.
`
refresh 4 new artikal
.

16 February 2010

SAMADA EZAM HEBAT ATAU ZAHRAIN HEBAT, PKR TETAP ANGGAP MEREKA `PENCACAI'


Ezam Cemas Zahrain Tiada Impak.

Fazallah Pit

Keluarnya Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Zahrain Mohd Hashim dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) langsung tidak menjejaskan parti sebagaimana dakwaan Mohamed Ezam Mohd Noor.

Menganggap kenyataan Ezam dalam beberapa akhbar kawalan Umno itu sebagai dangkal, Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Badrul Hisham Shaharin melabel Zahrain sebagai 'individu tidak ada apa-apa'.

Malah, katanya, ketiadaan Ezam yang menjadi watak penting ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim merengkok di penjara, langsung tidak menjejaskan PKR, apatah lagi Zahrain.

Beliau berkata, Ezam yang meninggalkan PKR menjelang pilihan raya umum 2008, tidak menjejaskan pencapaian parti, sebaliknya PKR bersama parti gabungan dalam Pakatan Rakyat berjaya menawan 5 negeri.

"Kalau Ezam keluar tidak ada kesan, takkan Zahrain keluar ada kesan? Secara tak langsung, Ezam kata Zahrain lebih hebat daripada dia… Hakikatnya, Ezam keluar tiada kesan, malah kita lebih kukuh.

"Sebenarnya, Ezam mula cemas kerana tidak mendapat tempat yang dijanjikan sebelum ini. Dia cuba cari perhatian apabila ada orang PKR keluar parti," katanya kepada TVSelangor.

Badrul berkata, tindakan keluar parti tidak menjejaskan PKR yang pernah berdepan situasi lebih genting apabila tinggal satu kerusi pada pilihan raya umum 2004 tapi mampu melonjak menjadi parti pembangkang utama dalam senario politik Negara.

"Bermakna, keluarnya individu tertentu termasuk Zahrain bukan situasi membimbangkan. "Kita pernah jadi parti nyamuk ketika Anwar dalam penjara. Ketika itu, BN masih melihat kita sebagai ancaman dan bersungguh-sungguh cuba tarik keluar orang kita," katanya.

Timbalan Ketua AMK, Faris Musa pula mengulangi gesaan pelbagai pihak supaya Zahrain mengosongkan kerusi Parlimen supaya sokongan rakyat pada pilihan raya umum lalu, tidak dikhianati.

"Mandat yang diberi adalah atas nama PKR. Beliau bukan bertanding atas prinsip peribadi beliau, jadi beliau harus melepaskan jawatan.

"Bila keluar parti, melepaskan semua jawatan tetapi termasuk jawatan di Parlimen. Sebab mandat untuk berada di kerusi itu sekarang ini ialah mandat PKR, bukannya kapasiti peribadi," katanya./TVSelangor

1 comment:

  1. sori ezam, komen sikit je tentang lu, apa jawatan yang UMNO-BN dah bagi kat lu, sampai dah nak pilihanraya balik lu dok menyalak semacam anjing hitam dan berkurap je, lu tak dapat apa-apa pun dari UMNO-BN, lu seumpama barua and pencacai BN je, lu jangan berpolitik le, lu punya politik dah tak boleh pakai, pantang ada katak melompat, lu bagi komen, akhbar mana yang suka menjemput lu buat komen tentang katak-katak lahanat tu, lu diam-diam duduk le kawan, jangan dok buat kacau ye

    ReplyDelete

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower