.
`
refresh 4 new artikal
.

09 June 2009

Pimpinan Tertinggi PAS Perlu Selesaikan Segera Isu Kerajaan Perpaduan

NAMPAKNYA isu Kerajaan Perpaduan masih tidak kunjung padam. Kesan dan natijahnya kepada Jemaah Islam PAS semestinya diluar jangkaan ramai pihak.

Percaya atau tidak kini sudah wujud cakap-cakap di warung-warung kopi bahawa andai PAS teruskan hasrat menubuhkan Kerajaan Perpaduan, akan berlaku penghijrahan beramai-ramai ahli PAS, mungkin melompat parti dan mungkin juga akan menubuhkan satu lagi parti baru.

Semua kemungkinan itu tetap ada. Dan tetap berlegar diminda sesetengah ahli yang 'cepat melatah' dan cepat membuat keputusan.

Oleh itu, sebelum kita lemah dan sebelum PAS berpecah lebih teruk, harap pimpian tertinggi PAS selesaikan segera isu Kerajaan Perpaduan.

Percayalah, Umno akan menggunakan sepenuhnya isu ini. Jangan terkejut seandainya setiap hari ada-ada sahaja pimpinan Umno membuat kenyataan berhubung dengan Kerajaan Perpaduan. Semua itu akan memakan PAS secara senyap.
Posted by PEMUDA PAS KEMAHANG

Monday, June 8, 2009

Kerajaan Perpaduan : Ahli Dan Penyokong PAS Akan Tinggalkan PAS

PART I
RATUSAN RIBU AKAN TINGGALKAN PAS DAN SERTAI PKR......

Heboh sekarang di Tenang, Labis Johor apabila ramai ahli PAS tidak berpuas hati mengenai Kerajaan Perpaduan. Ketika duduk di kedai kopi dan Markas Tarbiyyah PAS, ahli PAS berbincang serta akan keluar parti beramai-ramai sekiranya kerajaan perpaduan akan dilaksanakan.

Mereka kata, buat apa bersama PAS sekiranya mereka terus bersama musuh. Ramai juga mengatakan yang TGHA akan diberi jawatan TPM 2 sekiranya ianya dilaksanakan. Persoalannya apakah kerana pangkat maka TGHA sanggup bersekongkol dengan Parti UMNO yang jelas tidak mahu Islam dalam pemerintahannya?

Cawangan PAS Tenang, Labis hanya menunggu masa untuk dibubarkan dan khabar yang terdengar, mereka akan menyertai Parti Keadilan Rakyat. Asalkan mereka terus bersama Pakatan Rakyat namun untuk terus bersama UMNO, tidak sama sekali.

Mungkinkah keadaan ini akan terus merebak ke cawangan PAS yang lain atau mungkinkan banyak lagi cawangan PAS akan dibubarkan? Adakah ini yang TGHA mahukan? Ikutlah, dan dengarlah kata hati ahli akar umbi. Jangan nanti hingga ratusan ribu ahli keluar parti. Masa tu menyesal kemudian tidak berguna.

Ends............

PART II
PENGUNDI CINA DAN INDIA IKRAR TIDAK AKAN UNDI PAS LAGI.....PKR AKAN TANDING SEMUA KAWASAN DUN DAN PARLIMEN..PRU

Ketika sedang berborak dengan rakan-rakan seperjuangan (cina dan india), mereka mengatakan bahawa selama ini PAS mempermainkan mereka. Undi mereka bagi pada PAS adalah kerana PAS mengatakan yang ia akan berlaku adil kepada semua kaum dan menolah rasuah.

Namun dengan perkembangan terbaru bila ustaz Hadi mengatakan kerajaan perpaduannya bersama UMNO, Maka menurut mereka selama ini PAS menipu mereka hanya untuk mendapatkan undi kaum Cina. Ternyata PAS akan bersekongkol dengan UMNO yang nyata mengamalkan rasuah dan kronilism. "Kami tarak mau undi PAS lagi", itulah kata yang terkeluar dari masyarakat Cina dan India ketika kami berborak mengenai politik.

Tidakkah PAS sedar yang mereka akan diperkudakan UMNO sekiranya ini menjadi kenyataan? Amat menghairankan bila Khairy Jamaluddin bersungguh2 mahu kerajaan perpaduan ini diteruskan. Ada udang sebalik batu rasanya bila kenyataan dari pemimpin UMNO ini yang dulu mengutuk tapi sekarang memuji pemimpin Pas bila kerajaan perpaduan ini di utarakan.

Ends.....
ADMIN - KedahLaNie


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower