.
`
refresh 4 new artikal
.

07 July 2009

Eksklusif: Isu Mahu Menfailkan Saman RM2 Juta Terhadap Saiful Bukhari, Blogger Cucumatkilau Kini Di Serang Puak-Puak Blogger UMNO Karat !!


Susulan kenyataan panas kami tentang isu "saman RM2 juta" yang bakal difailkan terhadap "Saiful Bukhari Azlan" baru-baru ini, maka ramailah dikalangan "Blogger Pembela Negara (BPN)" yang menghentam kami bertalu-talu. Kononnya tindakan itu tidak bertepatan lantaran Saiful terlebih dahulu sepatutnya menyaman Pahang Daily Online dan bukannya kami. Malah dalam kebanyakan blog BPN milik penyokong UMNO karat itu jelas sekali mengutuk dan mengeluarkan "kata nista" yang sungguh memeritkan telinga sesiapa sahaja yang membacanya. Namun, bagi kami di PDO ianya adalah lumrah dialam cyber. Inilah yang dikatakan "perang cyber" yang amat relevan dengan dunia politik alaf baru era globalisasi hari ini. Pun begitu, ada beberapa perkara yang cukup menggelihatikan kami. Ia berkaitan dengan pandangan dan kenyataan puak-puak BPN bahawanya PDO adalah "hak milik AMK Pahang". Kononnya, tujuan PDO mengeluarkan cerita-cerita panas berkaitan Saiful Bukhari Azlan adalah bagi menarik perhatian Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap AMK Pahang. Malah ada juga yang mengatakan bahawa ianya sengaja ditimbulkan bagi membolehkan Anwar melihat kononnya AMK Pahang begitu prihatin terhadap beliau. Malah, blog-blog terbabit juga telah menyiarkan satu gambar foto salah seorang krew panas kami iaitu Blogger Cucumatkilau dengan Suhaimi Said (PKR Pahang).

Cucumatkilau Tiada Kaitan Lagi Dengan AMK

Memang tidak dinafikan, Cucumatkilau memang asalnya cuba untuk terlibat dengan AMK Pahang hujung tahun 2008 yang lalu. Namun, akhirnya mengambil keputusan meletakkan jawatan selepas kemelut politik yang melanda parti itu beberapa bulan selepas penyusunan semula pimpinan tertinggi PKR. Ketika itu memang beliau diamanahkan sebagai Ketua Penerangan AMK Pahang. Namun, kes liwat Saiful ini ditimbulkan selepas beliau meletakkan jawatan dari AMK Pahang. Maknanya Pahang Daily Online tidak ada kena mengena langsung dengan apa yang digamabarkan oleh puak-puak BPN itu sendiri.Berita tentang perletakkan jawatan Cucumatkilau dari AMK Pahang juga telah disiarkan dalam beberapa buah akhbar arus perdana. Malah selepas membuat keputusan itu, beliau beberapa kali telah dihubungi oleh puak-puak UMNO yang bertujuan untuk mengumpan beliau menyertai parti karat itu. Biarpun ditawarkan dengan berbagai ganjaran dan kemewahan, namun Cucumatkilau akhirnya mengambil keputusan untuk bergerak secara bebas dan kini beliau merupakan salah seorang blogger panas kami yang amat digeruni di negeri Pahang hatta di Malaysia. Biarpun kelibatnya tidak sehebat Raja Petra Kamaruddin dan yang seangkatan, namun keberanian dan semangat juang yang kental untuk membela rakyat dan mengembalikan keadilan di bumi bertuah ini semakin bersemarak. Malah, beliau telah beberapa kali ditangkap polis atas kenyataan panas dan pedasnya tentang kemelut politik negara. Kini Cucumatkilau masih lagi merupakan salah seorang krew PDO yang paling sensasi.

Blogger Cucumatkilau Berucap Di Manek Urai

Malah, kami juga difahamkan yang beliau turut diberi peluang untuk berucap tengang "kes Saiful -Anwar" ketika hari pencalonan pilihanraya kecil Manek Urai semalam. Ucapannya sekitar 15 minit itu, sudah cukup untuk memberi semangat dan pemahaman rakyat bahawa sememangnya kes liwat yang melibatkan Anwar Ibrahim itu adalah satu konspirasi jahat oleh puak-puak UMNO dalam usaha menjatuhkan serta mematikan api perjuangan rakyat yang dibawa oleh mantan TPM itu sebenarnya. Ucapan Cucumatkilau dihadapan ribuan rakyat yang berarak mengiringi calon PAS di Manek Urai itu semalam telah mendapat perhatian daripada kalangan mereka yang mendengarnya. Biarpun agar ringkas namun ia padat dengan informasi yang dapat menyuntik semangat rakyat untuk terus berjuang bagi membela nasib Anwar yang sebenarnya menjadi "mangsa" dalam kes ini dan bukannya Saiful Bukhari Azlan. Malah beliau turut menyatakan bahawa seandainya kes ini diteruskan juga, maka memang kita pasti Anwar bakal menghuni kembali Penjara Sg.Buloh. Ini berikutan terdapat asas-asas dan bukti yang kukuh pihak polis dipercayai "menyediakan bukti" untuk membantu Saiful dalam kes ini. Malah, jika berdasarkan kepada undang-undang pihak polis sebenarnya boleh "membuang kes berdasarkan kepada laporan polis yang dibuat oleh Saiful itu adalah palsu". Ia berikutan laporan doktor pakal Hospital Kuala Lumpur yang mengesahkan dia tidak diliwat. Soalnya kenapa Saiful masih terkinja-kinja mahu menjaja dia diliwat?. Apakah polis boleh menerima kenyataan "mulut' Saiful" daripada "laporan perubatan hospital kerajaan" yang dibuktikan secara klinikal itu. Maka ia jelas menunjukkan memang ada satu lagi konspirasi jahat untuk memastikan suara Anwar tidak bergema lagi selepas ini. Kenyataan Cucumatkilau itu telah mendapat tepukan gemuruh daripada ribuan rakyat yang sedang menanti keputusan pencalonan pilihanraya kecil DUN Manek Urai.

Cucumatkilau Wakili PDO Hadir Kes Anwar

Berikutan dengan kes perbicaraan "liwat" yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur esok (8 Julai 2009), kami telah memberi kebenaran kepada Blogger Cucumatkilau untuk hadir membuat liputan perjalanan kes dan senario yang bakal berlaku di mahkamah. Kami difahamkan puak-puak Blogger Pembela Negara (foto), juga akan hadir beramai-ramai kononnya untuk memberi sokongan kepada Saiful Bukhari Azlan dalam kes ini esok. Bahkan mereka juga dikatakan telah mengajak seberapa ramai puak-puak mereka untuk hadir bagi menyatakan sokongan mereka. Persoalannya sokongan apakah yang mahu dinyatakan sebenarnya?. Terbukti puak-puak BPN ini semakin "kalut" dan "tidak mahu berpijak di bumi yang nyata". Sudah terang lagi bersuluh bahawa, Saiful disahkan "masih teruna serta suci" oleh tiga orang doktor pakar dari Hospital Kuala Lumpur (milik kerajaan UMNO dan BN sendiri). Makanya ia jelas membuktikan yang tidak ada asas dan prima facie yang jelas bagi meneruskan perbicaraan serta pendakwaan terhadap Anwar dalam kes ini sebenarnya. Namun, dek kerana "kebebalan, kedangkalan dan kebodohan" puak-puak Blogger Pembela Negara maka mereka masih tergamak untuk membela "jantan sial" seperti Saiful Bukhari Azlan itu. Inilah malangnya nasib puak-puak BPN, kerana terpaksa membela dan menyokong sesuatu isu tanpa asas dan alasan yang kukuh. Malah, mereka juga ternyata gagal untuk menjiwai serta memperhalusi segala kejadian yang berlaku itu dengan menggunakan akal fikiran serta otak yang telah dikurniakan oleh Allah Taala. Akhirnya jadilah mereka seperti "pak turut" yang hanya mengikut segala apa yang diarahkan tanpa mahu memikirkan segala isu itu dengan hati yang terbuka

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower