.
`
refresh 4 new artikal
.

18 June 2009

ANWAR CUMA MEMOHON, BUKAN MELULUSKAN CHIN PENG TINGGAL DIMALAYSIA

SABAH DAILY


Saudara Pengarang,…..Suara-suara sumbang dari Gagasan Melayu Perak (GMP), Badan Bertindak Halang Kemasukan Chin Peng (BBHKCP), Persatuan Bekas Perajurit, Menteri Keselamatan Dalam Negeri Dato’ Hishammudin Tun Hussin Onn dan banyak lagi yang lain terus menyalak mengecam Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminta kerajaan membenarkan Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng pulang ke Malaysia.

Ada pula Pengerusi NGO Melayu mencadangkan supaya Dato’ Seri Anwar Ibrahim dikenakan tahanan Isa. Tidak kurang pula Anwar dituduh sebagai petualang bangsa, penghianat negara dan macam-macam lagi tuduhan yang lucu-lucu.

Pemimpin Pemimpin Tertinggi UMNO pun mula “Pasang Kaki” ke peringkat Bahagian, Cawangan dan akar umbi UMNO, mengutuk Chin Peng dan Anwar dengan semua gelaran yang tidak baik. Mereka gunakan mas media dan blog dengan meluas. Lagi luas lagi Anwar suka.

Yang percaya dengan kata ketukan NGO Melayu, cuma beberapa kerat sahaja ahli-ahlinya. Yang percaya dengan tohmahan Pemimpin-Pemimpin UMNO, hany ahli-ahli UMNO sahaja yang percaya. Itu pun bukan semua ahli UMNO percaya. Malah ramai ahli UMNO sendiri sudah naik bosan, kutukan yang berulang-ulang dalam TV dalam akhbar dan dalam blog.

Para Pemimpin Tertinggi UMNO, NGO-NGO Melayu dan Menteri-Menteri UMNO, tidak guna otak kalau berfikir. Mana ada dalam peruntukan undang-undang, kalau seseorang cuma “mencadangkan sahaja kepada Kerajaan” Chin Peng dimaafkan dan dibenarkan pulang ke Malaysia, boleh dihukum?

Sama lah juga jika seseorang itu memohon kepada Kerajaan Pusat, untuk menjadikan Putrajaya itu sebagai hak miliknya. Mana boleh dihukum sipemohon?

“Jawab sahaja lah suratnya, katakan tidak boleh. Kan gitu pintar namanya?”

Yang penting bukan yang memohon mesti dihukum, tapi yang meluluskanlah yang patut dihukum. Ada kuasakah Anwar Ibrahim meluluskan?

Pemimpin-Pemimpin Tertinggi UMNO, bukan tahu “Main Politik”. Yang mereka tahu NGAPP sahaja. Yang mereka tahu kasi rasuah politik wang seperti Muhamad Ali Rustam, Khairy dan lain-lain pemimpin UMNO yang sudah beri rahuah politik, tapi tidak pula dihukum.

Psikologi politik yang Anwar mainkan, menjadikan pemimpin-pemimpin UMNO sudah hilang arah tujuan politik mereka, sekaligus hilang cara berfikir mereka, hilang akal, kelamkabut dan menggelabah.Semacam bon*tot mereka kepanasan terbakar api politik Anwar.

Mungkin politikus kampungan di dalam UMNO sukar memahami bunga silat Anwar sehingga mereka merasakan bunga silat sebagai pukulan hebat kepada pemimpin-pemimpin UMNO, “Nak terima Chin Peng salah, nak tolak takut back fire dari pada pengundi-pengundi Cina dalam PRU13 nanti, Cina dalam BN pun bukannya terlalu percaya UMNO.”

Secara sedar atau tidak sedar, dalam hati pengundi-pengundi Cina berkata, “Haiya, ini UMNO olang Gulayu, mutut mutut titah suka sama olang Cina meeii. Tatak mo undi BN layen kali maaaa. UMNO Gulayu mala mala sama Chin Peang, somowa olang Cina ati manyak sakit ooooooo, Itu Chin Peang olang sutah to’wa maaaa, leeyah mo mati masuk pakkongsan sutah oooo. Tokpekong pun atah cakkap maaaa, somowa olang to’wa yangan mikin ati leeya susa susa meiiii. Anuwal ati manyak bayik ooo, leeya manyak ati mo tulon, kitapi…..haiya, tungu lah Piliyan laya busat nanti lah, sana balu mo taw maaaaaaa.

Sekian, Dari saya,

HALIK ZAMAN (Sabahkini)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower