.
`
refresh 4 new artikal
.

08 July 2009

4 ADUN `KATAK' DI PERAK TIDAK LAYAK BERADA DALAM PR


Oleh: WFAUZDIN NS

URA-URA tersebar luas kononnya terdapat Adun Bebas di Perak akan kembali ke pangkuan PR. Berita tersebut telah dinafikan oleh mereka, Alhamdulillah, saya amat bersyukur kerana perkara ini tidak berlaku. Pada saya biarlah kita kehilangan kuasa di Perak daripada kita memegang kuasa tetapi dalam masa yang sama kita memelihara manusia `spesis' seperti ini. Apa jaminan manusia seperti ini boleh diharapkan untuk menyelamatkan rakyat di Perak? Pada mereka, diri sendiri lebih penting dari segalanya.

Dua Adun tersebut adalah dari PKR, satu dari DAP manakala satu lagi dari Umno kemudian PKR dan kemudiannya Umno kembali. Spesis katak 4 ekor ini akan dikenang sebagai peruntuh segala amalan demokrasi di Perak serta punca segala yang berlaku di Perak. Bukan sedikit dosa mereka kepada rakyat Perak apatah lagi kepada Tuhan mereka. Mereka boleh insaf dan bertaubat kerana itu adalah hak mereka, tetapi usaha untuk membawa mereka masuk kembali ke dalam perjuangan kita di dalam PR hendaklah ditentang.

Tumpuan kita sekarang adalah untuk memulihkan kembali demokrasi tulen di Perak dengan menuntut Dun Perak dibubarkan serta merta. Jangan kita membuang banyak masa untuk melayani keempat-keempat manusia ini. Biarkan mereka dengan haluan dan habuan mereka di dunia ini. PR di Perak seharusnya `berputus arang dan berkerat rotan' dengan manusia jenis ini kerana kita tidak mahu PR dipandang hina umpama `pelanggan kepada beberapa pelacur murahan'.

Kita perlu terus berjuang dengan sabar. Kita tidak perlu mengambil jalan singkat dan mudah tetapi pada akhirnya merosakkan parti kita sendiri. Lupakan sahaja mereka dan anggap sahaja mereka sudah tidak wujud lagi di dalam kamus PR. PR boleh menerima sesiapa sahaja dari Umno/Bn yang ingin bersama kita memperjuangkan nasib rakyat di Perak, tetapi bukan mereka yang empat `spesis katak' ini. Kita cuma boleh mendoakan agar mereka insaf sebelum mereka menemui Tuhan mereka. / wfauzdin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower