Khairy Ajak Nasharuddin Muzakarah
Khairy: Mulakan semula muzakarah Umno-PASPemuda Umno mencadangkan muzakarah Umno-PAS dimulakan semula memandangkan proses pemilihan pucuk pimpinan pusat bagi kedua-dua parti tersebut telahpun selesai.
"Bagi Pemuda Umno, inilah ruang dan peluang terbaik bagi kedua-dua parti terbesar di Malaysia ini untuk duduk semeja berbincang - bukan hanya demi perpaduan Melayu dan ummah namun berdasarkan nawaitu atau niat bagi agenda nasional yang mencakupi kepentingan semua," tulis Ketuanya, Khairy Jamaluddin dalam blognya hari ini.
Menurutnya, muzakarah seumpama itu menuntut kematangan dan pemikiran jauh semua pihak.
"Sehubungan itu, Umno-PAS perlulah mengenepikan sebarang persoalan dan pergolakan politik dan seterusnya mengambil pendekatan bersangka baik bagi mencari titik permuafakatan untuk masa depan negara.
"Umno-PAS haruslah juga mengelak dari terjerumus kepada polemik syak wasangka atau pencarian kepada siapa yang lebih atau kurang Islam atau Melayunya," tulis Khairy.
Dari itu, beliau menegaskan bahawa Umno tidak pun mengutamakan atau terlampau mengharapkan 'kerajaan perpaduan' hasil muzakarah yang dijalankan.
"Maka, PAS tidaklah perlu khuatir akan keikhlasan Umno - yang paling penting sekali adalah untuk kedua-dua parti mencari titik persamaan mengenai isu-isu nasional seperti ekonomi, pembangunan dan kebajikan rakyat.
"Persefahaman berkisar isu sebegini insya-Allah mampu menonjolkan elemen kesederhanaan dan progresif, lantas wajar disambut seluruh warga Malaysia.
"Sekiranya ini membawa kepada agenda yang lebih konkrit pada masa hadapan, biarlah kedua-dua pihak berunding pada masa kelak.
"Pada masa dan ketika ini, apa salahnya jika dibuka pintu dialog sepertimana yang diseru oleh Presiden PAS sendiri Datuk Seri Haji Hadi dan juga Timbalannya, Nasharudin Mat Isa.
"Justeru, demi kebaikan semua pihak, Pemuda Umno berharap pemimpin kedua-dua parti bersetuju untuk bersemuka dan bermuzakarah," katanya.

No comments:
Post a Comment