.
`
refresh 4 new artikal
.

18 June 2009

PKFZ: Surat Ong Tee Keat muncul

MALAYSIA KINI


Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat mesti menjelaskan sama ada beliau telah mendesak perdana menteri supaya meluluskan RM.12 bilion sebagai bayaran variasi kos untuk projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), dakwa pemimpin kanan DAP, Lim Kit Siang hari ini.

Ahli parlimen Ipoh Timur itu mengemukakan tiga soalan kepada Ong - yang juga presiden MCA - berhubung skandal RM12.5 bilion projek PKFZ.

Dalam soalan pertamanya, Lim berkata, sebuah lamanweb telah muncul dengan menyiarkan surat-surat yang menunjukkan pada 10 Mei 2008, Ong didakwa mendesak perdana menteri supaya meluluskan bayaran kos variasi projek PKFZ sebanyak RM12.5 bilion, kepada pemaju turnkeynya, Kuala Dimensi Sdn Bhd.

Lim bertanya mengapa maklumat ini tidak dimasukkan dalam laporan audit PricewaterhouseCoopers (PwC) mengenai PKFZ.

Kedua, kata Lim, lamanweb itu juga membuat dakwaan yang serius bahawa tempoh perkhidmatan Datuk Lee Hwa Beng sebagai pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) berakhir pada 15 Februari.

"Sehingga hari ini, Yang di-Pertuan Agong tidak memberi perkenan untuk melanjut atau memperbaharui tempoh perkhidmatan Lee, dan bahawa Ong telah meminta perdana menteri mengundurkan tarikh pelantikan. Adalah ianya betul?" tambahnya.

DAP juga telah melancarkan sebuah lamanweb mengenai skandal PKFZ.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower