.
`
refresh 4 new artikal
.

12 May 2009

Lima ADUN BN dipanggil dakwa hina DUN Selangor


SHAH ALAM 12 Mei – Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN) hari ini memanggil lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) untuk memberi keterangan dan pembelaan atas dakwaan menghina DUN Selangor.

Mereka termasuklah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mohd. Khir Toyo yang juga ADUN Sungai Panjang, Datuk Marsum Paing (Dengkil), Datuk Warno Dogol (Sabak), Datuk Mohamed Idris Abu Bakar (Hulu Bernam) dan Mohd. Isa Abu Kassim (Batang Kali).

Speaker DUN Selangor, Teng Chang Khim yang juga pengerusi jawatankuasa itu berkata, mereka dipanggil kerana didapati telah melanggar hak kebebasan Dewan apabila memberi keterangan media yang menyentuh mengenai Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat), baru-baru ini.

Selcat ditubuhkan dengan kuasa DUN bagi membolehkan pendengaran awam dilakukan berhubung penggunaan wang penajaan Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis).


Selain itu, katanya, Mohd. Khir juga dipanggil untuk mendengar keterangannya setelah gagal hadir pada pendengar awam tersebut dan memberi kenyataan yang menyentuh integriti DUN Selangor.

Bercakap pada sidang akhbar di sini, Chang Khim memberitahu, kelima-lima ADUN itu diwakili oleh tujuh orang peguam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower