Nasha , Siapakah Barua Umno Perak?
Ustaz Nasharudin perlu jelaskan siapakah ‘Pemimpin PAS Pusat’ yang cuba mempengaruhi Ustaz Ahmad Awang supaya menerima pelawaan Umno untuk bersamanya menubuhkan kerajaan negeri Perak sejurus keputusan PRU 12 dulu.Sebagai pembantu kanan Presiden PAS , beliau perlu tahu perkara tersebut dan disiasat . Beliau perlu berjumpa dengan Ahmad Awang dan minta penjelasan terperinci daripada beliau.
Kalau Nasha boleh berjumpa dengan Abdullah Badawi , tentu tidak ada masalahnya untuk berjumpa dengan Ahmad Awang bertanyakan hal tersebut. Ahmad Awang tentunya akan bekerjasama memberikan maklumat lanjut tentang hal tersebut.
Atau mungkinkah Nasha rasa perkara yang didedahkan oleh Ahmad Awang itu tidak perlu untuk diketahui ramai dan mahu ianya berlalu begitu saja dan dilupakan. Atau Nasha lebih mahu bersikap : biar pecah diperut , jangan pecah di mulut?
Ahmad Awang tidak mendedahkan nama ‘Pemimpin PAS Pusat' tersebut adalah sebagai menunjukan adab yang mulia dan ketinggian akhlak beliau.
Akan tetapi , sebagai seorang ‘Pemimpin PAS Pusat’ yang memikul amanah jemaah adalah perlu ‘ individu’ tersebut tampil kehadapan untuk memberikan penjelasan terhadap isu tersebut kalau beliau seorang pemimpin yang benar-benar ikhlas .
Jangan sampai Ahmad Awang sendiri terpaksa mendedahkannya nanti. Mulut tempayan bolehlah ditutup, tetapi mulut manusia melatah juga akhirnya. Nasha, ramai di kalangan kita yang mahu tahu siapa barua itu!
~ alhusseyn~
No comments:
Post a Comment