.
`
refresh 4 new artikal
.

04 June 2009

PAS UMNO : Kerajaan Perpaduan Berbunyi Lagi Di Muktamar


Bernama melaporkan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud Iraqi menyeru ulama Pas berperanan meyakinkan anggota parti untuk menyokong idea baru seperti pembentukan kerajaan perpaduan yang dibawa oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata golongan ulama dalam parti itu perlu mengkaji konsep berkenaan termasuk daripada sudut sejarah dunia supaya anggota parti dapat menyokong cetusan idea Abdul Hadi itu.

"Konsep kerajaan perpaduan ini telah dilaksanakan di Afrika Selatan, di Indonesia dan juga di Britain (selepas Perang Dunia Pertama)," katanya dalam ucapan dasar pada majlis perasmian Muktamar Dewan Ulama Pas Pusat ke-48 di Auditorium Muzium Negeri di sini, hari ini.

Isu Kerajaan Perpaduan yang telah menjadi isu besar yang menyebabkan perpecahan di dalam parti tidak sewajarnya ditimbulkan lagi kerana idea itu telah ditarik balik oleh Presiden PAS.

Rupa-rupanya para ulamak PAS masih lagi beriya-iya ingin menjadikan gagasan Kerajaan Perpaduan sebagai satu realiti sekalipun konsep kerajaan perpaduan yang diutarakan masih kabur serta belum ada model di dunia ini yang benar-benar menepati kehendak dan ajaran Islam.

Kita tertanya-tanya apakah langkah B.J. Habibie di Indonesia yang menjadi rujukan utama Presiden PAS itu telah berjaya mengekang segala masalah di negara tersebut melalui gagasan kerajaan perpaduannya?

Kita juga ingin bertanya mengapa konsep itu hanya laku jika Pak Lah masih berkuasa dan ianya tidak boleh lagi terpakai apabila orang lain (Najib) menjadi Perdana Menteri.

Kelab GB pernah mengulas isu ini dan kami menganggap ia sebagai panggilan yang melecehkan kemenangan Islam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower