.
`
refresh 4 new artikal
.

27 July 2009

MEREKA AKAN BERDEPAN DENGAN 30 RIBU PEMUDA PAS



KUALA LUMPUR, 27 Julai - Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan terus menyatakan komitmen pemuda PAS untuk menggerakkan himpunan mansuh ISA yang dijadualkan pada 1 Ogos ini. Beliau menjangkakan lebih 100 000 orang akan hadir dalam himpunan tersebut.

"Kami menjangkakan lebih 100,000 orang akan hadir dan Pemuda PAS akan menggerakkan kira-kira 30,000 orang ahli kami dari seluruh negara," katanya ketika majlis ramah mesra bersama media di hotel plaza jalan semalam.

Justeru itu Nasrudin mengharapkan kerjasama polis supaya membenarkan himpunan tersebut yang disertai oleh 83 pertubuhan bukan kerajaan.

Berikutan keputusan PEWARIS dan PERKASA yang turut mengadakan himpunan mempertahankan ISA pada hari yang sama, Pemuda PAS menghormati pendirian tersebut dan itu merupakan hak mereka. Pemuda PAS tetap dengan prinsip yang menentang kezaliman ISA.

Wacana ilmiah dengan pemuda UMNO

Berkenaan dengan wacana ilmiah bersama pemuda UMNO pula, Pemuda PAS telah pun membentuk jawatankuasa teknikalnya dan mengumumkan 3 anggotanya akan menduduki badan tersebut. Sementara itu Pemuda UMNO juga diminta menamakan 3 orang wakilnya dan surat rasmi mengenai perkara itu akan dihantar esok.

Dua daripada tiga wakil Pemuda PAS dalam jawatankuasa itu ialah Setiausahanya, Kamaruzaman Mohammad dan Ketua Penerangan, Suhaizan Kaiat.

Ucapan Takziah

Dalam pada itu, Nasrudin berkata, pihaknya mengucapkan takziah atas kematian pengarah filem dan iklan terkenal, Yasmin Ahmad di Hospital Pakar Damansara malam tadi.

Pagi tadi, Dewan Pemuda PAS mengadakan mesyuarat jawatankuasa pusatnya yang kedua sejak pemilihan awal bulan lalu./pemuda.pas.org

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower