Diam2 saja dah jadi satu debat pulak petang ni, Mujahid akan berdepan dengan ayam tambatan Umno baru yang terkenal ngan kokokan tajamnya. Berita yang dipungut dari Harakah ini semestinya jadi tumpuan setelah pelawaan Nik Aziz buat Najib tak bersambut.
KJ memang terkenal ngan kehebatan luarbiasanya. Keberaniannya mula dicungkil umum sejak berjaya menjadi menantu Pak Lah, kemudiannya jadi hero di PRK Ijok, jadi Ketua Pemuda Umno yang tak berjawatan kabinet, bertandang ke KB berdebat ngan Dato' Husam, dan terkini pakai kopiah pulak di Manek Urai.
Memang hebat budak KJ ni. Kita tengok macamana Dr. Mujahid samaada berjaya menjinakkan satu satunya ayam tambatan Umno bukan saja yang berani berkokok malah berani bersabung pulak.
Ok.. nak keluaq beli pop corn kejap.. :)
Dr Mujahid berdebat dengan Khairy petang ini
Mohd Sabri Said
PULAU PINANG, 11 Julai (Hrkh)- Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa akan berdebat dengan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaludin dan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), Shabudin Yahya mengenai 'Wacana Minda Perpaduan Ummah' di Komplek Masyarakat Penyayang, Jalan Utama berdekatan Hospital Besar Pulau Pinang mulai jam 2.00 petang ini.
Program anjuran Umno Bahagian Tanjung itu dibuat untuk menghurai beberapa masalah yang berlaku di negara selain mendapat pandangan daripada berbagai pihak termasuk PAS yang dikatakan mempunyai banyak formula untuk tanganinya.
Penduduk dan sesiapa yang berminat boleh hadir untuk mengikuti debat berkenaan. Harakah
No comments:
Post a Comment