.
`
refresh 4 new artikal
.

05 July 2009

Wacana dengan Khairy / Pemuda UMNO

Oleh : AdukaTaruna


Sekalipun Wacana KP PAS dengan KP UMNO dilakukan dalam lingkungan tajuk agama, lu jangan rasa Tantawi boleh pukul. Gua punya pemerhatian jarang silap ma. Gua kan Tok Bomoh. Muahaha.

Memula gua tulis, kemungkinan Khairy akan cuba membentuk wacana itu dengan berpanel. Tidak one by one. Sebab corak agama. Khairy maybe akan dibackup oleh satu ulama. Mesir gak. Kerat jari Uma la kalau Tok Bomoh silap. Ulama Mesir ma...

Peranan Khairy dalam wacana itu plak terbahagi kepada 2 :
  • Pecahkan ketenangan / cool / rasional Tantawi
  • Pendirian PAS dalam satu2 isu rumit
Peranan ulama Mesir Khairy plak ialah jawab hujah agama Tantawi. Dalam kes ini, Tantawi takda elemen pembelit. So, Tok Bomoh akan ramal keadaan wacana akan menjadi PAS menjadi Man U, dan UMNO Barca. Manjang bertahan jer la.

Hujah Tantawi - ulama UMNO jawab.
Belit Khairy - Tantawi / X PAS boleh lepas?

Sebab gua tak tahu siapa dalam Pemuda PAS yang tinggi elemen jahat dan pembunuh, gua cadangan 2 nama ni. Dengan harapan KP PAS dapat cari orang yang menyamai.
  • Mahfuz
  • Khalid Samad
  • Agus
Orang2 macam ni dengan mudah dapat membebaskan diri dari belitan Khairy dan membunuh Khairy. Cara membunuh Khairy mudah. Berikan dia kata 2. Ya atau Tidak. Setuju atau Tidak. Asak dia sehingga kata 2 sahaja. Sebab Tantawi ni jenis bodoh, gua bagi contoh.

"Apa pendirian Pemuda UMNO tentang hudud?"

"Kita komited dengan dasar2 BN" (cara Khairy jawab. dia main kenyataan umum dan samar)

"Mahu atau tidak hudud. Mahu, atau tidak?"

"Kita tetap bersama dengan dasar BN."

"Ya. Dasar BN itu mahu atau tidak? Mahu atau tidak?"

Lu kena asak rapat beb. Suasana akan menjadi Khairy begitu terdesak dan bertahan.

Kalau PAS kena belit plak.

"Adakah PAS tetap mahu melaksanakan hudud dalam Rakan Pakatan?"

"Kita memperjuangkan Islam melalui demokrasi. Kita akan mendapatkan kekuatan demokrasi untuk setiap apa yang PAS perjuangkan."

"Tapi Karpal mengatakan langkah mayat dia dahulu."

"Itu hak Karpal. Kita akan mendapatkan hak pendidikan hudud dalam mata pelajaran Islam di sekolah, mendapatkan hak penjelasan hudud dalam kebebasan media. Semuanya diperjuangkan melalui wadah demokrasi. Pendidikan, perbahasan dan pemahaman dahulu. Dapatkan pemulihan demokrasi dahulu."

Lebih kurang camtu la.
http://adukataruna.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower