.
`
refresh 4 new artikal
.

17 June 2009

Siapa Yang Bertanggungjawab Menjahanamkan PAS bersama Dengan UMNO

tolong letak jawatan!!!!2

Beberapa Pekara Besar yang belum dijawab dinafikan oleh Nasha sehingga Hari Ini…

1.Sudah beberapa kali MSK dedahkan Projek Task Force 2010 antara nasha dan Wan Abu Bakar… Penarik Beca juga ada dedahkan pekara ini.Ini pekara besar dan sangat serius… mengapa Nasha tidak menafikannya?


2.Sudah beberapa kali MSK dedahkan pasal nasha angkat bendera putih semasa di bukit gantang kerana dia dapat maklumat dari MIO bahawa PAS akan kalah,dan bukannya mengambil maklumat dari petugas2 PAS sendiri..

3.Kickdefella dan Penarik beca ada mendedahkan tentang Keuntungan di atas angin Nasha mengenai Projek Perumahan Rakyat Di Kelantan… Sampai sekarang dia tak nafikan

4.Dan Banyak lagi pekara-pekara yang tidak sepatutnya dikaitkan dengan Timbalan Presiden seperti Peristiwa transaksi di Singapura,Bunglo Mewahnya dan banyak lagi yang mana semua ini tidak dinafikannya dan tidak dibersihnya sampai ke hari ini… Sebagai pimpinan tertinggi, kita sangat berharap pekara-pekara ini dapat dinafikannya supaya kepercayaan umum terhadapnya tidak akan musnah…

5. Pasal Unity Gov.. Merayap dalam kelambu UMNO.. kerajaan itu ,kerajaan ini dengan Umno kita tak payah bubuh kat sini lah… semua dah tahu dia kelentong… hari-hari keluar kat blog dalam pelbagai versi dan huraian dari setiap blogger2…

………………….

Kita Duk sibuk Pasal Pimpinan Yang Dah Tergelincir Jauh, Dia Duk Sibuk Pasal Wala…

Ada lah dua tiga orang ustaz yang baru nak berblog… macam -macam cara dibuatnya untuk membersihkan mustapa ali dan spesis di atas dengan hujah dan nas yang berapi-api…kita dok sibuk nak buang duri-duri yang ada dalam jemaah dia pulak dok sibuk pasal wala… kalau tak puas hati sangat pi syarah tajuk wala pada tok guru nik aziz dahulu… kerana TGNA lah orang yang paling lantang menentang pekara ini dan menentang mereka yang bersengkongkol untuk menjayakan projek menjahanamkan jemaah PAS bersama Umno.

Apa carapun kita berkewajipan menegur pemimpin-pemimpin yang akan menjahanamkan jemaah dan parti…

kita semua bukannya lembu dizaman 60an yang boleh dicucuk hidung dan diarahkan buat itu,buat ini… Ini zaman IT.. semua keburukan dan kerja kurang ajar pemimpin di hujung jari saja… tak payahlah nak menipu lagi, semua orang dah tahu… Hari demi hari akan terbongkar kerja-kerja yang tak betul yang kita lakukan dalam Parti ni…

Jemaah PAS adalah milik untuk semua Ahli,penyokong dan pendokong PAS yang sudah sekian lama berjuang… dan bukannya milik dua tiga orang pemimpin yang akan menjahanmkan Parti PAS ini khususnya dan pakatan rakyat amnya …

Tak usahlah bercakap pasal wala kalau Mursyidul Am pun kita letak dalam bangkul sampah MPKBBRI… Mursyidul Am sendiripun tidak pernah mengajar kita mentaati pemimpin secara membabi buta… Segala kepincangan tidak boleh ditegur, segala perbuatan yang tak betul tak boleh dikritik…arah tutup mulut … kena taat 100 peratus.. Ini ajaran sesat ke apa?

Mursyidul Am tak pernah memaksa kita wala kepadanya… tapi 200 peratus Wala dan ketaatan kita padanya tidak pernah berbelah bahagi. 1 orang yang dia minta 100 orang kita akan datang.RM 1 yang dia minta kita dermakan, RM 10 yang kita bagi…. Apa sebab? Bukan kerana pangkat dia,tapi kerana keperibadiannya.Dia buat sama dengan apa yang dia ajar kepada kita semua… Dia wara’ Dia seorang yang zuhud dan istiqamah di dalam perjuangan… Dia tak cakap merapu… Dia berpegang teguh pada keputusan yang telah diputuskan oleh jemaah…


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower