.
`
refresh 4 new artikal
.

11 June 2009

umno pas:tg hadi dan mustapa tidak layak memimpin

memperbetul jalan pas menuju politik yang matang dan dakwah yang mapan menjadi satu keperluan yang mendesak untuk kelangsungan masa depan yang cerah untuk ahli dan pendukungnya.

untuk memastikan agenda kedua dua tujuan pas dalam berdirinya yaitu yang pertama dakwah dan kedua adalah kuasa poltik maka tidak alang pentingnya untuk memiliki pembawa yakni pemimpin yang benar sebagai kenderaan yang akan menghantarnya kejinjang perpaduan dakwah dan kuasa politik.

pemimpin yang benar dan mempunyai bekalan minyak yang cukup yakni sokongan yang sempurna dari ahli amat mustahak untuk mendepani kecelaruan pemikiran akibat kemenangan yang tidak dapat diurus dengan cermat.

dalam mencermati kemenangan dan jatuh bangunnya dalam arus politik ini pas memerlukan seorang presiden yang utuh pendiriannya dan matang dalam penglihatannya tentang situasi semasa diluar dan didalam parti sendiri, sehingga tidak mudah dikotak katikkan atau terpengaruh oleh pelbagai penasehat yang ada disekelilingnya.

seorang presiden yang mampu menjadikan segala nasehat itu sebagai pertimbangan yang mapan dan bukan untuk menuruti setiap nasehat yang diberikan adalah amat mustahak kini.

mari kita telusuri kepimpinan pas kini:

presiden pas yang terkini: adalah satu sosok yang pernah memegang kekuasan sebuah negeri, tak kiralah apapun jua masalahnya negri itu sebagai pemimpin itu adalah tugas beliau untuk menyelesaikan masalah,gagal atau berjaya yang penting adalah beliau telah melaksanakan tugas dengan benar,semampu beliau itu bagi negeri.

sementara bagi parti adalah tugas dan tanggung jawabnya adalah untuk tidak membenarkan parti kehilangan kuasa akibat kegagalan beliau untuk menyelesaikan tugasan beliau.karena pas adalah sebuah gerakan tidak hanya untuk dakwah melainkan juga untuk sebuah kekuasan dan politik.

kalau kita lihat dari fenomena pas kehilangan sebuah negeri seperti terengganu adalah satu kerugian yang amat besar dan sesuatu yang mencemar maruah parti, sedangkan ketika itu adalah presiden sendiri yang mentadbir terengganu, tidakkah itu menunjukkan ketidak mampuan seorang presiden untuk mempertahankan ladang dakwah dan politik?

bayangkan dengan hanya sebuah negeri seorang presiden tidak mampu untuk memperkuat apatah lagi untuk mempertahankannya, bagaimana beliau harus merasa layak untuk berangan angan untuk mentadbir lebih banyak negeri?

marilah wahai pemimpin pas terengganu yang kini berkuasa penuh dalam herarki kepimpinan pas pusat bercermin kepada apa yang telah kamu lakukan terhadap parti di negeri terengganu tersebut sehingga pas sehingga kini gagal merampas kembali terengganu.

kehilangan terengganu adalah salah dan kesilapan yang tidak dapat dimaafkan, terutamanya terhadap para penasehat presiden dan manusia seperti mustafa ali itu, krena beliaulah yang punya andl terbesar dalam kekalahan dan tumbangnya pas terengganu dan kini beliau jugalah yang menggugat ketenteraman parti dengan dengan manuver manuver politiknya.


bagaimana ulama' terengganu ini harus merasa layak untuk mentadbir lebih banyak negeri jika satu mereka gagal?

adalah wajar mereka semua ini melepaskan jawatan mereka untuk bertanggung jawab terhadap berbagai kegagalan politik pas diterengganu
.
~K.B.O~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower