Sekitar Gambar Semalam Pilihanraya N.12 Penanti
Semalam saya bergerak awal-awal lagi ke pusat yayasan aman. Gambar-gambar ini saya ambil dari pagi sehingga menangnya Dr.Mansor
Pengawal-pengawal peribadi Dato Seri Anwar Ibrahim
Biasalah ler ni... helikopter berlegar-legar di udara semasa pilihanraya
Kereta Dato Seri Anwar Ibrahim
Dato Seri Anwar Ibrahim Keluar Dari Yayasan Aman Untuk Ke Pusat Mengundi
Lekas ler kita dah lambat ni !!!!
Dato Seri Anwar sempat berbual dengan siapa yer...aku pun tak tauuu..hihihihi
Dato Seri Anwar memasuki keretanya untuk ke pusat mengundi....
Segaknya pengawal peribadi Dato Seri Anawar ni !!!
Rasa-rasa macam kenal 2 orang ni....yang berada didalam kawasan yayasan aman ni...SB ler Yeop...rasa-rasanya macam SB Kuala-Kangsar. Dia orang ni tengah minum di kantin di luar yayasan aman
Ni...ler beg SB tu!!!!
Pergerakan keluar 2 SB dari kawasan Yayasan Aman
Abang SB ni rilek jer keluar dari yayasan aman macam takder apa-apa pun!!! Tapi sepanjang pemerhatian gua diorang OK.. dah kena bertugas apa nak buat....
Fariz Musa sedang berbual dengan rakan rakan di kantin yayasan aman
Jap!!! ader member call !!! Kacau ler dia ni.. nak sembang dengan member pun tak senang...mungkin itu yang dikatakan oleh fariz musa.
Waa smart abang niii !!! Siapa nak kenal boleh ler call dia tapi no tel kena cari sendiri nama gua tak kenal tapi rasanya dari AMK Batu
Tengah SMS tu!!!! Jangan kacau..mungkin tengah SMS abang dia..hihihi
Senyum meleret fariz musa nii!!! Mungkin ada sesuatu yang melucukan tu.....
Sedapnya mee ni !!! Siapa nak makan mee ni mai ler pulau pinang.....
Sya reformis sedang berbual sesuatu dengan abang mat entah apa yg dibualkan gua tak tahu sebab perlahan sangat....ada ler hal yang penting tu nak beritahu abang mat
Ketibaan S Manikumar di pusat yayasan aman.
Didalam pusat media yayasan aman
Para penyokong sedang menunggu keputusan didalam bilik media
Cikgu Badrul sedang asyik mengemaskini blog beliau
Penyokong-penyokong PKR Bukit Bendera sedang memerhatikan carta keputusan pilihanraya
Suasana didalam bilik media di yayasan aman
Salah seorang penyokong PKR Bukit Bendera sedang memerhatikan keputusan terkini di skrin di dalam bilik media yayasan aman
Suasana di luar yayasan aman. Penyokong-penyokong sedang menantikan keputusan
Penyokong-penyokong sedang sabar menati keputusan terkini pilihanraya N.12 Penanti
Abang Mat Dugong Darat dan Cyberboron sedang mengemaskini blog untuk keputusan terkini pilihanraya N.12 Penanti
Ketibaan Dato Seri Wan Azizah di pusat yayasan aman pada sebelah malam
Wartawan-wartawan sedang menuramah Dato Seri Wan Azizah
Kereta Dato Seri Anwar Ibrahim
Sebahagian daripada wartawan-wartawan di yayasan aman yang menunggu untuk menuramah Dato Seri AnwarIbrahim serta pemimpin-pemimpin pakatan rakyat yang lain.
Ketibaan Dato Seri Anwar Ibrahim dipusat yayasan aman
Tahniah !!! Tahniah Dato Seri !!! Mungkin itu yang Dato Seri Anwar dapat tel dari kawan-kawannya
Senyum meleret dr mansor apabila beliau telah diumumkan menang dalam pilihanraya N.12 Penanti
Dato Seri Anwar pun senyum tu!!! hihihi.....
Dugong darat dan bloggernetwork@pulau pinang.
Keseronokan jelas terbayang oleh Skuad AMK apabila kerja keras mereka membuahkan hasil
Sidang media diruang legar yayasan aman
Peminpin-pemimpin pakatan rakyat yang hadir memberikan ucapan tahniah kepada dr mansor
Abang Mat Sabu sedang memberikan ucapan di luar dewan yayasan aman, beliau mengharapkan penyokong-penyokong dapat turun pula beramai-ramai ke Manik Urai !!!
Dr. Mansor memberikan ucapan terimakasih kepada semua petugas-petugas pilihanraya N.12 penanti yang telah bekerja keras untuk memenangkan beliau.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng turut memberikan ucapan tahniah dan terimaksih kepada semua petugas-petugas pilihanraya dan tahniah kepada Dr. Mansor
Dato Seri Anwar Ibrahim memberikan kata-kata semangat kepada penyokong-penyokong serta mengucapkan terimakasih kepada semua petugas-petugas seluruh malaysia yang berkampung dipenanti sehingga berolehnya kemenangan dipihak Dr mansor Tahniah!!!!
Sidang Media di luar Yayasan Aman Berakhir Sekitar Jam 10.00 malam
PKR Bahagian Gerik mengucapkan Tahniah kepada Dr. Mansor diatas kemenangan beliau di DUN Penanti N.12
Jumpa Di Manik Urai !!!!
No comments:
Post a Comment