.
`
refresh 4 new artikal
.

23 April 2009

Perkara 16, Perkara 19(5) Perlembagaan P Pinang dan Perkara 113(1) jamin pilihan raya kecil Dun Penanti. Kenapa Najib enggan?







PELBAGAI helah dan dalih Barisan Nasional dan juak-juak mereka untuk cuba menidakkan keperluan pilihan raya kecil DUN Penanti yang kosong ekoran perletakan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang tidak perlu dihiraukan. Apa yang lebih penting ialah mematuhi ketetapan perlembagaan sebagai undang-undang utama negara.

Demikian pandangan Profesor Dr Abdul Aziz Bari ketika diminta mengulas pelbagai hujah dan komen di dalam media perdana yang meremehkan kewajipan mengadakan pilihan raya kecil di DUN tersebut.

Selain dari Perdana Menteri yang menunjukkan kecenderungan untuk tidak menyertai pilihan raya itu, Puteri Umno dan Ahli Parlimen Jerlun, Mukhriz Tun Mahathir pula cuba mencadangkan agar suatu tindakan diambil untuk menghalang diadakan pilihan raya semula untuk kes-kes yang tidak penting apabila wakil rakyatnya meletakkan jawatan.

Nada yang sama dengan keengganan Dato' Seri Najib Tun Razak untuk BN tidak meletakkan calon di Penanti turut disokong oleh Presiden Gerakan, Dato' Seri Koh Tsu Koon dan Presiden MCA, Dato' Ong Tee Kiat.

Aziz berkata Perkara 16 Perlembagaan Negeri Pulau Pinang membenarkan ahli-ahli DUN Pulau Pinang meletakkan jawatan dengan menulis kepada speaker DUN tersebut. Sementara itu Perkara 19(5) perlembagaan sama mewajibkan agar kekosongan itu diisi dalam tempoh 60 hari selepas kekosongan itu berlaku melalui pilihan raya.

Tegasnya lagi, Suruhanjaya Pilihan Raya diberi tugas untuk mengadakan pilihan raya bagi kerusi parlimen dan DUN di bawah Perkara 113(1) Perlembagaan Persekutuan.

"Semua peruntukan di atas cukup jelas dan tak perlu ditafsir lagi. Kita harap SPR tidak akan ke mahkamah dan meminta tafsiran supaya pilihan raya tidak diadakan. Maklumlah akhir-akhir ini mahkamah membuat pelbagai tafsiran yang pelik-pelik mengenai perlembagaan yang setengahnya bertentangan langsung," ujar Aziz dengan sinis.

Diminta membuat komen tentang cadangan Puteri Umno supaya sebuah undang-undang menyekat tindakan meletakkan jawatan bagi memaksa pilihan raya kecil, Aziz berkata undang-undang seperti itu tidak boleh dibuat kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan juga negeri.

"Peruntukan yang dipaparkan di atas jelas dan Umno harus berhenti untuk meminda undang-undang kerana mereka semakin lemah dan tak lama lagi mungkin kehilangan kuasa terus," katanya.

Pakar perlembagaan itu juga berkata, Umno dan BN mungkin sudah lupa bagaimana mereka mengisi kerusi Menteri Besar Selangor apabila Tan Sri Muhammad Muhd Taib terpaksa meletakkan jawatan selepas ditahan kerana membawa wang tunai dalam jumlah yang besar di Australia pada 1997.

Oleh kerana orang yang mereka mahu - yakni Datuk Abu Hassan Omar - ketika itu menteri kabinet maka perletakan jawatan dan pilihan raya kecil terpaksa diadakan di kerusi parlimen Kuala Selangor dan Dun Permatang.

Hassan ketika itu Ahli Parlimen Kuala Selangor (Menteri Hal Ehwal Pengguna) terpaksa meletak jawatan dan bertanding di Dun Permatang. Ini menyebabkan dua pilihan raya kecil serentak terpaksa diadakan di Parlimen Kuala Selangor dan Dun Permatang bagi memberi laluan Abu Hassan bertanding. Mereka ditentang oleh calon PAS.

Sementara itu Ahad lalu, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim dipetik sebagai berkata tidak pernah berlaku dalam sejarah negara Barisan Nasional - dulunya Perikatan - tidak bertanding dalam pilihan raya kecil.

Pada Januari 2007, BN mengutuk PKR dan PAS apabila kedua-duanya mengambil keputusan memulaukan pilihan raya kecil Batu Talam di Pahang apabila kedua-dua parti tersebut tidak dapat menerima penipuan dan sikap berat sebelah SPR.

Sumber: http://sanggahtoksago.blogspot.com/


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower