.
`
refresh 4 new artikal
.

01 June 2009

Zamry vs Nizar - Antara Usul dan Usung : Usul di tolak, Usung di pakai...di Perak !



31 Mei, semalam, malam tadi...atau last night, bertempat di Markas Pas Bukit Jana, 10 minit dari Kem I.S.A telah diadakan ceramah politik oleh penceramah2 jemputan yang terdiri daripada Ustaz Izaj Shauki Adun Bukit Lada Kedah, YB Aulong dan juga penceramah utamanya ialah YB Sivakumar, Speaker yang paling sah di Perak.

Kehadiran orang ramai melebihi 3 ribu orang. Sebelum penceramah2 tersebut berceramah bekas calon Kamunting iaitu En. Apardi telah menyampaikan amanatnya terlebih dahulu. Beliau bercerita bahawasanya Adun Kamunting sekarang menang undi pos 5 ratus lebih. Dan keseluruhan Pas kalah di Kamunting hanyalah bawah seribu. Ini menunjukkan Adun sekarang, adalah juara undi pos sahaja, tanpa undi pos..dia bungkang !

Kalau kita lihat kepada keputusan pilihanraya Penanti undi pos yang memihak kepada calon PKR hanya 2 undi berbanding kak Min iaitu 12 undi. Undi calon bebas lebih banyak dari calon PKR. Pelik tetapi benar. Bak kata DSAI di Penanti dalam pilihanraya Batang Ai, undi yang dikira ditempat mengundi semuanya PKR menang tetapi undi yang dikira ditempat lain setelah peti undi tersebut naik helikopter semuanya PKR kalah.

Kesian kak min, habis wang pertaruhan, lebur jadi debu. Duit tempah baju hijau pagi semalam pun tak polang modaii.., yg dah tahu untung, tailor. Ikut buku orang perempuan pakai baju hijau ni kuat cemburu. Jgn cemburu dengan bisnes wak dahle...wakenabeb!

Berbalik tentang kisah di pentas ceramah tersebut, YB Aulong walaupun berceramah hanya dalam sekitar 10 minit namun telatahnya mencuit hati para hadirin. Beliau mengingatkan yang beliau sanggup berkorban untuk menghancurkan BN kerana dah terang lagi bersuluh BN tu zalim. Lihatlah Lim Guan Eng sanggup dipenjara kerana memperjuangkan nasib seorang gadis MELAYU! Inilah contoh pejuang rakyat. Adakah UMNO sanggup? Tepuk dada tanya mufti Perak wahai pembaca sekalian.
~politikbanjar~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower