.
`
refresh 4 new artikal
.

16 February 2010

USAH PUTAR BELIT LAGI YB ZUL, BERAMBUS JE CEPAT



Aku terbaca dalam Malaysiakini, YB Zul pelik mengapa tarikh beliau mengadap Lembaga Disiplin PKR bersamaan dengan tempoh beliau ke luar negara. Beliau juga hairan, kununnya ada beberapa pemimpin PKR tidak dipanggil oleh Lembaga Disiplin, itu mungkin kroni kata YB Zul lagi. Lebih melucukan, beliau mengaku tidak faham atau tidak tahu apa pendirian PKR terhadap isu kalimah Allah yang mana isu ini lah yang membuatkan beliau dihadapkan ke Lembaga Disiplin PKR.

YB Zul ini memang suka cari publisiti murahan, asalkan beliau dilihat seperti hero atau pejuang Melayu dan Islam. Beliau tidak kira media mana yang panggil beliau malahan beliau pun lebih suka mencari media haprak musuh Islam itu untuk suarakan perasaan bodohnya itu. Pelik juga, selaku MP dari PKR, beliau sendiri tidak tahu apakah pendirian PKR terhadap isu kalimah Allah ini. Sedangkan aku budak hulu kampung pun tahu dan entah berapa kali DS Anwar maklumkan bahawa pendirian PKR adalah selaras dengan pendirian dan pendapat dari Ulamak tersohor dunia Syeikh Yusof Qardhawi. Akhbar Keadilan dan harakah juga pernah siarkan pendapat serta pendirian PKR ini. Peliknya, YB Zul seorang loyar (peguam) tidak tahu? Apa beliau buat selama ini? Tu lah, asyik ke sana ke mari mencari salah PR je sehinggakan apa yang pimpinan PKR dan PR nyatakan beliau tidak mengetahuinya.

Senang cerita, YB Zul panggil semua media haprak yang beliau berkenan sangat tu, buat sidang media dan umumkan bahawa `saya akan keluar dari PKR kerana tidak lagi yakin dengan PKR untuk melaksanakan Islam, saya lebih yakin dengan Umno'. Atau pun, bagitahu dunia bahawa `saya akan keluar dari PKR dan tidak akan menyertai mana-mana parti politik kerana saya yakin jika berada di dalam Bebas, saya boleh mendirikan kerajaan Islam di mana saya lebih percaya kepada rakan Bebas saya iaitu Ibrahim Al-Kataki'.

Aduhh...lamanya aku nak menanti pengumuman YB Zul keluar dari PKR. Sebabnya ada kawan aku dah siap bernazar jika YB Zul keluar PKR dia nak botakkan kepala dan berpuasa 3 hari. Begitu besar harapan dia agar loyar buruk ini keluar cepat dari PKR. Dia ingat dia lebih Melayu dari Umno dan lebih Islam dari PAS? Sebenarnya, dia ni lebih belit dari ular !!

1 comment:

  1. sori ye loyar buruk zul, gua tengok muka lu gua dah meluat satu dunia, bukan 1Malaysia, cakap macam hero islam, duduk dalam PR-PKR, tapi pendirian parti sendiri pun tak tau, lu ni loyar cap apa, cap kepala ayam ke, bodoh macam kaldai, asyik dok tibai orang je kata orang tak betoi, lu ingat lu dah terlampau bagus sangat ke, tak payah le lu nak jadi hero melayu islam pertama di Malaysia, biar le orang-orang beragam selesaikan walaupun dalam UMNO-BN tak de orang-orang tu, si harussani pun diam seribu bahasa tentang isu tu, mufti lagi tu, lu yang agam tak seberapa nak cakap pasal isu tu, buang karan je zul, lu berambus lagi cepat, aman sikit PR, lu join sama si zaharin yang berkepala besar tu

    ReplyDelete

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower