.
`
refresh 4 new artikal
.

11 March 2010

Mahfuz Kata Biar Dia Melalak? Haiwan Apa Yang Suka Melalak Tu?


*Gambar di sebelah tiada kena mengena dengan mana-mana katak bodoh sama ada yang idup apalagi kalau dah padam, termasuk katak-katak di zoo dan sarkis. Ia hanyalah gambar hiasan sekoq anjing yang yang tengah melalak rindukan bulan purnama yop :))

Dakwaan ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin bahawa wujudnya 'badut hingusan' dalam PAS, tidak perlu di layan, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

"Layan buat apa. Biar dia melalak," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini,

Mahfuz, juga ahli parlimen Pokok Sena diminta mengulas kenyataan Zulkifli - yang dipecat daripada PKR Sabtu lalu - bahawa terdapat “badut hingusan” dalam parti itu yang melatah susulan ura-ura penyertaan kembali beliau dalam PAS.

Menulis dalam blognya semalam, Zulkifli berkata, beliau geli hati dan pelik dengan gelagat pemimpin itu yang melenting dengan perkara tersebut sedangkan beliau tidak pernah memohon bagi menyertai semula parti Islam itu.


Menjelang dan selepas Zulkifli dipecat daripada PKR Sabtu lalu, beberapa pemimpin kanan PAS dilaporkan menolak penyertaan semula ahli parlimen kontroversi itu dengan mengambil kira “setiakawan dalam Pakatan Rakyat”.

Selain Mahfuz, beberapa pemimpin PAS yang turut dilaporkan membantah hasrat beliau itu, antaranya dua lagi naib presiden PAS - Salahuddin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Dua ahli jawatankuasa pusatnya - Mohamed Hanipa Maidin dan Dr Hatta Ramli - turut menentang kemasukan semula Zulkifli dalam PAS.

Manakala setiausaha agungnya Datuk Mustafa Ali pula sebelum ini membayangkan gelapnya masa depan Zulkifli dalam parti itu.

Salahuddin juga enggan memanjangkan lagi perdebatan berhubung penyertaan semula ahli parlimen kontroversi itu.

"Saya tidak mahu komen, biarkan dia," katanya, senada dengan pandangan rakan sejawatannya itu.

3 comments:

  1. Kepada semua pimpinan PAS.DAP dan PKR diharapkan supaya tidak membuat sebarang komen terhadap apa yang diucapkan oleh siluncai tu...

    Biarlah dia nak melalak ke...bertempik ke....buat buang masa sahaja, lebih bsik fikir bagaimana nak kuasai putrajaya selepas pru 13 nanti.

    Nanti semakin dilayan semakin gila pulak...

    ReplyDelete
  2. Haiwan Apa Yang Suka Melalak Tu?” ....

    ReplyDelete

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower