.
`
refresh 4 new artikal
.

18 April 2009

SATU MALAYSIA - NAJIB MULA MENCONTOHI PERJUANGAN DS ANWAR ?

Pakatan Rakyat telah berjaya mengubah minda rakyat Malaysia dari fahaman yang jumud dan fanatik perkauman menebal kepada fahaman yang lebih terbuka dan bertamadun. Tanpa membelakangkan prinsip perlembagaan khususnya berkaitan kepentingan bangsa Melayu, Pakatan Rakyat mampu meyakinkan rakyat bahawa bumi bertuah ini kepunyaan bersama dan hasil mahsul yang terdapat di dalamnya berhak dinikmati oleh semua bangsa dan kaum. Inilah kunci kepada kemenangan besar yang dicapai oleh Pakatan Rakyat di dalam Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu dan ianya berterusan sehingga Pakatan Rakyat berjaya dengan cemerlang di dalam empat Pilihanraya Kecil selepas itu. Di Permatang Pauh, di K.Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau membuktikan bahawa formula yang dibawa oleh Pakatan Rakyat amat serasi dengan jiwa rakyat di negara ini.

Menyedari hakikat itu, Umno yang kini semakin lemas di muara berusaha untuk kembali menentang arus yang dibawa oleh mereka semenjak berpuluh-puluh tahun dahulu. Najib yang baru mengambil alih teraju Presiden Umno dan PM dari Pak Lah tanpa berfikir panjang terus memperkenalkan slogan `Satu Malaysia'. Sekali pandang, sekali belek saling tak tumpah seperti yang telah diperkenalkan oleh DS Anwar di dalam membentuk PKR. Bertahun Umno menghina PKR kononnya sudah hilang semangat kemelayuan di kalangan pimpinan Melayu di dalam PKR dan ungkapan ini sering dibawa dan dijaja oleh pemimpin-pemimpin Umno termasuk beberapa pertubuhan yang pro Umno seperti PEWARIS dan PERKASA. DS Anwar dikatakan telah melupakan asas perjuangan Melayu malahan digelar pengkhianat Melayu semata-mata pemimpin utama PR ini memperkenalkan Malaysia Baru dengan konsep keadilan untuk semua. Maka, menyalak dan menjeritlah Ezam Mohd Noor di merata-rata tempat di mana adanya Pilihanraya Kecil untuk mendedahkan betapa DS Anwar adalah pengkhianat Melayu. Wakil Parlimen bebas Pasir Mas yang makan gaji dan elaun hasil ehsan dari PAS, Ibrahim Ali juga berkerut-kerut muka menahan marah dengan tingkah laku DS Anwar yang dilihat semakin mendapat kepercayaan rakyat itu.

Rupa-rupanya kebijaksanaan DS Anwar menampilkan ketokohannya sebagai pemimpin berjiwa rakyat ternyata menarik minat PM sekarang. Soalnya, mampukah Najib melakukannya dan adakah keberanian untuk beliau menungkah arus Umno yang sebati dengan slogan `hidup Melayu'nya? Apa pula kata Ezam dan Ibrahim Ali sekarang ? Najib begitu takut sekarang untuk bersuara lantang perihal orang Melayu bahkan beliau kini insaf betapa Umno perlu bersederhana. Retorik terus bermain di mana-mana bibir pemimpin yang menerajui Umno untuk melenakan rakyat yang telah lama sedar dari mimpi sebelum ini. Jika di zaman Pak Lah, ketika kebangkitan Islam mulai dirasai Pak Lah mencipta `Islam Hadhari' yang mana bekas PM sebelumnya Tun Mahathir sendiri tidak faham apa itu Islam Hadhari. Sememangnya Tun Mahathir tidak akan faham kerana perkataan Islam itu sendiri amat menakutkannya. Bukankah di zaman Tun Mahathir perkataan Islam cuba untuk dihapuskan di dalam mana-mana pertubuhan atau parti politik? Di zaman Najib sekarang, timbul cadangan untuk mengkaji semula Islam Hadhari sepertimana juga kerajaan hendak mengkaji semula Akta ISA. Semasa kajian sedang berjalan, timbul pula `Satu Malaysia' dan mungkin kali ini Tun Mahathir lebih arif apa itu `Satu Malaysia'.

Jika ditanya kepada akar umbi dan beberapa kerat pimpinan Umno sendiri pun mungkin mereka sendiri pun tidak faham apa itu `Satu Malaysia'. Yang mereka faham negara ini sememangnya satu iaitu Malaysia, tidak pernah wujud dua Malaysia walaupun terdapat Sabah dan Sarawak di sebelah Timur Semenanjung. Jika `Satu Malaysia' bermaksud semua rakyat Malaysia adalah setaraf dan berhak menikmati keadilan bersama, maka apa bezanya yang diperjuangkan oleh DS Anwar? Bezanya DS Anwar telah pun membuktikan konsep keadilan untuk semua dilaksanakan oleh negeri-negeri yang dikuasai oleh PR. DS Anwar tidak bermain dengan retorik dan beliau sentiasa komited dengan hala tuju PR.

Umno kini telah hilang arah perjuangannya setelah rakyat mula menjauhkan diri dari parti bersifat kebangsaan tersebut. Najib menyedari untuk kembali menarik sokongan rakyat terutamanya yang bukan berbangsa Melayu adalah mesti mengubah asas perjuangan Umno itu sendiri. Mengubah asas perjuangan orang-orang Melayu adalah satu perkara yang tidak dapat diterima oleh beberapa badan dan pertubuhan NGO yang fanatik semangat kemelayuanya. Itulah juga yang ditentang oleh Ezam Mohd Noor dan salah satu sebab beliau keluar dari PKR adalah kerana kononnya PKR mulai meningalkan asas perjuangan orang Melayu. Apakah selepas ini Ezam akan tinggalkan Umno pula kerana Umno kini kelihatan sama seperti PKR? Ke mana Ezam akan pergi ? Diharapkan Ezam akan memperkatakan pendirian beliau nanti sewaktu beliau hadir berceramah di Penanti tidak berapa lama lagi. Saya pasti Ezam akan muncul di Penanti kerana sudah menjadi tugas dan tabiatnya menjelma ketika musim pilihanraya.

Rakyat yang cerdik tidak akan terpedaya dengan tipu helah Umno. Rakyat kini tidak mampu lagi memberikan banyak peluang untuk Umno dan Bn memperbodohkan rakyat dengan slogan demi slogan. Slogan hapuskan rasuah dipermain dan dipersendakan oleh mereka sendiri apabila si perasuah masih menjadi Ketua Menteri dan ada yang menjadi pemimpin pemuda parti mereka. Apakah kita masih mahu percaya kepada parti yang seumpama ini? Parti yang dipenuhi dengan pemimpin yang rasuah dan masih berkuasa tidak akan selamat selama-lamanya. Suatu hari nanti parti ini akan hancur lebur umpama hancurnya tubuh badan Altantuya akibat bom C4.



WFAUZDIN NS

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower