.
`
refresh 4 new artikal
.

04 June 2009

ULAMAK, YES!! ULAR DALAM SEMAK, NO!!

Terdapatkah di antara mereka ini `Ular dalam semak'?.....

Presiden PAS dan timbalannya mestilah seorang ulama kerana kedua-duanya akan menganggotai badan berpengaruh besar dalam penggubalan dasar parti itu, Majlis Syura, demikian desak seorang perwakilan di muktamar Dewan Ulama PAS.

Perwakilan Terengganu, Saiful Bahari Mamat berkata, perkara itu mesti dipertegaskan kembali kerana ia digariskan dalam perlembagaan parti.

"Presiden dan timbalan presiden secara automatiknya akan menganggotai Majlis Syura. Oleh itu mereka mesti alim dan mempunyai kefahaman mendalam tentang agama. Kita mesti mempertegaskan perkara ini," katanya.

Tambahnya, penegasan itu mesti dibuat selari dengan desakan supaya undang-undang Islam, termasuk hudud dilaksanakan secepat mungkin di negeri-negeri yang kini diperintah oleh Pakatan Rakyat.

"Dulu kita dengar tok guru kata kita cuma berhenti sekejap macam berhenti depan lampu isyarat. Tetapi dah berapa lama dah, kita kena jadi kumpulan pendesak?

"Undang-undang Islam ini hukum yang kita perjuangkan. Inilah yang rasul lakukan selepas berhijrah ke Madinah," katanya.

Perwakilan Pahang, Shukri Ahmad pula membangkitkan kualiti pemimpin ulama PAS yang baik sehingga mampu mengeluarkan ijtihad.

"Ramai boleh jadi ulama tetapi ijtihad itu sukar. Kita mesti fokus kepada pemimpinan ulama yang boleh sampai berijtihad. Oleh itu presiden dan timbalan presiden mesti sampai ke tahap itu," katanya.

Shukri turut menempelak perjalanan pemilihan jawatan kanan PAS yang didakwanya gagal diselesaikan dengan kaedah syura atau kompromi sehingga boleh membawa kepada perpecahan.

"Masing-masing hendak tawar diri (bertanding). Kita tidak nafi pertandingan itu dibolehkan atas dasar demokrasi dalam parti. Tetapi kita dalam masa yang sama mesti lihat pada konsep syura.

"Kenapa Dewan Ulama boleh selesaikan masalah kepimpinan secara syura tetapi kepimpinan tonggak kita tidak (boleh)?" katanya.

"Hasil pengundian dan perlawan tersebut sedikit sebanyak akan mengguris hari. Hendak satukan hati payah, nak berpecah memang mudah. Kalau Dewan Ulama boleh, kenapa (pemimpin PAS) pusat tak boleh? Kalau Dewan Pemuda boleh, kenapa di peringkat pusat tak boleh? Perkara ini (pertandingan) perlu ditegah." ~~Sumber Msiakini

Ulasan Saya - Tentu molek jika Ulamak kesemuanya di dalam pimpinan PAS. Tetapi, tentu jelik jika terdapat ular di dalam semak berada di dalam PAS.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower