.
`
refresh 4 new artikal
.

27 April 2009

Eksklusif: Parti Keadilan Rakyat Telah Memecat Ahlinya Yang Khianat Semasa Pilihanraya Kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau Dan Batang Ai !


KUALA LUMPUR [1.47 pm] - Parti KeADILan Rakyat (PKR) hari ini mengumuman pemecatan 16 orang ahlinya, yang didapati bersalah mengkhianati parti itu, semasa kempen pilihan raya kecil di Bukit Selambau, Kedah dan Batang Ai, Sarawak baru-baru ini. Dalam satu kenyataan media hari ini, Timbalan Presiden KeADILan, Dr Syed Husin Ali (foto) berkata, keputusan tersebut dibuat secara sebulat suara dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi parti yang diadakan semalam. Katanya, pemecatan tersebut berkuatkuasa serta merta mulai 26 April 2009. "Mereka ini bertanding sebagai calon menentang calon parti, menyokong calon yang menentang calon parti, mengkritik parti melalui media dan mengisytiharkan diri keluar dari parti dalam ceramah atau melalui media. "Mereka melakukan kesalahan-kesalahan tersebut dalam Pilihanraya Kecil Bukit Selambau dan Batang Ai baru-baru ini," jelas beliau. Nama-nama yang dipecat adalah Moganakumar a/l Subramaniam (Bahagian Merbok, Kedah), Jayagopal a/l Andaikalam (Bahagian Pokok Sena, Kedah), Abdul Hamid Othman (Bahagian Padang Serai, Kedah) , Roslan A. Hamid (Bahagian Padang Serai, Kedah), Abu Bakar Din (Bahagian Baling, Kedah), Abdul Wahab Mat Isa (Bahagian Sik, Kedah), Mustafa Hassan (Bahagian Sik, Kedah), Kalai Vanar a/l Bala Sundram (Bahagian Jerai, Kedah), Deivanai a/p Krishnan (Bahagian Jerai, Kedah), Abu Bakar Hamid (penaja Bahagian Pendang, Kedah), Ahmad bin Ayub (penaja Bahagian Pendang, Kedah), Azhar Ahmad (penaja Bahagian Jerlun, Kedah), Dr Ambrose Labang (Bahagian Julau, Sarawak), Wong Kee Kai (Bahagian Julau, Sarawak), Rajang Anak Unau (Bahagian Julau, Sarawak) dan Kudik Untung (Bahagian Julau, Sarawak).

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower