.
`
refresh 4 new artikal
.

16 July 2009

Kes Liwat: Berita Terkini Dari Mahkamah Tinggi


Mohon Dokumen, Mahkamah Putus Petang Ini

KUALA LUMPUR [12.44 pm] - Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan jam 2.30 petang ini terhadap permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mendapatkan dokumen dan barangan berkaitan kes liwat yang dihadapinya. Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menangguhkan prosiding pagi ini selepas peguam Anwar, Edmund Bon, Amer Hamzah dan R Sivarasa selesai mengemukakan hujah bagi permohonan mendapatkan dokumen dan barangan berkenaan. Hakim akan membuat keputusan ringkas petang ini sama ada menerima atau menolak permohonan Anwar.

Sivarasa, Ada Cubaan Sembunyikan Bukti Kes

KUALA LUMPUR [11.32 am] - Perbicaraan hari ini bermula dengan peguambela Edmund Bon dan Amer Hamzah Arshad menyanggah dakwaan pendakwaraya Yusof Zainal Abiden yang kononnya mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk memaksa pendakwaraya menyerahkan bukti kepada pasukan peguambela. Edmund menegaskan antara peranan utama mahkamah adalah menjamin hak tertuduh mendapatkan pembelaan yang rapi, terutama sekali apabila yang tertuduh mengheret pendakwaraya ke mahkamah kerana menyembunyikan bukti. "Pihak tertuduh berhak kepada semua bahan yang ada yang boleh membantu kes tertuduh, walaupun pihak pendakwaraya tidak menggunakan bahan-bahan itu dalam perbicaraan nanti," tegas Edmund. "Seseorang yang didakwa di bawah kesalahan jenayah harus di beri perbicaraan yang adil. Jika beliau tidak dapat di bicarakan secara adil, maka lebih baik dia tidak di bicarakan terus," tegas Amer Hamzah pula. Dalam penggulungan pasukan pembelaan menuntut pendakwaraya untuk tidak menyembunyikan bukti-bukti penting, peguam Sivarasa Rasiah (foto), menuduh pihak pendakwaan cuba menguburkan rekod yang menunjukkan mantan Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak bersalah. "Risiko menyembunyikan bukti sepertimana yang berlaku dalam kes sukma Darwawan berlaku dalam kes ini. Lantas, permohonan ini adalah bagi menghalangnya dari berlaku, dan kita nampak tentangan jelas dari mereka," kata Sivarasa, lalu mengundang bantahan keras dari pendakwaraya Yusof Zainal Abiden. Pendakwaraya berkata mereka telah dan pernah menyerahkan dokumen kepada pasukan pembelaan, namun belum sempat Sivarasa bangun menjawab dakwaan Yusof itu, Hakim Zabidin Md Diah mencelah sebelum menangguhkan perbicaraan pada jam 10 pagi. Di luar mahkamah, Sivarasa berkata tentangan hebat dari Yusof kepada tuntutan klien beliau mengukuhkan dakwaan wujud konspirasi politik terhadap Anwar.

http://pahangdaily.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower