.
`
refresh 4 new artikal
.

16 July 2009

PAS menang, BN Kecewa – Dato’ Husam

Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, Barisan Nasional (BN) yang paling kecewa dengan kekalahan tipis parti itu di Manek Urai kerana mereka berani meletakkan calon berikutan yakin mampu merebut kembali kerusi N41 itu.

husam_pc_ “Jika matlamat BN setakat mahu mengurangkan majoriti undi mereka tidak akan bekerja kuat sepanjang kempen pilihan raya itu.

“Pada mulanya kita jangka Pas kalah dalam 200 atau 300 undi tetapi akhirnya kita Berjaya mempertahankan kerusi berkenaan. Tahniah kepada pengundi Manek Urai,” katanya.

Kekecewaan nampak jelas dari kenyataan-kenyataan pemimpin Umno/BN.

Polis diminta siasat dua petugas Pas cedera di Manek Urai
Sementara itu, Polis diminta menyiasat kejadian dua petugas Pas termasuk seorang Muslimat yang didakwa cedera akibat kejadian kekecohan di pusat pembuangan undi di Manek Urai, Kuala Krai, kelmarin.

Kata Dato’ Husam, pihaknya berharap polis dapat membuat siasatan sama seperti kes dua Puteri UMNO yang cedera akibat kejadian yang sama.

“Muslimat Pas dari Kuala Kangsar, Perak dan seorang petugas lelaki anak tempatan itu turut cedera dalam kekecohan yang berlaku dan dibawa ke Hospital Kuala Krai untuk rawatan.

“Kejadian yang membabitkan petugas Pas tidak dilaporkan dalam media padahal peguam kami sudah membuat laporan polis pada jam 3.30 petang kelmarin,” katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Beliau mendakwa kejadian yang berlaku di pusat pembuangan undi di Manek Urai itu sebenarnya dimulakan oleh penyokong UMNO yang menyebabkan kecederaan dua petugas Pas terbabit.

Menurutnya, keluarga Muslimat Pas berasal dari Kuala Kangsar terbabit sudah mengunjungi Menteri Besar Kelantan pagi semalam berikutan kejadian yang menimpa anak perempuannya itu.

Loceng amaran buat PAS
“Pemimpin PAS perlu sedar bahawa rakyat Kelantan mula menunjukkan protes mereka dan tidak lagi terpengaruh dengan polemik PAS yang menggunakan Islam untuk kepentingan parti,” kata Setiausaha Agung BN Kelantan, Datuk Che Alwi Che Ahmad. – Sinar Harian 16 Julai 2009

Sebelum Pilihanraya Umum ke 12, Mac 2008, berlaku pilihanraya Kecil Pengkalan Pasir dan BN berjaya menewaskan PAS juga memberi amaran buat PAS kerana perbezaan hanya satu kerusi DUN Kelantan.

Kemudiannya PAS bangkit dan menewaskan BN dalam Pilihanraya umum tersebut. Kali ini BN gagal menewaskan PAS dalam Pilihanraya juga memberi ingatan kepada PAS supaya tidak leka.

Bezanya, semasa Pilihanraya Kecil Pengkalan Pasir, Jentera BN ketika itu diketuai Datuk Annuar Musa berjaya menewaskan PAS, tetapi kali Jentera BN yang diketuai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed gagal menewaskan PAS.

http://jiwokelate.wordpress.com

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower