.
`
refresh 4 new artikal
.

04 July 2009

ALAAHAI...PAK BERAHIM KATAK SURUH PAS DEBAT DENGAN DAP PULAK!!


Oleh: Mandor

MASIH ingat lagi tak Pak Berahim raja katak Pasir Mas? Takkan tak ingat kot. Alaa..yang menumpang duduk atas kerusi Pas kat Pasir Mas tu la. Kali ini dia bercakap bagaikan seorang cerdik dan pintar, sedangkan orang ramai tahu setakat mana otak Pak Berahim ni. Siapa lagi yang nak guna otak dia melainkan pencacai media haprak sekarang? Dah nak dekat PRK Manek Urai ni memang la laku suara Pak Berahim katak tu kat TV, lepas ni masuk tong taik balik la suara dia. Kalau betul otak dia begitu bergeliga dan boleh pakai, takkan lah Umno sendiri sepak terajang dia dari kerusi Ketua Umno Bahagian Pasir Mas. Sendiri fikir tau la...

Sebentar tadi aku tengok kat TV, Pak Berahim ni mencabar Pas supaya debat dengan DAP pasal Negara Islam. Lebih-lebih lagi dia mahu Pas debat dengan Karpal Singh yang pernah berkata `langkah mayat dia dulu kalau nak laksana hudud'. Betapalah Pak Berahim ni takut kalau Umno sahut cabaran debat dengan Pas, sanggup dia nak serah `button' tu kat DAP. Apa kena mengena nak debat pasal Negara Islam dengan DAP? Biarlah DAP nak kata apa pun tentang Islam kerana DAP tidak faham, dia tak baca Al-Quran dan dia tak beriman pun dengan Al-Quran. Peliknya, yang baca Al-Quran dan mengaku beriman dengan Al-Quran ni mengapa perlu terketar-ketar bila diajak berdebat pasal Islam? Pak Berahim berani ke? Atau otak Pak Berahim dengan puak-puak yang takut dalam Umno tu sama dengan DAP juga ke?

Kalau Umno dah takut sangat untuk berhujah tentang Islam dengan Pas, janganlah memalukan Umno pula dengan cara menyerahkan `button' kepada orang lain apatah lagi kepada DAP untuk menjawab bagi pihak Umno. Peliharalah maruah Umno yang ada secebis lagi tu. Umno tidak terniat ke nak serah `button' kepada para-para Mufti? Itu pun kalau para-para Mufti sanggup bekerjasama dengan Umno untuk `menegakkan benang basah' mereka.

Aku ucap tahniah pada Mursyidul Am Pas kerana ikhlas dan berani untuk mempelawa Umno berhujah dalam isu Islam ini. Soal samada Umno berani, jantan atau tidak kita serah je pada Umno. Kalau dia berani, sahut saja cabaran tu. Kalau rasa bukan anak jantan, jawab je la kat akhbar-akhbar atau TV, orang pun tak boleh nak tanya. Kalau rasa takut nak berdebat pasal Islan dengan Pas, Umno buat la pula debat pasal lain, pasal ekonomi ke, pendidikan ke, soasial ke, wanita ke, dan pelawa pembangkang untuk berdebat secara terbuka. Aku gerenti Umno pun tidak akan berani berdebat dalam soal itu semua kerana kesemua itu telah rosak punah ranap di bawah Umno. Pakatan pembangkang lengkap mempunyai pemimpin mereka yang boleh berhujah dalam apa jua aspek. Kalau selain dari Islam, pembangkang punyai ramai tokoh lain untuk berdebat dengan Umno. Sebut saja isu apa, aku berani bertaruh pembangkang bersedia untuk membela rakyat. /mandor.blogspot.com

6 comments:

  1. Saya setuju penuh ulasan penulis Mandor. Katak ni memang "tak cerdik... tak cerdik.. tak cerdik ertinya bodohlah" (mengikut Nazri semasa di parlimen). Kenapa katak ini dapat bertanding pakai tiket PAS? Pakai bomoh agaknya!!.

    ReplyDelete
  2. Berahim katak ni merasakan dirinya pandai...UMNO kucut nak berdebat dgn PAS lepas tu suruh pulak TGNA berdebat dgn DAP pasal negara Islam, memang bodoh Berahim katak ni...jenis katak buat umpan ikan haruan aje layaknya. Inilah spesis Umno yang pandainya jangan diikut yang bodohnya melebihkan lembu. Kalau dah debatnya pun mengenai Islam mengapa yang bukan Islam pulak dipalitkan sama. Kalau inilah idea yang beliau ada nak tolak debat dgn PAS, lembu pun lagi pandai dan ada harga diri dari Berahim katak ni.

    ReplyDelete
  3. Hello hang pooiii.....
    hang ni memang pengikut setia DSAI(Al-ju..ry)dah sah bonar..hang hasik cakap button-button.nak berdebat pasal islam dgn PAS buang masa aja ,pak berahim otaknya masek bagus tulah disuroh berdebat dgn DAP lagi bagus hang tahu pun DAP tak faham pasal islam.bukan umno takut berdebat dgn islam PAS LAINLAH boleh mencarut,memfitnah dan boleh yg agama kata tak boleh pun dibolehkan.
    orang umno ni propesional&berjiwa univesal senang cakap orang UMNO yg berpelajaran.

    ReplyDelete
  4. Katak ini memang tahu apa yang keluar dari mulutnya memang busuk ...bodoh ..tak relevan...tak bermakna tapi mahu cakap jugak. Dia ini nak mencari perhatian saja. Jangan peduli sama dia. Kita tunggu saja PRU13. Harap dia bertanding atas tiket UMNO/BN. Baru kita sembelih ......

    ReplyDelete
  5. Dari Anonymous July 4, 2009 6:13 PM - "orang umno ni propesional&berjiwa univesal senang cakap orang UMNO yg berpelajaran"

    Dari Malaysiakini - "Pemuda Umno Bukit Katil, Melaka didakwa bertindak liar dengan memecah peralatan milik PAS dan DAP dan menimbulkan kekecohan sehingga tercedera seorang ADUN pembangkang" & " Pemuda UMNO akui pecah meja DAP" & Pemuda UMNO 'ganas' & .....

    Kah! Kah! Kah!

    Nasihat saya: JANGAN ...JANGAN berdebat. Nanti bukan saja meja pecah, kepala DAP juga pecah..

    ReplyDelete
  6. Harap maaf. Komen ini "orang umno ni propesional&berjiwa univesal senang cakap orang UMNO yg berpelajaran" adalah dari "Anonymous July 4, 2009 6:03 PM" dan bukan dari "Anonymous July 4, 2009 6:13 PM".

    Harap maaf sekali lagi. Dari "Anonymous July 4, 2009 6:25 PM"

    ReplyDelete

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower