.
`
refresh 4 new artikal
.

07 May 2009

Update 11.00am - (HOT) Rampasan Kuasa dalam dewan ??

Rampas kuasa speaker ?

ADUN BN sedang berkerumun dan mengelilingi adun Jelapang dalam dewan sama seperti sidang bawah pokok untuk cuba merampas kuasa speaker. Makin getik, tapi menarik, suasana ini dapat disaksikan oleh semua adun PR dan disaksikan oleh pegawai-pegawai kerajaan dan tamu yang hadir. Dalam sidang "haram" mereka telah melantik calon yang dicadangkan bekas adun Sungkai, Ganesan.

Hee dkerumuni oleh ADUN PR ketika cuba merampas kerusi Speaker

ADUN Jelapang yang digantung dan dihalau keluar oleh Speaker cuba merampas kuasa dengan cuba membuat pengumuman tetapi cuba digagalkan oleh kebanyakan adun Pakatan Rakyat.

cubaan terbaharu itu nampaknya gagap dan nampak sangat menyalahi peraturan sidang. Hee nampaknya cuba memberikan pengumuman namun dihalang oleh ADUN Pakatan. Saya tidak pasti sampai bila keadaan kecoh ini akan berakhir !

Ulasan MSO :
SEPERTI mana diduga sidang DUN Perak hari ini kecoh dan penuh dramatik. Ia bermula sebaik saja Raja Nazrin Shah selesai berucap merasmikan sidang Dewan. Drama bermula dengan penahanan beberapa orang wakil rakyat di luar bangunan SUK kerana melanggar kawasan yang diharamkan oleh polis seluas 500 meter dari bangunan SUK.

Antara wakil rakyat yang ditangkap ialah ahli parlimen Kubang Kerian, Sallahuddin Ayub, ahli parlimen Parit Buntar, Mujahid Yusuf Rawa, ahli parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin, Adun Air Keroh Melaka, Khoo Poay Tiong dan wakil PSM Sungai Siput Xavier Jeyakumar.

Ahli parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang tidak ditahan tetapi dihalang keras dari menghampiri kawasan diharamkan itu. Sementara itu tidak ada pula laporan memberi tahu ahli parlimen Marang Abdul Hadi Awang, ahli parlimen Permatang Pauh, anwar Ibrahim samada ada sama atau tidak di perkarangan bangunan SUK itu.

Manakala di dalam sidang Dewan pula keadaan kecoh berlaku apabila Speaker, S Sivakumar menghalau menteri besar UBN Zambry Abdul Kadir bersama Exco dan tiga Adun bebas daripada mengikuti sidang berkenaan. Bagaimana pun larangan itu tidak diendahkan oleh Zambyr dan exco berkenaan.

Alasan Sivakumar ialah kerana mereka digantung oleh jawatankuasa khas sebelum ini manakala tiga Adun bebas, Yit Hee Fong, Jamaluddin Mohd Razi dan Othman Jailu, dianggap telah tidak menjadi Adun lagi apabila mereka lompat parti.

Sivakumar tidak menerima dan memperakui keputusan mahkamah dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tidak mengesahkan perlucutan jawatan mereka dan begitu juga dengan pembatalan penggantungan Zambry bersama enam Exco oleh jawatankuasa khas.

Perkembangan lanjut masih lagi ditunggu bagaimana kesudahan dengan sidang Dewan berkenaan. Kuasa yang ada kepada speaker setakat ini menunjukkan usaha untuk kerajaan UBN hendak menyingkirkan Sivakumar sebagai speaker dan digantikan dengan muka baru tidak berjaya. Timbalan speaker juga tidak dapat berbuat apa-apa

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower