.
`
refresh 4 new artikal
.

05 July 2009

RM500 sejam pertama tabung ‘anti-Rosmah’ di lancar


Selepas sejam pelancaran tabung bagi membantu individu yang dituduh dalam kes contengan protes di Universiti Malaya, dana telah mencapai RM500.

Tabung yang dilancarkan pada pukul 10.00 pagi tadi ialah atas inisiatif mahasiswa universiti berkenaan yang prihatin dengan nasib tertuduh.

Pemilik akaun bank berkenaan, Ahmad Fahmi Mohd Salleh melancarkan tabung dana berserta poster dalam blog beliau dengan prasa ‘Derma-lah DEMI Menentang Rosmah’.

Beliau juga meminta orang ramai untuk menyebarkan poster berkenaan bagi meningkatkan nilai kutipan dana.

Pelbagai pihak juga memberikan respon positif dengan pelancaran tabung dana tersebut.

Dalam pada itu, dipercayai tertuduh dalam kes tersebut, Mohd Izzuddin Hilmi Mohd Zaini dan Shahrul Deen memerlukan sekurang-kurangnya RM25 ribu setiap seorang bagi membiayai yuran guaman.

Wakil keluarga tertuduh meminta pelbagai pihak untuk membantu dari sudut kewangan disamping sokongan moral.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower