.
`
refresh 4 new artikal
.

09 May 2010

Krisis Istana: Tak Mahu Caro, Diam Juga Nasihat? -Nik Aziz


KOTA BARU, 9 Mei — Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) nafi telahan sesetengah pihak kononnya kerajaan negeri seolah-olah tidak mempedulikan krisis Istana Kelantan.

Sebaliknya dalam reaksi ringkas Mursyidul Am PAS ini menyifatkannya sebagai konflik keluarga. “Ini krisis anak-beranak, bukan kerajaan, tidak mahu caro (ambil peduli),” kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Kesyukuran Orang Kurang Upaya di Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan di Padang Tembak, Pengkalan Chepa dekat sini.

Beliau menjawab soalan pemberita bahawa sikap berdiam diri kerajaan negeri secara tidak langsung telah menimbulkan pelbagai spekulasi rakyat negeri ini terhadap istana dan kerajaan negeri itu sendiri.

“Saya nak kata maca mana? Orang kata kerajaan negeri tak nasihat, itu silap kerana diam itulah sebahagian daripada nasihat,” katanya bersandarkan hujah ayat al-Quran mengatakan ‘diam’ juga adalah sebahagian daripada nasihat mengikut keperluan situasi tertentu.

Beliau membaca ayat berkenaan hal yang berkaitan. Dalam pada itu Nik Aziz tidak menafikan kerajaan negeri belum melawat Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra sejak dimasukkan ke hospital lima hari lalu.

“Belum melawat lagi, kita sedang minta Datuk Setiausaha Kerajaan Negeri uruskan jadual atau masa lawatan itu supaya kerajaan negeri dapat melawat tuanku bersama exco semua sekali,” katanya.

Sultan Kelantan dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini Selasa lalu setelah dipertikaikan rawatan susulannya di Singapura. Esok, Mahkamah Khas akan mendengar permohonan habeas corpus yang difailkan oleh Tengku Temenggong Tengku Muhamad Fakhry untuk membawa keluar Sultan Kelantan dari HUSM atas alasan baginda dikurung. (AK)

SPR tolak spekulasi mengenai ADUN Kerdau



Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini menolak spekulasi mengenai keadaan ADUN Kerdau, Datuk Zaharudin Abu Kassim (gambar) yang sedang dirawat di unit rawatan rapi Hospital Sultan Ahmad Shah di Temerloh.

RTM melaporkan awal minggu ini bahawa ADUN BN itu telah menjalani pembedahan ekoran kebocoran usus pada 3 Mei 2010.

Beliau telah dikejarkan ke hospital awal pagi berkenaan, selepas mengadu sakit perut ketika bersarapan di sebuah restoran.

Zaharuddin dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan selama tiga jam.

Exco kerajaan negeri Pahang, Hoh Khai Mun turut mengesahkan bahawa keadaan ADUN Kerdau itu tidak membahayakan.

Menurut Hoh lagi, Zaharudin mengalami masalah komplikasi jantung selepas menjalani pembedahan tersebut.

Katanya, ADUN Kerdau itu akan dipindahkan ke Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.

Zaharudin, 63, menang kerusi DUN Kerdau dalam pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 1,615 undi, menewaskan calon PAS, Hassanudin Salim.

Kawasan tersebut mempunyai pengundi yang terdiri daripada 89 peratus Melayu, 6 peratus Cina, 3.7 peratus India dan 2.5 peratus lain-lain kaum.

Keadaan kesihatan Zaharudin yang kritikal minggu ini telah mencetuskan khabar angin pagi in mengenai kemungkinan pilihan raya kecil membabitkan kawasannya.~malaysiakini~

Zaid Sedia Ke Mahkamah Jelas Kuasa Sultan

Oleh Fazli Othman

PETALING JAYA 8 Mei - Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Datuk Zaid Ibrahim berkata beliau bersedia mengadap Sultan Selangor berhubung tulisan di dalam blognya berkenaan isu kuasa baginda dalam membuat arahan dan perintah berkaitan hal Islam.

Majlis Agama Islam Selangor dalam kenyataanya semalam mempertikaikan komentar Zaid dan memberi amaran untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Zaid.

Pada sidang media dirumah beliau pagi tadi, Zaid mendedahkan MAIS telah menghantar sepucuk surat yang ditandatangani oleh Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa yang memaklumkan adalah kesalahan kepada sesiapa yang mengingkari dan mempertikaikan arahan dan perintah Sultan Selangor di bawah Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor.

Surat itu juga menyebut baginda dan MAIS boleh mengeluarkan arahan dan perintah tanpa perlu mewartakannya terlebih dahulu.

"Saya berterima kasih kepada MAIS yang memberitahu perkara tersebut dan saya juga peka dan faham maksud Seksyen 12 Enakmen dan peraturan lain yang disebut dalam surat itu.

"Sebagai peguam, saya cuma tidak bersetuju kuasa mengeluarkan arahan dan perintah adalah hak mutlak yang tidak perlu dirujuk kepada Dewan Undangan Negeri.

Zaid berpendapat kuasa kerajaan negeri di bawah Artikel 74 dan Artikel 80 Perlembagaan Persekutuan untuk menggubal undang-undang dan peraturan berkenaan hal ehwal Islam diberikan kepada kerajaan negeri iaitu Dewan Undangan Negeri.

"Jika kuasa membuat perintah dan arahan hal ehwal Islam boleh dibuat oleh Raja-Raja Melayu tanpa merujuk kepada DUN dan menguatkuasakan undang-undang tanpa mewartakannya, ini bererti kita telah kembali ke zaman Khalifah di mana Khalifah boleh melaksanakan undang-undang tanpa merujuk kepada pihak yang lain.

"Saya tidak bertujuan untuk menghina mahu pun memperkecilkan kuasa Raja-Raja Melayu, cuma dalam sistem Raja Berpelembagaan, kuasa raja hanya boleh digunapakai secara sah jika mengikut kehendak dan kaedah yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri," jelas Zaid lagi.

Zaid menjelaskan konsep Raja Berpelembagaan sebenarnya bermaksud Raja-Raja Melayu mempunyai kuasa yang tertentu yang tertakluk kepada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri.

Tambah beliau, Perlembagaan Persekutuan atau pun negeri telah memperuntukkan bahawa undang-undang digubal oleh Parlimen atau DUN.

Ini selaras dengan prinsip demokrasi di Malaysia di mana rakyat memilih wakil mereka di dalam DUN serta menggubal undang-undang.

Zaid yang juga bekas Menteri Undang-undang menyelar mantan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Khir Toyo dan Pertubuhan Pribumi Perkasa yang mengguna khutbah Jumaat untuk menghentamnya tanpa memberi jawapan secara ilmiah.

"Bukankah hal politik tidak dibenarkan di masjid dan kenapa tidak ada tempat untuk orang Melayu-Islam lain memberi pandangan selain MAIS dan JAIS?" soal Zaid lagi.

Beliau bersedia bersama MAIS untuk merujuk perkara tersebut ke Mahkamah Persekutuan bagi menentukan maksud sebenar peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan peranan DUN dalam perkara ini..

02 May 2010

Skandal Pembelian Kapal Selam

Dari Merdeka Review

Pakatan Rakyat memuji Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) kerana memulakan aduan rasuah di Mahkamah Perancis berhubung urus niaga bernilai RM 4.7 bilion di antara Kerajaan Malaysisa dan DCN, konglomerat senjata terbesar Perancis. Urus niaga ini melibatkan Razak Baginda, yang dikenali sebagai penasihat kepada Perdana Menteri Najib Razak sehinggalah berlakunya pembunuhan penterjemah Mongolia, Altantuya Shariibuu di Malaysia.

Sistem keadilan Malaysia, secara khususnya SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) gagal mengenal pasti isu-isu rasuah yang kini sedang dibawa SUARAM ke dalam sistem perundangan Perancis. Amat mengaibkan, rakyat Malaysia terpaksa pergi ke Perancis untuk mendapatkan penjelasan dan ketelusan terhadap rasuah yang membazirkan berbilion ringgit duit orang ramai.

Namun demikian, ia bukan hanya tentang kegagalan SPRM.

Pembunuhan Altantuya juga masih belum diselesaikan. Seluruh negara tahu bahawa dua orang anggota polis yang disabitkan kesalahan, Azilah Hadri dan Sirul Azhar hanyalah perkakas yang digunakan untuk membunuh Altantuya. Ibarat telah ada alat sepucuk pistol tetapi siapa yang menarik picu melepaskan peluru? Kesemua lembaga-lembaga negara kita – polis, Jabatan Peguam Negara dan Kehakiman telah gagal, secara sengaja atau akibat kecuaian untuk memberikan jawapan kepada soalan mustahak ini.

Beberapa soalan penting yang masib belum berjawab berkaitan dengan urus niaga kapal selam dan pembunuhan sensasi:

Apakah peranan Perdana Menteri Najib Razak dalam urus niaga kapal selam tersebut, hubungan dengan penasihatnya Razak Baginda yang membuat keuntungan luar biasa daripada urusniaga itu dan penglibatannya dalam pembunuhan Altantuya Shariibuu?

Apakah yang dimaksudkan dengan meminta bantuan yang dibuat Razak Baginda kepada Musa Safri, Ketua Pengawal Najib pada malam 19 Oktober 2006 melalui telefon selepas Sirul dan Azilah sampai dengan seorang anggota polis wanita, Lans Koperal Rohainaza serta membawa pergi Altantuya dari hadapan rumah Razak di Bukit Damansara dan tidak ditemukan lagi selepas itu? Siapa yang mengarahkan anggota polis terbabit ke sana?

Apakah yang dibuat pegawai khas Najib Tun Razak selama 20 tahun, Nasir Safar memandu kereta Proton merah yang muncul di hadapan rumah Razak, beberapa ketika sebelum anggota polis tersebut muncul dan membawa Altantuya pergi?

Apakah Nazim Razak menawarkan sejumlah wang yang besar kepada penyiasat persendirian Balasubramaniam (gambar kiri) dan juga mengancam keluarganya apabila dia bertemu Bala pada malam 3 Julai 2008 selepas Bala mengeluarkan pengakuan bersumpahnya yang pertama?

Apa pula penglibatan Deepak Jaikishan yang dikenal rapat dengan Rosmah Mansor dalam pembuatan akuan bersumpahnya yang kedua, serta peranannya dalam mengaturkan pertemuan di antara Nazim Razak dan Bala?

Bagaimana dengan kewujudan gambar yang diperkatakan Burmaa OyunChinmeg, sepupu Altantuya, yang menunjukkan Najib, Razak dan Altantuya makan malam bersama di sebuah restoran di Paris? Kenapa Arnaud Dubus, wartawan Perancis, berkata bahawa bapa Altantuya memberikan gambar tersebut kepada bekas Konsul Kehormat Kedutaan Mongolia di Malaysia, Syed Abdul Rahman Alhabshi dari Wisma Putra Malaysia. Abdul Rahman kemudiannya memberikan gambar tersebut kepada pihak polis yang akhirnya hilang selepas itu.

Kenapa syarikat yang baru ditubuhkan Razak Baginda, Perimekar terlibat dalam urus niaga kapal selam ini memandangkan ianya tidak memiliki keupayaan, kemampuan kewangan atau kepakaran untuk mendokong pemberian kontrak tersebut?

Mengapa kerajaan tidak berurusniaga secara langsung dengan konglomerat senjata Perancis tersebut?

Siapa yang memberi arahan untuk membunuh kerana dua orang pengawal tersebut tidak mempunyai motif untuk membunuh Altantuya?

Kenapa penyiasat persendirian Balasubramaniam yang membuat perakuan bersumpah dan dakwaan lainnya terhadap penglibatan Najib dan para pegawainya (Musa Safri dan Nasir Safar) lari dari Malaysia? Apakah yang perlu dilakukan bagi menjamin keselamatan Bala untuk ikut terlibat dalam penyiasatan ini?

Mengapakah pembantu Najib, Musa Safri dan Nasir Safar tidak dipanggil untuk memberi keterangan dalam perbicaraan?

Pakatan Rakyat amat menyokong penyiasatan ini dibuat atas kepentingan keadilan serta ketelusan. Pakatan Rakyat juga mendesak kerajaan dan institusi-institusi negara yang berkenaan untuk memberikan kerjasama sepenuhnya serta jujur dalam penyiasatan ini.

Isu RM4 juta: Husam Tempelak Kickdefella

Timbalan Pesuruhjaya Pas II, Datuk Husam Musa menempelak blogger, Kickdefella yang mendedahkan dirinya menerima RM4 juta untuk menjalankan operasi gerak saraf bagi memburukkan kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan turut mempersoalkan motif sebuah akhbar tempatan yang membesarkan tulisan blogger tersebut.

“Kalau ada seorang blogger yang hebat dan kita ada RM4 juta, kita sudah boleh jatuhkan seorang Perdana Menteri, nampaknya kerja menjatuhkan PM tidaklah begitu sukar.

“Sesetengah orang mungkin kata RM4 juta terlalu mahal dan sesetengah pula akan kata murah, kalau dengan RM4 juta PM boleh jatuh, ia cukup murah,” katanya ketika dipetik dalam blognya semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Kickdefella atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang mengakui menerima peruntukkan sebanyak RM4 juta untuk melakukan operasi gerak saraf bagi mempermudah Pas menewaskan Barisan Nasional (BN) di Kelantan.

Husam berkata, jika benar kenyataan yang dikeluarkan oleh blogger tersebut, maka tidak susah untuk menjatuhkan seorang Perdana Menteri.

“Seorang petugas tegar UMNO seperti Sang Kelembai melanyak Pak Lah dalam blognya lama sebelum adanya cerita orang tertentu dapat RM4 juta untuk burukkan sesiapa.

“Perdana Menteri macam Pak Lah, adakah perlu lagi belanja sebesar RM4 juta untuk burukkan dia? Rasanya tak payah, kelemahan kepimpinannya boleh ceritakan segalanya,” katanya.

Dalam masa yang sama, Husam turut menempelak Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Mustapa Muhamed yang mengkritik Kerajaan Negeri berhubung dengan pendedahan Kickdefella tersebut.

”Kalau dengan RM4 juta rancangan Datuk Mustapa tawan Kelantan boleh dikuburkan dan itu dianggap mahal, saya tak tau nak kata. Untuk menang Hulu Selangor saja, UMNO belanja entah berapa ratusan juta, tetapi untuk tewaskan satu negeri, belanja RM4 juta sudah cukup kira jimat dan hebat,” katanya.


Murahnya nak jatuhkan PM kita

Kalau ada seorang blogger yang hebat dan kita ada RM 4 juta, kita sudah boleh jatuhkan seorang PM - nampaknya kerja menjatuhkan PM tidaklah begitu sukar.

Setengah orang mungkin kata 4 juta terlalu mahal dan setengah pula akan kata, kalau 4 juta PM boleh jatuh, ia cukup murah.

Apa sebab mahal dan apa pula sebab murah?

PM macam Pak Lah, adakah perlu lagi belanja sebesar empat juta untuk burukkan dia? Rasanya tak payah. Imej buruknya jadi sendiri atas kelemahan kepimpinannya.

Ada sesetengah blogger buat kerja itu percuma saja. Gambar Pak Lah terlentok tertidur dan segala macam kelemahan dia dah ada dalam beratus blog sejak lama. Ada blogger yang meng-kartunkan karakter Pak Lah dalam blog-blog mereka. Sejuta pun tak payah, usahkan empat juta, kerana rasanya blogger-blogger itu semua buat kerja itu sebagai tindakan spontan mereka saja atas kelemahan Pak Lah yang begitu ketara.

Seorang petugas tegar UMNO seperti Sang Kelembai melanyak Pak Lah dalam blognya lama sebelum adanya cerita orang tertentu dapat empat juta untuk burukkan sesiapa.

Kalau ada orang habiskan wang empat juta nak burukkan lagi Pak Lah yang dah pun buruk, rugi sakan lah rasanya orang itu.

Sehari dua ini,Tun M masih membantai Pak Lah atas tergadainya medan minyak kita di Sarawak kepada Brunei. Bekal Tun M tak sampai sepuluh duit pun. Dia hanya petik laporan The Edge dan Brunei Times online saja. Bukan susah nak burukkan Pak Lah hatta dia dah tak jadi PM tapi tinggalan-tinggalan keputusannya yang merugikan negara terbongkar satu lepas satu.

Kalau nak jatuhkan Pak Lah sampai berbelanja empat juta, rasanya terlebih bayar.

Kalau boleh jatuhkan PM sekarang dengan belanja empat juta, rasanya itu tak mahal dan mana-mana pihak boleh mencuba nasib mereka. Ini kira bagus dan murah.

Jadi saya tak tau tulisan blogger yang dibesarkan oleh Utusan itu boleh untungkan sapa?

UMNO Kelantan ada ulas, bagaimana besarnya belanja yang digunakan untuk tewaskan UMNO Kelantan. Empat juta.

Kalau dengan empat juta rancangan Datuk Mustapha tawan Kelantan boleh dikuburkan dan itu dianggap mahal, saya tak tau nak kata. Untuk menang Hulu Selangor saja UMNO belanja entah berapa ratusan juta. Tapi untuk tewaskan UMNO satu negeri, belanja empat juta dah cukup kira jimat dan hebat.

Rupanya tak susah sangat nak tewaskan UMNO Kelantan dan kalau dengan empat juta UMNO satu-satu negeri boleh ditewaskan, mana yang berminat boleh buka tabung untuk cukupkan empat juta satu negeri cuba tewaskan baki UMNO seluruh Malaysia. Rasanya UMNO akan kecut.

Dunia blogger ada indahnya.

Kadang-kadang kita boleh jadi tukang kek. Gandumnya tak sampai secawan tapi kalau kena campur dengan serbuk penaik, sebiji kek yang besar boleh kita buat. Campur pula majerin sama telur. Tengok kemahiran kita. Asalnya gandum secawan saja.

Setahu saya, gerak saraf tak burukkan orang. Itu perang saraf. Gerak saraf ajak orang sokong kita atas kebaikan kita.

Saya pun tak tahu sangat apa beza gerak saraf perang saraf dan operasi berkaitan saraf.

Apa kata kalau saya kata empat juta itu memang ada dan empat juta itu ditaja oleh kumpulan UMNO tertentu? Mereka nak jatuhkan Pak Lah kerana mereka sama tak suka.

Untuk jatuhkan PM sekarang pun dah ada empat juta lagi yang juga ditaja oleh orang UMNO yang tak puas hati Pak Lah dijatuhkan.

Lepas saya kata, nak tahu betul tak betul kena siasat tapi yang penting saya dah kata. Nasib elok keluar muka depan Utusan esok lusa, tenggelam cerita telaga minyak berharga tak kurang RM 340 billion yang hilang, gara-gara empat juta! Empat juta kalahkan 340 billion..... Ini pun mungkin masuk dalam kategori saraf juga, samada gerak atau perang atau saraf mana satu, saya tak berapa tau kerana cabang saraf ada bermacam-macam...

Maknanya, nak kata tak lah payah. Lepas itu kita minta lah mana badan yang patut siasat, menyiasat.

greennboc

13 March 2010

Diantara Ali Dan Baba


Saya bersetuju dengan Ibrahim Ali yang mengatakan tak ada salahnya bagi beliau selaku Pengurusi Perkasa untuk berkerja dengan tauke Cina yang terkaya Vincent Tan, atau dengan mana-mana tauke lain yang membuat projek perumahan atau jambatan atau projek lain di Kelantan. Orang Melayu sepatutnya berkerja dengan siapa saja yang boleh memberi manfaat dan keuntungan kepada orang Melayu sendiri. Yang penting dia betul-betul berkerja atau berniaga secara aktif. Yang penting Melayu ini bukan “sleeping partner” atau bukan Ali kepada Baba. Yang penting Melayu yang tahu harga diri.

Malangnya ramai pemimpin Melayu/Bumiputera yang ada kabel dengan Perdana Menter atau orang atasan lain dapat peluang hanya untuk jadi Ali kepada Baba. Maka dilantiklah Ali ini sebagai pengarah syarikat yang tak buat apa-apa kerja. Ali ini juga diberi saham. Maklumlah, Ali ini kan orang Bumiputra yang ada kedudukan istimewa dan peruntukan khas, walaupun bapa atau datuk dia lahir di Kerala atau Madras, atau di Aceh dan sebagainya. Orang yang benar-benar putera bumi di negara kita seperti Senoi, Negrito dan Proto Melayu di samping kumpulan-kumpulan etnik Semelai, Jakun, Temuan, Temiar dan sebagainya, tak pernah pula kita lihat dapat jawatan pengerusi syarikat-syarikat besarMereka tak ada perlindungan dibawah Perkara 153 yang ajaib itu.

Jadi bila wira Perkasa dan pengikut-pengikut UMNO Baru ini mahu pertahankan “keistemewaan” mereka, apakah sebenarnya yang mereka mahu pertahankan. Tak ada siapa pun yang bercadang nak ambil balik hak Bumiputera di bawah Perlembagaan. Tak orang bukan Melayu dan tidak juga Pakatan Rakyat yang mahu buat begitu. Lagi pun mustahil ianya dapat dilakukan dengan jumlah kerusi yang dipegang di Parlimen oleh kaum Bumiputera. Kadang-kadang ada di antara kita yang lupa bahawa di Sabah dan Sarawak, kaum Bumiputera merupakan kaum majoriti. Jadi apakah yang dibisingkan oleh “pembela hak Bumiputera” ini.

Sebenarnya, yang mereka mahu pertahankan ialah “sistem rentier” di mana nama Bumiputera UMNO itu ada harga untuk mendapat saham percuma atau elaun percuma atau jawatan pengarah dalam sesuatu syarikat. Mereka mahu Baba sentiasa perlukan servis dan nama mereka. Jadi Ali jenis ini sanggup terus mempertahankan elit Baba ini walaupun syarikat-syarikat Baba inilah yang menjadi persaingan dan mengurangkan peluang kepada peniaga Melayu yang tulin ikhlas yang mahu berniaga dengan erti kata yang sebenar. Inilah hakikatnya

Sepatutnya Ali ini perlu sedar diri dan benar-benar berjuang secara ikhlas. Apa yang perlu diperjuangkan oleh Ibrahim Ali dan Utusan Malaysia ialah supaya Model Ekonomi Baru yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri Najib Razak itu dapat membanteras fenomena ekonomi pajakan nama Bumiputera Ali kepada Baba. Selagi Ali mendapat elaun murahan yang mudah dan percuma dari Baba, selagi itulah ekonomi orang Melayu akan dikawal oleh Ali yang ada kabel untuk kekayanan Baba. Baba ini pula bukan sebarangan Baba. Orang Cina pun tak suka mereka kerana bolot segala-galanya.

Tapi saya rasa adalah mustahil Najib akan membersihkan ekonomi “rentier” ini kerana para pemimpin UMNO akan marah, ketua Bahagian UMNO akan marah dan Ahli Parlimen UMNO akan marah. Mereka akan marah kalau Model Ekonomi Baru ini bersifat adil dan memberi peluang saksama kepada rakyat Malaysia. Mereka mahu kepentingan mereka dipertahankan. Mereka akan marah kerana akan hilang peluang mendapat elaun murahan’ peluang jual nama Jadi mungkin Model Ekonomi Baru ini sebenar tak ada apa yang baru kecuali tabiat lama yang akan terus mementingkan UMNOputra. Tetapi kita sedia teliti dan meneliti dasar baru ini dengan adil..

sumb3r

Ceramah DSAI Di Kota Tinggi (video)

12 March 2010

Najib gagal menyingkir kudis-kudis DEB - Anwar


Oleh Masdar Wahid

KUALA LUMPUR : Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan Presiden Umno, Najib Razak yang mengumumkan Model Ekonomi Baru (MEB) pasti gagal kerana kudis-kudis lama dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebelum ini masih lagi berjangkit dalam pentadbiran BN.

Mantan Menteri Kewangan Malaysia itu turut menegaskan bahawa prinsip kejujuran dan sistem agihan kekayaan yang adil tanpa mengira kaum, agama dan warna kulit seperti yang termaktub dalam Agenda Ekonomi Malaysia (AEM) yang diperkenalkan Pakatan Rakyat tidak mampu disaingi oleh dasar ekonomi BN.

“Di sebalik pengumuman kononnya Model Ekonomi Baru akan diperkenalkan, rakyat ternyata menyedari kerajaan tidak akan berjaya menyingkir kudis-kudis lama yang menghinggapi akibat dari kelemahan serta pelaksanaan dasar seumpama Dasar Ekonomi Baru.

Saya yakin model baru ini tidak mampu menyaingi intisari mahupun kejujuran Agenda Ekonomi Malaysia dan Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang menumpukan kepada pengagihan kekayaan secara adil tanpa mengira ras,” kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Beliau turut menyelar kerajaan BN yang gagal menangani kes rasuah selain sistem kehakiman yang gagal bersikap adil termasuklah mengganggu wakil rakyat PR.

“Pada masa yang sama rasuah semakin berleluasa dan institusi kenegaraan seperti kehakiman tidak berupaya menjamin keadilan buat semua.

Ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri Pakatan Rakyat saban hari diganggu dan tidak lekang diugut dari pelbagai arah.

Selain saya, sejumlah 14 Ahli Parlimen dan Adun PR diambil keterangan oleh pihak polis berhubung ceramah dan aktiviti lainnya.

Strategi menakut-nakutkan sebegini merupakan muslihat murahan dan pastinya ditolak rakyat," jelas Anwar.

Imej Najib dibantu ejen Israil

Anwar turut memberitahu proses memperbaiki imej Presiden Umno itu dibantu oleh ejen-ejen Israel dengan menggunakan dana rakyat berjumlah jutaan ringgit.

"Menggunakan khidmat syarikat APCO Worldwide sebagai perunding imej ternyata tidak membantu perdana menteri dan isteri, apatah lagi didedahkan media syarikat tersebut diterajui antaranya mantan duta Israel ke Amerika dan Jerman.

Lebih merumitkan keadaan 1Malaysia yang dilancarkan Najib dikaitkan dengan 1Israel.

Hari ini saya difahamkan SPRM juga melancarkan siri kempen untuk memulihkan imej.

Ratusan juta dihabiskan demi memulihkan imej.

Sedangkan cara yang paling mudah dan jimat ialah berpegang teguh kepada prinsip undang-undang, bebas dan tidak menurut kehendak elit pemerintah yang jelasnya semakin hari semakin terdesak,” tegas beliau diblognya.

11 March 2010

Mahfuz Kata Biar Dia Melalak? Haiwan Apa Yang Suka Melalak Tu?


*Gambar di sebelah tiada kena mengena dengan mana-mana katak bodoh sama ada yang idup apalagi kalau dah padam, termasuk katak-katak di zoo dan sarkis. Ia hanyalah gambar hiasan sekoq anjing yang yang tengah melalak rindukan bulan purnama yop :))

Dakwaan ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin bahawa wujudnya 'badut hingusan' dalam PAS, tidak perlu di layan, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

"Layan buat apa. Biar dia melalak," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini,

Mahfuz, juga ahli parlimen Pokok Sena diminta mengulas kenyataan Zulkifli - yang dipecat daripada PKR Sabtu lalu - bahawa terdapat “badut hingusan” dalam parti itu yang melatah susulan ura-ura penyertaan kembali beliau dalam PAS.

Menulis dalam blognya semalam, Zulkifli berkata, beliau geli hati dan pelik dengan gelagat pemimpin itu yang melenting dengan perkara tersebut sedangkan beliau tidak pernah memohon bagi menyertai semula parti Islam itu.


Menjelang dan selepas Zulkifli dipecat daripada PKR Sabtu lalu, beberapa pemimpin kanan PAS dilaporkan menolak penyertaan semula ahli parlimen kontroversi itu dengan mengambil kira “setiakawan dalam Pakatan Rakyat”.

Selain Mahfuz, beberapa pemimpin PAS yang turut dilaporkan membantah hasrat beliau itu, antaranya dua lagi naib presiden PAS - Salahuddin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Dua ahli jawatankuasa pusatnya - Mohamed Hanipa Maidin dan Dr Hatta Ramli - turut menentang kemasukan semula Zulkifli dalam PAS.

Manakala setiausaha agungnya Datuk Mustafa Ali pula sebelum ini membayangkan gelapnya masa depan Zulkifli dalam parti itu.

Salahuddin juga enggan memanjangkan lagi perdebatan berhubung penyertaan semula ahli parlimen kontroversi itu.

"Saya tidak mahu komen, biarkan dia," katanya, senada dengan pandangan rakan sejawatannya itu.

08 March 2010

MOHSIN KANTOI ? SMS BELIAU KINI DIDEDAHKAN


'SMS Mohsin' jamin tak sokong BN
Jimadie Shah Othman
Mac 8, 10


Satu SMS yang mendakwa bahawa ahli parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli Samsuri - yang keluar PKR dan menjadi wakil rakyat bebas - memberi jaminan tidak akan menyokong BN, kini disebar di kalangan pemimpin akar umbi Pakatan Rakyat di Perak.

Ahli Majlis Syura Ulama PAS, Ahmad Awang berkata, SMS tersebut juga menjelaskan sebab Mohsin keluar parti pada Rabu minggu lalu.

“Beliau ada hantar mesej pada beberapa orang yang dekat dengannya (di Bagan Serai). Beliau cuba beri perjelaskan sebab beliau mengambil tindakan (keluar parti) itu.

“Kononnya, walaupun sudah keluar parti, beliau memberi jaminan tidak akan menyebelahi BN (di parlimen),” kata Ahmad yang juga bekas naib presiden dan pesuruhjaya PAS Perak.

Minggu lalu, selepas mengisytiharkan keluar parti, Ahmad memberikan tempoh tujuh hari kepada Mohsin - sehingga 10 Mac ini - untuk kembali kepada PKR atau mengosongkan kerusi parlimennya.

Ahmad dilaporkan berkata, jika Mohsin enggan memenuhi tuntutan tersebut, pihaknya akan menganjurkan solat hajat selama tujuh hari supaya Allah menghukumnya kerana khianat pada perjuangan.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Ahmad berkata, beliau telah melihat SMS tersebut dan akan memeriksa ketulenannya dahulu, sama ada benar-benar dihantar daripada Mohsin.

Bagaimanapun, tambahnya, sekiranya SMS itu tulen, Mohsin masih perlu mengumumkan perkara tersebut kepada orang awam, termasuk menyatakan sokongannya kepada Pakatan, walaupun bukan lagi sebagai ahli parti.

“Beliau kena umumkan di Bagan Serai, kena panggil pihak media. Saya boleh jadi pengendali majlis itu,” kata Ahmad yang memberikan laluan kepada Mohsin di Bagan Serai setelah dua penggal menjadi calon pembangkang./Malaysiakini

Polis Gempur Majlis PR, Pukul, Tangkap Penyokong(video)

Sambutan Konvensyen 2 Tahun Pentadbiran Pakatan Rakyat gempar apabila polis dan 200 anggota Unit Simpanan Persekutuan dikerah menggempur majlis tersebut.

Seorang penyokong ditangkap manakala sekurang-kurangnya tiga yang lain terpaksa menerima rawatan di hospital setelah di pukul oleh anggota polis bersenjatakan pistol, gas pemedih mata dan belatan.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin tindakan polis didalangi oleh Umno kerana takut dengan pengaruh Pakatan Rakyat yang masih kuat meskipun berhadapan dengan pelbagai taktik kotor Umno-BN.

"Mereka takut kepada kita dan oleh kerana itu mereka suruh polis untuk halang." Anwar memberitahu ribuan penyokong di Kelab Sultan Sulaiman.

Dalam kejadian 9.55 malam tadi, ribuan hadirin yang turun untuk mendengar syarahan dari pimpinan Pakatan Rakyat terkejut dengan keganasan mendadak ini.

Wartawan kami di lapangan melaporkan beberapa orang menjadi mangsa hayunan belantan, bahkan ada yang turut dipijak selepas terjatuh.

Sasaran mereka adalah pentas utama, yang menempatkan Anwar.

Terjahan polis itu dilakukan ketika Naib Presiden PKR Azmin Ali sedang berucap dan Anwar masih dalam perjalanan ke kelab itu.

Orang-ramai segera memenuhi ruang pentas, mengutuk keganasan ini. Laungan reformasi kembali bergema di padang bersejarah ini, yang pernah menyaksikan kebangkitan rakyat Malaya menentang penjajah.

Antara yang hadir pada majlis itu adalah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali, dan Naib Presiden Pas Mahfuz Omar.

"Kita tidak akan berundur, ketika menghadapi kuku besi kezaliman," laung seorang aktivis.

Laungan reformasi semakin kuat, dan polis kelihatan berwaspada dengan raifal pelancar gas pemedih mata.

Polis memberi alasan bahawa permit ceramah hanyalah untuk di dalam dewan sahaja. Dua trak meriam air dikerah ke lokasi, mendesak orang-ramai mengosongkan padang Kelab Sultan Sulaiman.

Sebaik sahaja Anwar tiba, polis memberi keizinan untuk meneruskan ceramah.

Orang-ramai memenuhi segenap ruang dewan, untuk mendengar amanat dari Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

Ini adalah kejadian kedua polis menghalang acara Pakatan Rakyat. Polis malam semalam menghentikan makan malam anjuran DAP di Kepong.

Tindakan samseng polis berlaku di ambang dua tahun genap Pakatan Rakyat membentuk kerajaan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, dan Selangor di samping mengekalkan Kelantan.

Gagasan itu juga merampas 82 kerusi Parlimen, sekali gus menafikan majoriti dua-pertiga Umno-BN.


Anggota FRU Rempuh Majlis Sambutan Pakatan Rakyat

KUALA LUMPUR 8 Mac - Takut berdepan dengan gelombang rakyat yang menuntut perubahan radikal senario politik tanahair, Umno dan Barisan Nasional sekali lagi memperalatkan anggota keselamatan untuk mempertahankan sistem pemerintahan yang berlandaskan penindasan dan kezaliman berterusan terhadap rakyat.

Malam tadi lebih 30 anggota FRU, dua trak meriam air dan berpuluh-puluh anggota polis dikerahkan untuk mengganggu dan menghalang Pakatan Rayat daripada menyambut ulangtahun kedua kemenangan Pakatan Rakyat Wilayah Persekutuan di Kelab Sultan Sulaiman.

Anggota FRU yang berpakaian lengkap merusuh masuk ke dalam perkarangan premis di mana acara sambutan diadakan apabila sahaja Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menamatkan ucapan beliau dan Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali mula berucap pada pukul 9:45 malam.

Keadaan kecoh tercetus apabila anggota FRU cuba menghalang Azmin meneruskan ucapan beliau dan petugas Skuad AMK serta anggota keselamatan Pakatan Rakyat terpaksa berdepan dengan keganasan anggota FRU.

Ketua Skuad AMK Abdul Khalid Hassar serta dua ahli skuad, Naguib Mahfuz Ismail dan Tahir Said cedera dipukul dengan perisai dan cotar.

Abdul Khalid luka didahi akibat dihentak dengan perisai manakala Naguib luka di muka dan belakang badannya akibat dipijak oleh anggota FRU sementara Tahir mengalami kecederaan pada tangan kanan beliau.

Seorang ahli KEADILAN Lembah pantai yang dikenali sebagai "Lan Mamak" ditahan oleh pihak polis semasa kekecohan berlaku di atas pentas.

"Kami terpaksa berasak-asak melindungi pemimpin Pakatan Rakyat takut dicederakan oleh anggota FRU.

"Dalam keadaan yang kritikal begitu kami sebagai barisan hadapan menjaga keselamatan menghalang pasukan keselamatan daripada merempuh pentas di mana pemimpin Pakatan Rakyat berada," jelas Abdul Khalid.

Sebelum itu beberapa pegawai dan anggota polis daripada Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur cuba memujuk supaya pihak penganjur membatalkan ucapan pemimpin Pakatan Rakyat tetapi telah di boo oleh hadirin yang melihat tindakan polis itu sebagai keterlaluan.

Ketiga-tiga mangsa membuat laporan polis di balai polis Pantai dalam dan kemudiannya ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan doktor.

Sambutan yang dihadiri hampir 6,000 orang itu terpaksa dipindahkan di dalam dewan selepas Ketua Penerangan KEADILAN Latheefa Koya dan Ahli Parlimen Batu Tian Chua berubding dengan pihak polis.

Selain Menteri Besar dan Azmin pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir pada majlis itu termasuk Presiden dan Timbalan KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dan Senator Dr Syed Husin Ali, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN Shamsul Iskandar Mohd Akin ketika mengulas mengenai keganasan pihak keselamatan berkata perbuatan mereka akan menyemarakkan lagi kemarahan rakyat terhadap Umno dan BN.

"Ini adalah tindakan yang telah diarahkan oleh pimpinan Umno dan BN. Polis mempunyai tanggungjawab yang lebih besar untuk menangkap penjenayah bukannya masuk campur urusan parti politik dan mengganggu gugat aktiviti parti politik. -SK




Polis Gempur Konvesyen PR, Rakyat Bertambah Benci Kerajaan UMNO BN

Konvensyen 2 Tahun Pakatan Rakyat gempar apabila polis dan 200 anggota Unit Simpanan Persekutuan dikerah menggempur majlis tersebut.

Dalam kejadian 9.55 malam tadi, ribuan hadirin yang turun untuk mendengar syarahan dari pimpinan Pakatan Rakyat terkejut dengan keganasan mendadak ini.

Wartawan kami di lapangan melaporkan ramai yang menjadi mangsa hayunan belantan, bahkan ada yang turut dipijak selepas terjatuh.

Sasaran mereka adalah pentas utama, yang menempatkan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.

Orang-ramai segera memenuhi ruang pentas, mengutuk keganasan ini. Laungan reformasi kembali bergema di padang bersejarah ini, yang pernah menyaksikan kebangkitan rakyat Malaya menentang penjajah.

Ketika kejadian berlaku, Anwar bagaimanapun belum tiba di lokasi. Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berjaya diselamatkan, manakala Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali, Naib Presiden PKR Azmin Ali, Naib Presiden Pas Mahfuz Omar berundur dan mengekalkan solidariti mereka dari dalam Kelab Sultan Sulaiman.

"Kita tidak akan berundur, ketika menghadapi kuku besi kezaliman," laung seorang aktivis.

Laungan reformasi semakin kuat, dan polis kelihatan berwaspada dengan raifal pelancar gas pemedih mata.

Polis memberi alasan bahawa permit ceramah hanyalah untuk di dalam dewan sahaja. Dua trak meriam air dikerah ke lokasi, mendesak orang-ramai mengosongkan padang Kelab Sultan Sulaiman.

Sebaik sahaja Anwar tiba, polis memberi keizinan untuk meneruskan ceramah.

Orang-ramai kini memenuhi segenap ruang dewan, untuk mendengar amanat dari Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

Ini adalah kejadian kedua polis menghalang acara Pakatan Rakyat. Polis malam semalam menghentikan makan malam anjuran DAP di Kepong.
\
Pada malam ini, dua tahun lalu, Pakatan Rakyat membentuk kerajaan di empat negeri dan merampas 82 kerusi Parlimen dalam satu kemenangan bersejarah yang menafikan majoriti dua-pertiga Umno-BN. -TVS Gambar ehsan MalaysianInsider

Dua puteri Anwar kekal kesetiaan

Dua puteri Anwar kekal kesetiaan, percaya kebenaran akhirnya akan tetap menjelma

Dakwaan liwat terhadap ayahnya sekali lagi memberikan tekanan kepada keluarga mereka dalam meneruskan liku-liku hidup yang berbaki. Jika disabitkan kesalahan, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekali lagi bakal berhadapan hukuman penjara. Namun, ahli keluarganya tetap bersatu hati menghadapinya. Ikuti wawancara bersama anak sulungnya yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan anak kedua, Nurul Nuha Anwar. Wartawan Sinar Harian, MOHD FAZLI ZAINUL ABIDIN dan MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN mendapatkan suara hati daripada dua anak bekas Timbalan Perdana Menteri yang pernah dipenjarakan selama enam tahun. Beberapa bahagian yang menyentuh perbicaraan dakwaan liwat terhadap Anwar tidak dapat dipaparkan untuk bacaan umum.



Sudah dua kali dakwaan liwat dikenakan terhadap Datuk Seri (Anwar Ibrahim), bagaimana hubungan anda sekeluarga dan adik-beradik dalam memberikan kepercayaan kepada ayah?

NURUL NUHA: Alhamdulillah, semuanya semakin rapat, kerana kami adik-beradik sudah melaluinya untuk kali kedua. Jadi kali ini kami lebih bersedia dengan kemungkinan berlaku. Kepercayaan kami terhadap ayah tetap sama. Malah hubungan adik-beradik kami lebih erat.



Ayah anda ada terangkan kepada keluarga mengenai perbicaraan liwat kali kedua ini?

Nurul Izzah: Ayah ada terangkan kepada kami semua. Kami pun agak terkejut sebenarnya, kerana perkara ini datang secara drastik. Apa yang pasti kami sekeluarga menghadapinya dengan hati yang satu.

Berikutan tuduhan kali ini, anda dan adik-beradik akan berdepan dengan segelintir masyarakat yang disifatkan suka jadi “nasi tambah dan jaga tepi kain orang”. Bagaimana anda berhadapan dengan perkara ini.



Nurul Nuha: Saya bersyukur dengan sokongan rakan-rakan dan masyarakat. Alhamdulillah kesemuanya memahami keadaan saya dan adik-beradik lain. Lagipun banyak media alternatif boleh melaporkan perkara sebenar, amat jelas berbeza dengan media arus perdana. Saya percaya rakan-rakan dapat menilai mana yang benar dan sebaliknya dengan paparan itu.



Maksud anda media alternatif, bukankah media itu telah ditentukan mengikut ideologi pengarangnya. Ibarat siapa kawal media, dia akan tentukan agenda. Jadi ia masih sukar dikawal sedangkan orang mahu suara hati anda. Oleh itu, adakah dalam masa terdekat ini anda juga tidak terkecuali menghasilkan blog sendiri sebagaimana anak kebanyakan pemimpin lain bagi menjelaskan perkara sebenar.

Nurul Nuha: Oh (tersenyum), buat masa ini saya tidak bercadang mewujudkan blog terbaru milik sendiri bagi menjelaskan sesuatu. Cukuplah dengan apa yang ada hari ini. Seperti yang saya cakapkan tadi, media alternatif ada, biarlah pembaca tentukan kesahihan kandungannya. Lagipun kakak (Nurul Izzah) juga ada blognya, jadi saya juga boleh menggunakannya sebagai medium jika perlu menerangkan sesuatu isu. Kita semua sedia maklum, kebanyakan media arus perdana 'dimiliki', mereka langsung tidak memberi peluang kepada kami untuk menjelaskan perkara sebenar, walaupun untuk lima minit.



Ramai orang berpendapat Anwar sentiasa berdolak-dalik dalam menghadapi dakwaan lihat hari ini, sedangkan beliau juga menggunakan haknya sebagai tertuduh dan menggunakan saluran perundangan dengan setiap apa yang dilakukannya. Apakah pandangan YB sebagai seorang anak?

Nurul Izzah: Ini yang perlu saya terangkan, kami menggunakan saluran yang ada dalam menghadapi tuduhan. Lebih-lebih lagi ini kali kedua dengan dakwaan yang sama terhadap ayah. Kami diserang dari pelbagai sudut. Sedangkan untuk berperang (perbicaraan) kita memerlukan persediaan yang secukupnya. Ini isu yang penting, saya harap orang ramai pun kena faham dari aspek perundangan kerana setiap kes yang berlaku akan menjadi rujukan kepada kes-kes seterusnya. Mahkamah ini penting, sebab itu ayah menggunakan semua saluran yang ada. Dulu, ayah bukannya mudah dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan, selama enam tahun dipenjara baru kita dapat bebaskan ayah. Kita juga perlukan penilaian terbaik dan semestinya kita akan berlawan sehingga ke hujungnya.



Ada juga yang berkata Anwar sengaja melengah-lengahkan kes ini sehingga ke pilihan raya umum yang akan datang. Apa komen YB?

Nurul Izzah: Itu bukan isunya. Isu yang paling penting di sini ialah kita hendak mendapatkan akses kepada semua bukti, kalau nak dakwa pun biarlah buat secara adil. Bagi saya jelas, orang nak bercakap apa pun, cakaplah, tetapi yang penting kita pergi kepada fakta kes. Dari segi Islam, hukuman terhadap orang yang memfitnah pun ada.

Dulu anda dan adik-beradik pernah berada dalam zon selesa sepanjang ayah menjadi Timbalan Perdana Menteri (TPM) dan kini Ketua Pembangkang di Parlimen. Kedua-dua ini jelas membezakan keselesaan anda dan perlu menghadapi cabaran dengan lebih berani, termasuk dengan tekanan?



Nurul Nuha: Ya, kedua-dua itu memang ada perbezaannya. Cuma ketika ayah menjadi TPM, kami semua masih bersekolah, tidak terlibat dalam politik secara aktif. Tetapi sekarang sebahagian daripada kami telah habiskan pelajaran. Zon selesa masa itu tidak wujud seperti yang dimaksudkan saudara. Dalam masa ini kami juga membantu ayah dalam berkempen, tak terkecuali juga emak ketika menduduki kerusi Parlimen Permatang Pauh dulu. Manakala sebagai anak Ketua Pembangkang memang ada perbezaan dengan anak TPM.



Sebagai anak, apa pandangan YB terhadap kenalan ayah yang kini berpaling tadah?

Nurul Izzah: Sekarang kami berada dalam satu medan pertempuran yang sengit, kawan jadi lawan. Musuh sentiasa datang. Apa pun saya percaya jika kita terus istiqamah, kebenaran akan nampak sendiri, tapi tidak bermakna kita pasrah, kita hendaklah teruskan juga dengan kes di mahkamah.
sum3r

07 March 2010

Harussani Terlibat Dengan Politik Dengan Jubah Seorang Mufti

Terkilan saya apabila Mufti Perak, Sahibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria menyebut nama saya secara terbuka di khalayak. Samada di dalam mesyuarat atau persidangan dewan, menyebut nama seseorang dalam ucapan secara terbuka biarlah dengan kehadiran tuan punya badan.

Sekurang-kurangnya, bolehlah kata-kata tersebut disahkan atau dinafikan. Mufti bukan orang politik yang terdedah dengan kaedah menyerang atau diserang. Mengaitkan nama saya dalam kenyataan politik seorang yang bukan tokoh politik merupakan satu tingkah laku yang tidak beretika. Justeru, apabila mufti mengambil tindakan melagukan nama saya dengan irama politik, saya harus memberikan jawapannya.

Adil juga jika saya menukilkan dahulu sebahagian ucapan beliau di program Dialog Za’ba, Perpaduan Melayu: Cabaran dan Realiti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), minggu lepas. Antaranya beliau berkata,


“Kenapa Pas tidak boleh bergabung untuk membentuk kerajaan yang sudah pasti akan memperoleh majoriti 100 peratus Melayu memerintah.

“Saya telah berjumpa dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan dan berbincang hampir dua jam, pada awalnya beliau tidak bersetuju tetapi akhirnya dia kata idea itu bagus tetapi tidak dapat memberi keputusan kerana ia bergantung kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Saya maklumkan bahawa tidak berapa rapat dengan Hadi, jadi jika cadangan itu baik saya minta beliau (Nik Aziz) maklumkan kepada Hadi. Semasa dalam perjalanan balik iaitu berada di Cameron Highlands, Hadi telah hubungi saya dan bersetuju dengan cadangan itu.

“Tetapi Hadi kata dia tidak boleh buat keputusan kerana ia bergantung pada negeri iaitu Pesuruhjaya Pas Negeri (Ahmad). Saya juga telah hubungi Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din dan dia juga bersetuju,”


Saya ingin menyentuh berkaitan kenyataan yang menyebut beliau datang ke rumah saya. Benar atau tidak, terserahlah kepada khalayak. Bagi saya, ini di antara beliau dan saya. Cuma pertanyaan saya, tidakkah itu satu keterlibatan dengan politik? Sedarkah beliau bahawa kerajaan Perak yang dirampas dari tangan rakyat hari ini didokong oleh UMNO, sebuah parti yang meyakini bahawa politik dan agama tidak boleh bercampur? Dalam bahasa mudahnya, politik suku agama suku.

Jika mufti sendiri sanggup turun melaksanakan urusan berkaitan politik, ertinya beliau beranggapan tugasnya sebagai mufti meliputi tugas politik. Adakah bagi beliau, politik dan agama mesti selari, tidak boleh berpisah? Jika demikian,beliau telah mengiktiraf perjuangan PAS adalah benar. Jika tidak, kenapa libatkan diri dengan politik? Bukankah itu salah mengikut akidah UMNO?

Inilah yang diperjuangkan oleh PAS. Tegak berdirinya PAS dengan perjuangan menjadikan Islam sebaagai cara hidup. Tidakkah al-Quran sebuah kitab yang syumul? Isinya bukan sahaja akidah, bahkan soal ekonomi, politik, rumahtangga, psikologi dan kaunseling, semuanya ada di dalam al-Quran. Tidakkah ini merupakan tiang seri perjuangan PAS sejak sekian lama? Jika mufti Perak beranggapan politik dan Islam perlu selari, selangkah kaki beliau sepatutnya sudah berada di dalam PAS!

Jika beliau tidak berpandangan Islam dan politik perlu selari, tetapi terus terlibat dengan politik dengan jubah seorang mufti, maka dengan sendirinya beliau telah menjadi ejen. Dalam kes ini, beliau telah menjadi ejen UMNO. Hilang luruh kemuliaan seorang mufti kalau merelakan diri menjadi ejen. Apatah lagi menjadi ejen sebuah parti politik sekular.

Saya kira, jika seorang mufti yang menjadi ejen parti politik sekular, itu bukanlah lagi al-mufti (yang memberikan fatwa) tetapi al-mufta (yang diberikan fatwa). Cukuplah sekadar itu respon balas saya terhadap kenyataan beliau.


NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Pejabat Menteri Besar Kelantan.
21 Rabiul Awal 1431 / 7 Mac 2010

Pemecatan Zul Nordin,Kenyataan DS Anwar Ibrahim



KUALA LUMPUR, 7 Mac — Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan memecat wakil rakyat kontrorvesi Zulkifli Noordin semalam bukan bersifat peribadi tetapi satu usaha untuk mempertahankan prinsip Pakatan Rakyat.
Dalam mempertahankan hukuman berat itu, Ketua Umum Pakatan Rakyat itu menjelaskan ia bukan satu tindakan disebabkan “keperluan politik.”
“Jika ia hanya kerana keperluan politik semata-mata, maka kami (sudah pasti) tidak memecat Zul Noordin.
“Tidak, ia adalah kerana prinsip, ia adalah kerana Pakatan, ia adalah kerana pegangan yang kita gerakkan dan yang kita berjuang,” kata beliau di Kepong malam tadi.
Beliau menambah, parti “terpaksa memecat” mereka yang tidak menyokong pendirian Pakatan Rakyat memperjuangkan pelbagai kaum.
“Niat kami adalah jelas. Zul, bukan sesuatu yang peribadi. Ia adalah soal prinsip,” kata beliau.
Zulkifli dipecat semalam oleh Majlis Pimpinan Pusat PKR dan turut diarahkan supaya mengosongkan kerusi Parlimen Kulim-Bandar Bharu.

Zulkifli dalam reaksi segeranya semalam berkata beliau tidak akan merayu agar hukuman dikurangkan dan enggan melepaskan kerusi Parlimennya.
Anwar memberitahu PKR tidak akan membenarkan sesiapa menjadikannya sebagai tebusan dengan mengeluarkan tuntutan mengikut kehendak dan cita rasa mereka sendiri.
“Tidak harus ada mana-mana pihak memberikan kata dua kepada kami. Jika mahu bersama, anda harus menyokong prinsip-prinsip Pakatan.
“Jika anda tidak menyokong, anda keluar,” katanya.
Tambah beliau mereka yang enggan menyokong Pakatan harus menyertai parti lain.
“Anda boleh sertai MCA, Gerakan atau Umno, yang akan dikuburkan dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya.TMI

(Video) What is a 'Firaun'?



06 March 2010

Zulkifli Tak Tahu Malu, Ingin Kekal Sebagi MP Walau Didesak Kosongkan Kerusi

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin yang baru dipecat Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini tidak akan merayu ekoran keputusan itu dan tidak akan melepaskan kerusinya di kawasan terbabit.

Sebaliknya beliau menegaskan akan kekal menjalankan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat bebas kerana kedudukannya dipilih oleh rakyat bukan parti.

Beliau juga akan mengkaji dan menimbang pilihan yang ada sebelum mengambil tindakan sewajarnya selain tidak menolak kemungkinan menyertai PAS sekiranya parti itu memperjuangkan Islam pada masa depan.

Bagaimanapun tegasnya, Umno dan komponen Barisan Nasional bukan pilihanya.

"Saya baru menerima makluman daripada rakan pemberita tentang keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR (MPPPKR) yang bermesyuarat sebentar tadi yang memutuskan saya dipecat dari parti.

"Ini adalah permulaan satu titik hitam dalam sejarah perjuangan reformasi yang bermula pada 2 September 1998. Ia juga adalah permulaan kepada kejatuhan dan kehancuran PKR.

"Keputusan hari ini jelas membuktikan bahawa parti sudah dikuasai sepenuhnya oleh 'firaun-firaun kecil' yang mempunyai agenda dan rancangan jahat yang sempit lagi anti Islam. Ini juga membuktikan bahawa PKR tidak mempunyai sebarang agenda untuk perjuangan Islam," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini malam ini.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution sebelum itu mengesahkan pemecatan berkenaan selepas keputusan itu dicapai sebulat suara dalam mesyuarat bulanan MPPPKR yang diadakan hari ini.

Sehubungan itu, Zulkifli juga diberi tempoh 14 hari untuk merayu keputusan itu.

Zulkifli yang juga seorang peguam dihadapkan kepada Lembaga Disiplin parti bagi menjawab isu berhubung laporan polis yang dibuatnya terhadap rakan sekutu dari PAS, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkenaan isu kalimah Allah dan kritikan beliau terhadap kepimpinan DAP.

Khamis lepas, anggota Parlimen yang terkenal dengan tindakan 'menentang arus' dalam PKR itu bertindak keluar daripada sidang Lembaga Displin yang membicarakan kesnya kerana membantah anggota panel terdiri daripada bukan Islam.

Sementara itu, Zulkifli mendakwa telah dihukum tanpa diberi peluang membela diri menurut prinsip hak asasi kemanusiaan dan nilai keadilan sejagat saperti yang dilaungkan oleh kepimpinan parti selama ini.

"Kepantasan tindakan memecat saya membuktikan kepalsuan slogan mereka. Sedangkan saya hanyalah sekadar menuntut hak asasi kemanusiaan dan nilai serta prinsip keadilan sejagat dipatuhi, dan prinsip tersebut mewajibkan seseorang hanya boleh dibicarakan oleh rakan sekufunya.

"Saya hanya menuntut dibicarakan oleh panel yang beragama Islam, kerana isunya membabitkan kalimah Allah, iaitu persoalan aqidah, syariat dan Islam. Sebaliknya mereka meletakkan panel yang majoritinya bukan Islam untuk menghina dan mengaibkan saya dan umat Islam," tegasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kini menjadi satu trend dalam PKR untuk melancarkan serangan peribadi yang tidak berasas terhadap sesiapa juga yang tidak bersetuju atau tidak lagi mahu bersekongkol dengan kepimpinan parti.

"Saya berharap mereka akan menghentikan serta-merta tindakan bacul melakukan serangan peribadi terhadap sesiapa juga yang memilih untuk tidak lagi mahu bersama mereka. Itulah adalah hak demokrasi dan hak asasi tiap manusia, iaitu hak untuk memilih," ujarnya.

Beliau meminta pihak-pihak tertentu jangan mengeruhkan keadaan sehingga memaksa orang lain mengambil sikap membuka segala-galanya dan mendedahkan semua keburukan mereka.

Zulkifli Noordin Dipecat Dari PKR

Ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat.

Perkara tersebut diumumkan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya petang ini.

Sehubungan itu, Zulklifi juga diminta mengosongkan kerusi parlimen Kulim-Bandar Bharu yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008.

Bagaimanpun Zulklifi dibenarkan membuat rayuan dalam tempoh 14 hari berhubung pemecatan itu.

Dua hari lalu, Zulkifli dihadapkan ke lembaga jawatankuasa dispilin PKR tetapi bertindak keluar selang sejam kemudian.

Beliau dihadapkan ke jawatankuasa itu bagi memberi penjelasan berhubung bidasannya terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan membuat laporan polis ke atas ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Zulklifi mendakwa panel yang sepatut menentukan masa depannya hari ini sepatutnya dianggotai oleh orang Islam kerana ia membabitkan penggunaan isu kalimah Allah dan agama Islam.

Dakwaannya itu bagaimanapun ditolak dan menurut setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution, kes Zulklifi tidak kena mengena dengan isu kalimah Allah. -malaysiakini

Akhirnya Kemunafikan Zulkifli Noordin Terbongkar Juga


Itu berbohong namanya!..." Akhirnya, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail bersuara setelah sekian lama mendiamkan diri, melihat kerenah Zulkifli Noordin sejak kebelakangan ini.

Malah, "imej Islam" Zulkifli Noordin menerima tamparan sengit daripada sahabatnya ini, apabila Saifuddin (gambar kiri) menekankan bahawa berbohong itu bukanlah perbuatan muslim yang baik, setelah menyangkal tuduhan Zulkifli terhadap PKR.

Saifuddin Nasution menyandang jawatan Setiausaha Agung PKR secara rasminya mulai 1 Februari 2010, menggantikan Salehuddin Hashim yang meletak jawatan dan melangkah keluar parti. Beliau berkata sedemikian ketika mengulas isu Zulkifli Noordin dalam satu wawancara bersama MerdekaReview di ibu pejabat PKR, hari ini.

"Sungguh memalukan!"

Mengimbas kronologi kes ini, Saifuddin berkata, beliau selaku Setiausaha Agung telah menghantar surat kepada Zulkifli pada 1 Februari tahun ini, disusuli surat daripada Lembaga Disiplin PKR pada 8 Februari. Zulkifli diminta untuk menghadap Lembaga Disiplin pada 18 Februari, dan membalas surat ini dalam lima hari.


Dengan kata lain, Zulkifli Noordin perlu menjawab selewat-lewatnya pada 13 Februari, untuk memilih sama ada menghadap pada 18 atau 23 Februari, katanya.

"Dalam masa lima hari tak jawab surat. Tapi muncul pada 17 haribulan, sehari sebelum berlepas ke Korea. Kemudian, (Zulkifli berkata) 'saya pergi ke Korea kerana dihantar oleh parti. Parti tahu saya tak ada dalam negara tapi parti tetapkan tarikh'..."

Saifuddin bersambung, "Itu berbohong namanya! It's a great lie! Great lie bukannya seorang good muslim. Parti tidak menghantarnya ke Korea. Dia sendiri memilih untuk pergi ke Korea. Beza tu!"

Setiausaha Agung ini menjelaskan, seandainya Zulkifli menerima surat berbunyi "...'Saudara dengan ini dihantar oleh parti untuk menghadiri satu persidangan di Korea'. Tandatangan oleh Setiausaha Agung atau Presiden. Yes, anda boleh dakwa anda dihantar. Ini tidak. Pertubuhan Korea hantar email kepada semua ahli parlimen. Siapa nak pergi Korea, tambang pergi balik bayar sendiri; hotel, pengangkutan, makan minum di sana, organisasi itu akan bayar."

"Saya pun dapat (email itu). Saya memilih untuk tidak pergi. Kawan-kawan saya ada yang pergi. Zul (Zulkifli) memilih untuk pergi. Itu bukan dihantar oleh parti," katanya.

"Nampak? Kamu (Zulkifli) tak jawab dalam masa lima hari, satu bab. Kamu hanya hantar beberapa jam sebelum anda hendak berlepas. Kamu buat PC (sidang media), kamu kata 'parti tahu tapi parti hantar. Parti ada niat jahat untuk bertindak'..."

Lantas beliau bersambung, "Bohong! Dan kamu dakwa kamu berjuang untuk muslim dan Islam? It's a great shame! Saya beritahu kamu. Tetapi bolehkah saya dedahkan semua ni kepada media? Tidak, saya pilih untuk mendiam diri."

Bukan dihukum kerana berbeza pendapat

Saifuddin yang tercabar kesabarannya, dengan tegas menafikan bahawa tindakan diambil kerana ahli parlimen Kulim Bandar Baharu itu berbeza pendapat dengan pendirian rasmi PKR. Justeru itu, beliau menolak tuntutan Zulkifli untuk diadili anggota Lembaga Disiplin yang beragama Islam.

"Kita tak hukum dia kerana perbezaan pendapatnya dengan parti, tetapi the moment kamu (Zulkifli) buat laporan polis ke atas parti sahabat, itu menjejaskan kerjasama pakatan, then you already cross that red line, and we take action against you on that (kamu telah melewati batas dan kami mengambil tindakan terhadap kamu kerana itu). Itu saja." jelasnya.

Saifuddin Nasution, juga ahli parlimen Machang, Kelantan berkali-kali menegaskan bahawa isunya bukan pengunaan kalimah "Allah", tetapi laporan polis yang dibuat oleh Zulkifli terhadap Khalid Samadahli parlimen Shah Alam dari PAS. Khalid Samad adalah antara pemimpin Pakatan Rakyat yang paling lantang untuk menyatakan pendirian bahawa kalimah "Allah" boleh digunakan oleh bukan Islam.

Disiplin parti: PKR diasak pelbagai pihak

Walau bagaimanapun, pertikaian penggunaan kalimah "Allah" ini bukanlah kontroversial pertama yang dicungkil oleh Zulkifli Noordin. Beliau menjadi tumpuan media kerana tindakannya "menceroboh" ke dalam satu forum agama anjuran Majlis Peguam Negara pada Ogos 2008, yang menurutnya, bersikap anti-Islam.

PKR telah didesak untuk mengambil tindakan terhadap Zulkifli Noordin, memandangkan tingkahlakunya itu telah melanggar fasal 5.4 dalam perlembagaan PKR sendiri, iaitu "menjamin kebebasan berfikir, bersuara, bergerak, berhimpun dan berpersatuan kepada semua."

Ketika membincangkan isu disiplin, Saifuddin berkata, "Parti politik ini satu organisasi politik. Organisasi politik ini, bukan semua boleh kita selesai ikut buku. Bukan semua kita boleh selesai dengan perlembagaan. Dia ada proses timbang-taranya. Negotiation-nya (perundingannya). We don't simply take action without go into due process."

"Ada sesetengah kes yang berlaku, kita fikir bukan masa untuk kita impose disiplin yang dalam buku, misalnya. So, apa prosesnya?" Setiausaha Agung PKR ini menjelaskan bagaimana seseorang individu dipanggil, ditegur, dipujuk untuk mengubah pendekatan jika dianggap keterlaluan, dan berbincang melalui saluran dalam parti.

"Ini saya panggil proses, kerana kita mengendalikan satu organisasi politik." Setelah proses ini dilalui, sambil merujuk kepada kes Zulkifli Noordin, "...Sampai satu batas, enough is enough (cukuplah). Kamu telah melangkaui batas. Jadi kami panggil dia. Walaupun begitu, kita masih beri dia due process (proses rayuan mengikut saluran undang-undang)."

Buku bukan satu-satunya penyelesaian

Jelas, Saifuddin amat menyedari harga yang dibayar PKR untuk memberi laluan kepada proses ini. Setelah mengulas kes Zulkifli, beliau berkata, "Mengendalikan satu parti politik, buku (perlembagaan) sebagai panduan. Tetapi buku bukan satu-satunya penyelesaian. Sebab itu, proses berbincang, memberi nasihat itu berlaku. Kerana proses itu dilakukanlah, maka kita diasak di luar sana tak ada prinsip, berlengah-lengah...semua tu."

Beliau bersambung, "Sekarang kita ambil tindakan. Bukan kerana tekanan di luar, tidak. Kerana kita dah melalui semua proses tapi hasilnya tidak memuaskan, misalnya. Dan ini terus berjalan dan berlaku lagi (kesilapan yang sama diulangi)."

Dalam wawancara lebih daripada satu jam ini, Saifuddin menafikan bahawa pendirian rasmi PKR kesemuanya ditentukan oleh Ketua Umumnya, Anwar Ibrahim secara berseorangan. Ruang perbincangan dibuka dan semua pendapat diambil kira. Untuk Saifuddin, seseorang anggota parti harus mengakur kepada pendirian parti setelah perbincangan dilalui.

"(Ini namanya)...Disiplin organisasi. Dalam PAS kita panggil disiplin jemaah. Disiplin harakah. Kalau kamu tidak bersedia untuk diikat dengan keputusan parti, lebih baik kamu buat keputusan untuk bersama kami, atau tidak lagi bersama kami," dengan cermat Saifuddin Nasution menyampaikan mesejnya. (Bahagian pertama, bersambung)

*Temuramah bersama Saifuddin Nasution Ismail ini dijalankan oleh Lim Hong Siang dan Chen Shaua Fui dari MerdekaReview.

17 February 2010

Najib dan gelagat peminat Facebook

salhan k ahmad

Datuk Seri Najib Razak berbangga dengan akaun Facebooknya - ia menjadi antara berita penting yang dimuatkan di dada-dada akhbar.

Bercakap kepada sebuah stesen TV India, perdana menteri berkata beliau menganggotai laman sosial itu untuk mendekati rakyat dan merapatkan jurang politik antara generasi tua dan muda.

“Kita perlu berubah mengikut masa kerana (mereka) adalah generasi yang celik IT,” beliau dipetik sebagai berkata.

NONESejak mula mendaftar di laman berkenaan pada pertengahan November lalu, Najib berjaya menarik sehingga 30,000 peminat dan setakat kolum ini ditulis, jumlah pengikutnya di laman itu kini hampir mencecah angka 80,300.

Jumlah ini berjaya menandingi pesaing politiknya seperti Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (60,159 orang peminat), Datuk Seri Anwar Ibrahim (39,086 orang peminat), Lim Kit Siang (16,694 peminat) dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (9,159 orang peminat).

Namun Najib masih ketinggalan di belakang mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang setakat ini mempunyai seramai orang 201,564 peminat di laman berkenaan.

Pada awal penglibatannya di arena laman sosial ini, Najib menulis beliau akan menggunakan Facebook untuk menyalurkan pandangannya selain mengumumkan aktiviti-aktiviti beliau.

Katanya, beliau juga akan berkongsi pautan, foto daripada Flickr, video daripada Youtube dan juga maklumat lain seperti makanan kegemaran dan juga aktiviti masa lapangnya di laman itu.

Respons warga Internet ke atas Facebook Najib secara umumnya tampak positif. Masakan tidak, jika peminat sendiri yang menghantar maklum balas?

Contohnya pada 18 Jan, Najib di laman tersebut mengumumkan rancangannya untuk mengadakan hari terbuka Pelan Transformasi Kerajaan (GTP).

Seramai 81 orang 'menyukai' posting tersebut, selain menerima sebanyak 105 komen. Komen terakhir bagi posting tersebut diterima daripada Siti Alfinah Riduan yang berkata: “hope sgt akan ada d sabah gak.”

Selain Siti Alfinah, seorang lagi peminat Najib, Afykah Abdullah juga meninggalkan komen pada jam 11 pagi, 21 Jan: “Salam. Dear Dato' Seri, betul ke ada desas-desus mengatakan yang COLA kakitangan awam akan ditarik semula tahun ini?”

Pada Jan 25 pula, Najib berkata beliau akan ditemuramah dalam satu program khas TV3.

Salah seorang peminatnya Abdul Radzi Ismail menyahut dan berkata: “Syabas dan tahniah. Program yang cukup menarik. Saya tertarik dengan kata-kata Datuk Seri bahawa untuk menjadi pemimpin yang baik kita mesti sentiasa mendekati rakyat.”

Namun selain daripada pujian melangit, ada juga yang mengkritik beliau, seperti yang disuarakan Halimaton Saadiah Manaf: “Kasihan saya lihat Datuk ni. 99% dalam Facebook ini menyokong dengan nada mengampu."

“Cara dia orang buat Datuk pasti terlena dan ujub dengan kemampuan sendiri, padahal kami yang miskin ini tersepit kerana apa yang sebenarnya tak dapat Datuk rasa dan tengok dengan pasti,” kata Halimaton Saadiah lagi pada Ahad 31 Jan.

NONEDi antara komentar pro dan kontra ini, ada juga pandangan yang tidak dapat dipastikan duduk perkaranya, seperti yang diutarakan seorang peminat bernama Faiza Alih bagi satu coretan Najib (kanan).

Dia ingin berkongsi bersama peminat program realiti TV popular Akademi Fantasia berhubung dakwaan, kononnya, Sultan Mizan Zainal Abidin selalu disindir oleh ahli-ahli politik di akhbar.

Sementara itu, selain Najib, Mohamad Tasyrif Tajudin - seorang pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan juga mempunyai akaun di laman sosial itu - dan beliau turut muncul menjadi antara berita penting di akhbar.

Mohamad Tasyrif didakwa pada 18 Jan lalu bawah Seksyen 223(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia, kerana menggunakan rangkaian tersebut bagi “mengeluarkan kenyataan yang boleh mengancam keselamatan orang lain.”

Beliau didakwa menulis “kenapa? nak aku baling bom petrol pulak kat sana? ... harga boleh runding” ketika mengulas mengenai serangan terhadap gereja-gereja, rentetan daripada isu penggunaan kalimah Allah.

Sekiranya pandangan sebegini ingin diambil kira, maka Najib perlu berhadapan dengan satu realiti baru. Beliau tidak sekadar perlu meraih populariti di kalangan orang muda tetapi juga perlu menanggap pendirian dan tahap kematangan warga maya ini terhadap sesuatu isu.

Ada pandangan yang menyebut, komen daripada Mohamad Tasyrif itu tidak lebih daripada satu bentuk humor gelap yang sepatutnya dapat diterima oleh masyarakat.

Menurut seorang penyair muda Rahmat Haron dalam satu coretan Facebooknya (Jan 16):

"dia bukan kaki bakar/bukan bodoh/dia pandai buat lawak gelap. kesian ramai yg dah tak faham kata perli/sindir atau sebenarnya siapa makan cili dia rasa pedas. ha ha ha ha ..."

Persoalannya, mampukah Najib membawa rakyat digital Facebooknya ke ruang 'toleransi' seperti itu?

malaysiakini

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower