.
`
refresh 4 new artikal
.

07 July 2009

Kehadiran polis bukan untuk takutkan orang ramai: KPN


KUALA KRAI: Kehadiran anggota polis yang ramai bukan bertujuan mahu menakutkan orang ramai, sebaliknya bagi memastikan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai pada 14 Julai ini, berjalan lancar.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata tugas menjaga kawasan pilihan raya adalah berat bagi memastikan segala urusan berjalan lancar terutamanya sepanjang tempoh berkempen.

"Masyarakat tidak perlu takut dan beranggapan negatif dengan kehadiran polis kerana kami hanya mahu melihat keadaan sekitar Manek Urai selamat tanpa sebarang kekecohan.

"Saya yakin, dengan adanya anggota yang ditempatkan di seluruh kawasan pilihan raya, mereka mampu menjaga dan menangani sebarang masalah yang berlaku dengan baik.

"Kita tidak mahu sebarang perkara buruk berlaku sepanjang proses pilihan raya, jadi polis mengambil langkah berjaga-jaga dengan menempatkan seramai 3,030 anggota sepanjang proses pilihan raya berlangsung, " katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat Markas Taktikal Polis, di sini, hari ini. Hadir sama, Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi.

Musa mengingatkan kedua-dua parti bertanding supaya mengadakan kempen secara profesional bagi mengelak sebarang masalah berlaku sehingga menjejaskan hari mengundi.

"Saya harap kedua-dua parti mengadakan kempen secara berhemah dan tidak menyakitkan hati mana-mana pihak dalam ceramah bagi mengelak daripada timbul ketidakpuasan hati.

"Berkempen secara profesional, jangan buat tohmahan kepada pihak lawan kerana ia boleh menimbulkan kemarahan terutama kepada penyokong," katanya.

Beliau turut menasihatkan anggotanya supaya menegur pihak yang cuba menimbulkan masalah dengan berhemah supaya tidak menjejaskan reputasi pasukan Polis Diraja Malaysia.

- Bharian

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower