.
`
refresh 4 new artikal
.

12 May 2009

Dr Zambry MB semula: Mahkamah Rayuan tangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi



PUTRAJAYA, 12 Mei: Datuk Dr Zambry Abdul Kadir hari ini boleh memasuki pejabat Menteri Besar Perak semula apabila Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan beliau untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi semalam.

Keputusan itu dibuat oleh penal tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh Datuk Ramly Mohd Ali yang bersidang mulai jam 11.30 pagi tadi selepas Zambry memfailkan rayuan jam 9.00 pagi tadi.

Semalam Mahkamah Tinggi membuat keputusan Datuk Seri Mohamad Nizar adalah MB Perak yang sah apabila perlantikan Zambry diputuskan tidak sah.

Ekoran itu, Nizar mula bertugas dengan membuat mesyuarat Exco tengah malam tadi dan memasuki pejabatnya awal pagi tadi.

Dalam mesyuarat Exco pertamanya, tiga pegawai kanan Perak, Setiausaha Kerajaan, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang digantung jawatan mereka selepas mereka bertindak secara yang tidak profesional sebagai pejawat awam.

Jam 8.00 pagi beliau bergegaskan ke Kuala Kangsar bagi menyertai Raja Muda Perak dalam satu majlis di sana. Beliau sedang berusaha untuk menghadap Raja Muda bagi membuat permohonan agar Dun Perak dibubarkan. Sultan Perak kini berada di luar negara.

Dengan keputusan baru ini, tidak diketahui apakah tindakan Nizar dan Exconya serta Zambry dengan Exconya.

Di Mahkamah Rayuan hari ini, Zambry diwakili Cecil Abraham dan Sunil Abraham. Turut hadir adalah Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan ketua bahagian pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Tun Abdul Majid Hamzah.

Peguam Umno Hafarizam Harun dan Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin turut hadir.

Peguam Nizar, Haji Sulaiman Abdullah, Ranjit Singh dan Edmund Bon tiba jam 11 pagi tadi.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower