.
`
refresh 4 new artikal
.

11 July 2009

Saiful Bukhari Di Cabar Failkan Saman Fitnah Terhadap Tiga Orang Doktor Pakar HKL Berhubung Dakwaan Tiada Kesan Dia Di Liwat !!


Susulan laporan perubatan tiga pakar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang mengesahkan "mangsa al-liwati" si Saiful Bukhari Azlan tidak mempunyai kesan dan tanda-tanda diliwat, maka kami mencabar "budak Saiful" untuk menfailkan saman "fitnah" terhadap doktor terbabit, Hospital Kuala Lumpur dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini kerana, laporan perubatan itu jelas sekali telah menyebabkan "imej dan maruah" Saiful tercemar dan mendapat aib yang cukup memalukan. Apa tidaknya, dalam heboh-heboh beliau mencanangkan kononnya "dirinya sudah tiada teruna" dan "tidak suci" lagi, tiba-tiba isu laporan perubatan kedua ini dikeluarkan pula. Jika dulu, laporan perubatan Hospital Pusrawi yang dikeluarkan oleh Dr.Mohamed Osman dianggap "palsu" dan "tidak mengikut peraturan". Malah, asas yang diberikan ialah doktor terbabit bukan doktor pakar, hanya pegawai perubatan biasa dan laporan yang dibuat tidak lengkap serta bermacam-macam lagi alasan "tidak munasabah" yang diberikan. Namun, anehnya segala kemusykilan itu bukannya dijawab sendiri oleh "budak Saiful". Sebaliknya pihak lain yang membuat kenyataan seperti Pengarah Hospital Pusrawi, Kementerian Kesihatan dan lain-lainnya. Sedangkan Saiful hanya mendiamkan diri melihat "kesilapan" yang beliau lakukan itu. Laporan perubatan itu telah tersebar meluas di internet termasuk dalam beberapa buah akhbar alternatif yang lain. Sebaliknya, sehingga kini Saiful tidak pernah cuba mengemukakan "saman" atau "injuksi mahkamah" supaya laporan itu ditarik balik atau sebagainya.

Laporan Perubatan Hospital Pusrawi Bukti Sahih

Lebih mengejutkan, pihak polis telah memanggil doktor terbabit untuk disoal siasat. Ini menyebabkan Dr.Mohamed Osman berada dalam tekanan yang mana menyebabkan beliau terpaksa mengambil cuti. Beberapa bulan selepas itu, beliau membuat akuan bersumpah bahawa laporan perubatan yang dibuat terhadapa Saiful itu adalah mengikut peraturan atas tanggungjawab beliau sebagai doktor. Malah, ketika memeriksa Saiful itu tidak pula beliau mengatakan dirinya diliwat oleh "seseorang". Beliau hanya mahu membuktikan bahawa "duburnya" telah dimasuki "sesuatu benda tajam". Maka itulah Dr.Mohamed membuat pemeriksaan biasa terhadap "dubur" beliau. Malah, beliau juga menyarankan agar Saiful membuat pemeriksaan lanjutan di Hospital Kuala Lumpur jika beliau tidak berpuas hati dengan pemeriksaan yang dilakukannya. Namun, beliau amat terkejut dan kecewa bila selepas sahaja diperiksa, Saiful tiba-tiba muncul di kaca TV selepas beliau membuat laporan polis dengan mengatakan dirinya "diliwat oleh seseorang". Tambah memedihkan hati dan memeritkan telinga ialah yang dituduh meliwat dirinya pula ialah golongan VVIP iaitu bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bukankah ini amat "membingungkan" seorang doktor yang merawat seorang pesakit di mana-mana sekali pun. Maka itulah, menjadi tanggungjawab beliau untuk mengakui laporan perubatan yang dibuat terhadap Saiful. Kerana "anak muda" itu sudah "terang lagi bersuluh" membuat laporan palsu terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dengan dirinya diliwat oleh pemimpin itu. Maka itulah beliau terpaksa bermati-matian untuk mempertahankan laporan perubatannya itu. Anehnya, pihak lain pula mempertikaikan apa yang dilakukannya. Malah, laporan itu tidak langsung memberi "impak besar" supaya pihak polis memanggil semula Saiful dan meminta beliau mengemukakan "bukti-bukti kukuh" secara klinikal yang dirinya diliwat Anwar. Malah sepatutnya pihak polis boleh mendakwa Saiful kerana telah membuat "laporan palsu" terhadap Anwar.

Kenyataan Dan Tindakan Polis Yang Meragukan

Namun, semua itu bagai "dipandang sebelah mata" oleh pihak polis. Malah, mereka semakin bertenaga dan bertungkus lumus pula untuk menangkap Anwar bagi tujuan siasatan. Tangkapan ala "gerila Israel" dilakukan, biarpun Anwar telah berjanji akan hadir ke pejabat polis IPK Kuala Lumpur ketika itu. Inilah yang berlaku !, malah Anwar pula dipaksa memberikan sampel DNA kepada pihak polis. Sedangkan DNA semasa kes pertama dulu masih ada dalam simpanan mereka. Perdana Menteri Pak Lah Badawi ketika itu, serta menantunya Khairy Jamaluddin turut memaksa Anwar membenarkan sampel DNA beliau diambil. Maka kecohlah senatero dunia perihal kenyataan "bangang" mantan PM itu bahawa DNA Anwar 10 tahun lalu sudah tidak boleh digunakan lagi, hingga menjadi bahan ketawa oleh sekalian rakyat Malaysia. Di sinilah nampak jelas bahawa pihak polis dan kerajaan sebenarnya, cuba untuk menyediakan "bukti-bukti" kepada Saiful bagi mengukuhkan lagi tuduhan yang dibuat terhadap Anwar itu. Alasan ini diperkuatkan lagi bilamana Saiful sendiri mengakui bahawa beliau "memang benar diliwat Anwar", malah sanggup membuat "akuan sumpah laknat" bagi menyokong kenyataannya itu. Terbaru, beliau mengakui terdapat "rakaman video khas" adengan "liwat" yang berlaku antara beliau dengan Anwar itu. Inilah yang memusykilkan kita sebenarnya. Secara logiknya, siapakah yang menyediakan video itu? Dan, apakah benar rakaman itu melibatkan Anwar. Tambahan pula ketika peguambela Anwar memohon dokumen seperti CCTV dan lain-lain dokumen terbabit, mereka mencari alasan untuk mengelaknya. Bukankah ini menimbulkan syak bahawa "pihak polis" telah mengikut arahan untuk melengkapkan "siasatan dan pendakwaan" terhadap Anwar.

Demi Maruah Dirinya, Saiful Perlu Saman HKL

Atas dasar itulah, maka dengan ini PDO sekali lagi ingin mencabar Saiful Bukhari Azlan agar membuat laporan polis dan menyaman Hospital Kuala Lumpur (HKL) sekiranya beliau memang bermaruah dan mempunyai harga diri. Tindakan membiarkan perkara ini terus didedahkan jelas sekali menunjukkan bahawa kes ini hanyalah sandiwara semata-mata. Kami masih ingat lagi ketika "jantan sial" ini membuat laporan polis terhadap blog Pahang Daily Online ini. Beliau dengan penuh semangat berkobar-kobar kemudiannya telah menfailkan saman berjumlah RM2 juta, kononnya PDO telah menfitnah tentang "penyakit misteri" yang beliau alami selepas membuat "akuan sumpah laknat" itu dulu. Kononnya pendedahan itu telah menjatuhkan air muka dan maruah beliau. Walhal jika mahu dibanding laporan tentang penyakitnya itu dengan laporan perubatan "beliau tidak diliwat" yang dibuat oleh Hospital Pusrawi dan Hospital Kuala Lumpur ini maka amat jelas sekali laporan perubatan dua hospital itulah yang telah mencemarkan imejnya. Malahan, laporan kedua hospital itu juga boleh mengganggu kes perbicaraan liwat beliau berbanding dengan kes penyakit misteri yang didedahkan oleh PDO dulu. Sekarang, apa yang ditunggu lagi?. Jika Saiful jujur dan benar beliau harus membuktikannya. Laporan perubatan dua hospital itu jelas sekali mencemarkan maruahnya. Jika beliau fikir laporan itu tidak benar, maka ia adalah "fitnah" terhadap dirinya. Soalnya sekarang, kenapa Saiful harus berdiam diri. Kenapa takut untuk bertindak?. Nampak benar beliau sebenarnya "berselindung di sebalik sesuatu" sebenarnya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower