.
`
refresh 4 new artikal
.

15 July 2009

Kes Liwat: Berita Terkini Dari Mahkamah Tinggi, Perbicaraan Di Tangguhkan Ke Jam 2.00 Petang Kerana Pembela Mahu Merancang Strategi Baru


KUALA LUMPUR [10.15 am] - Mahkamah Tinggi yang dijadual untuk mendengar dua prosiding berkaitan dengan kes liwat Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangguhkan sehingga 2 petang ini. Mahkamah sepatutnya mendengar permohonan mendapatkan dokumen dan sebutan kes menentukan tarikh perbicaraan. Ia dijadual didengar pagi ini di hadapan hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah. Pihak pembela memohon kepada hakim pagi tadi untuk menunda kes hari ini bagi mereka merancang semula strategi dan menentukan siapa yang akan mengetuai pembelaan. Bagaimanapun hakim mahu prosiding diteruskan hari ini. Hakim hanya memberi masa sehingga pukul 2 petang. Ia diputuskan dalam kamar hakim. Prosiding yang sepatutnya diadakan pada 8 Julai lalu terpaksa ditangguhkan ke hari ini berdasarkan permohonan pihak pembelaan ekoran peguam utama Anwar, Sulaiman Abdullah menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana mengalami masalah kesihatan. Mahkamah dimaklumkan bahawa pihak pembelaan menerima surat daripada pihak hospital bertarikh 6 Julai yang menyatakan Sulaiman perlu menjalani pemeriksaan lanjut selama seminggu kerana menghadapi masalah pening kepala. Dalam pada itu, Anwar berkata, beliau dimaklumkan Sulaiman menghadapi masalah kesihatan yang agak teruk. "Beliau tidak boleh uruskan mana-mana kes," katanya kepada pemberita di pekarangan mahkamah. Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari, 23, di Unit 1151, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun lepas. Sementara itu di luar Kompleks Mahkamah Tinggi Jalan Duta, pihak polis mula membuat kawalan keselamatan seawal pukul 6.45 pagi. Kawalan tersebut adalah bagi mengawal sebarang kemungkinan terutamanya dikalangan penyokong Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR).


Anwar Ibrahim dikawal ketat ketika berada di Mahkamah
[Agak menghairankan kita, biarpun timbul berbagai persoalan dan keraguan terhadap "mangsa liwat" Saiful dalam kes ini, namun mahkamah seolah-olah menutup sebelah mata dan tetap berselera mahu membicarakannya. Dengan laporan tiga pakar perubatan HKL yang memeriksa dan mengesahkan bahawa tiadanya kesan liwat terhadap tubuh badan Saiful, sepatutnya kes ini ditangguhkan dan satu siasatan rapi terhadap laporan tersebut dibuat demi menggelakkan ada orang lain yang terpaksa menjadi mangsa satu konspirasi jahat ini. Bahkan, jika benar dan terbukti laporan tersebut, mahkamah boleh menggugurkan kes ini kerana tiada asas untuk membuat pendakwaan. Malah, Saiful sepatutnya didakwa kerana telah membuat laporan palsu dan menipu dalam laporan polisnya itu dulu. Kenapa ini tidak berlaku? Apa sudah jadi dengan undang-undang kita?. Cakap mulu Saiful lebih diutamakan daripada laporan pakar perubatan. Terbukti kini siapakah yang bakal jadi mangsa sebenarnya].

http://pahangdaily.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower