.
`
refresh 4 new artikal
.

17 February 2010

Senat Amerika Gesa Malaysia Beri Layanan Adil Kepada Anwar

Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Luar Senat Amerika Syarikat, John Kerry menggesa kerajaan memastikan perbicaraan yang adil dan saksama kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang berhadapan dengan kes liwat kali kedua sejak 1998.

Pendirian itu merupakan gesaan kedua selepas satu petisyen dikemukakan oleh lebih 50 ahli Parlimen Australia minggu lalu agar kes Anwar digugurkan.

“Saya meminta kerajaan Malaysia dan khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya memastikan satu prosiding perundangan adil dan saksama dalam perbicaraan yang sedang berlangsung terhadap bekas timbalan perdana menteri Anwar Ibrahim," kata Kerry dalam kenyataan dikeluarkan di Washington, semalam.

Kata Kerry, Anwar pernah menghadapi perbicaraan yang sama buat kali pertama lebih satu dekad lalu tetapi ia telah ditolak oleh Mahkamah Persekutuan kemudian.

Pertuduhan semasa mirip kes yang dibawa beberapa tahun lalu dan ia dikenakan sebaik sahaja Anwar memulakan balik peranannya sebagai Ahli Parlimen, kata senator itu.

"Saya menggesa kerajaan Malaysia menyediakan perlindungan perundangan yang sewajarnya, yang beliau berhak perolehi selaku seorang Ahli Parlimen dan seorang rakyat dan untuk menyelesaikan kesnya dalam cara yang boleh membina keyakinan dari segi ia tidak memihak dan kewibawaan sistem kehakiman Malaysia," katanya.

Gesaan itu dikeluarkan beberapa hari selepas Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat menghadiri Forum Amerika-Islam Ketujuh di Doha yang turut disertai Kerry.

Minggu lalu lebih 50 ahli Parlimen Australia termasuk anggota kerajaan memerintah dan wakil pembangkang menggesa kerajaan Malaysia agar menggugurkan tuduhan liwat yang dikenakan terhadap Anwar Ibrahim

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower