.
`
refresh 4 new artikal
.

02 June 2009

Menanti "gedik" Ibrahim Ali

Oleh usinwafer

Hari ini..kira-kira pukul 6.15pm..Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali menegur kerajaan Kelantan yang disifatkannya hanya lebih tertumpu kepada ceramah politik dan mengabaikan aspek pembangunan di negeri itu.- sumber http://www.bharian.com/

usinkata- teguran Ibrahim Ali pada kali ini sudah semestinya ditujukan kepada TGNA selaku Menteri Besar yang menerajui Kerajaan Negeri Kelantan dibawah pimpinana PAS.

Amat mendukacitakan apabila mendengar "gedik" yg dimainkan oleh Ibrahim Ali ini...entahlah..dia inilah yang dinamakan "Melayu Mudah Lupa"...dia ini membandingkan pendapatan kerajaan negeri dengan syarikat di papan kedua bursa saham Kuala Lumpur...rasionalkah dia berkata begitu apabila syarikat-syarikat disana mendapat pelbagai kemudahan dan faedah serta pelbagai insentif yg ditawarkan oleh kerajaan Pusat..umpama "anak ayam dilahirkan didalam kepuk padi"..

Umum sudah mengetahui betapa sukarnya kerajaan negeri mendapat peruntukan utk memajukan negeri dari Kerajaan Pusat..apatahlagi dengan peruntukan itu sememangnya adalah "hak" kerajaan negeri..

Dengan kerajaan negeri "dianak-tirikan" oleh kerajaan Pusat dan juga terdapat maklumat yang mengatakan ada tangan "ghaib" yang menghalang pelabur-pelabur masuk ke negeri Kelantan..

Sudah lupakah beliau dimana kerajaan negeri terpaksa "ikat perut" utk melangsaikan htang-hutang lapuk tinggalan BN semasa memerintah Kelantan..dan kini "laba" daripada pendapatan kerajaan negeri baru nak dinikmati..itu pun secara berhemah...perlahan-lahan mencari pelabur utk anak kelantan dengan intensif/faedah/kemudahan yg ditawarkan sudah tentu umpama langit dan bumi jika hendak dibandingkan dengan tawaran yg ditawarkan oleh kerajaan Pusat dan negeri maju yg lain..

"Gedik" ibrahim Ali pada kali ini sudah tentu ada maksud tersirat...adakah ingin menarik perhatian rakyat Kelantan khususnya rakyat dikawasan Parlimen Pasir Mas utk hadir ke Majlis Konvensyen-nya yg dijadualkan akan berlangsung pada 6 JUN ini..
"Sertai UMNO? Ibrahim Ali buat keputusan JUN ini.."

Begitulah salah satu tajuk akhbar online mstar.com.my pada 25 April 2009 yg melaporkan dimana Ahli Parlimen Pasir Mas itu akan membuat satu konvensyen khas pada 6 JUN ini..

"Jika mereka (pengundi Pasir Mas) mahu saya masuk parti Umno atau PAS saya akan mempertimbangkan opsyen berkenaan demi kebaikan mereka (pengundi)," katanya.

Saya bukan "Melayu Mudah Lupa"..saya menantikan utk melihat "gedik-gedik" terbaru darimu....apadianie.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower