintulu itu kerana memfitnah malah memberi tempoh tujuh hari kepada Tiong untuk memohon maaf, yang mana jika gagal berbuat demikian, Ong akan mengambil tindakan undang-undang.

Berhubung dakwaan beliau menggunakan jet syarikat itu tanpa bayaran, Ong yang merupakan Menteri Pengangkutan berkata, beliau belum menerima sebarang bil berhubung penggunaan jet itu.

Ong berkata, dakwaan-dakwaan yang dilemparkan terhadap beliau adalah usaha segelintir pihak yang cuba untuk mencemarkan integriti dan kewajipannya sebagai Menteri Pengangkutan, dan telah mengarahkan peguamnya untuk memfailkan injuksi bagi menghalang pihak-pihak terbabit mengeluarkan lagi sebarang dakwaan fitnah terhadap beliau.

http://kedahlanie.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower