.
`
refresh 4 new artikal
.

01 January 2010

Kenyataan Peguam Sanggah Mahkamah Persekutuan Mengenepikan Peraturan dan Undang-Undang Dengan Menetapkan Tarikh Rayuan 6 Januari Tanpa Nota Mahkamah R

Secara ringkasnya, apabila merayu ke Mahkamah Persekutuan, di dalam kes jenayah, rekod rayuan akan disediakan oleh mahkamah rayuan, dan ianya mesti diserahkan kepada perayu. Selepas sahaja diserahkan rekod rayuan tersebut, perayu mestilah memfailkan petisyen rayuan dalam masa 10 hari dari tarikh penyerahan rekod rayuan oleh mahkamah. Selepas petisyen rayuan diserahkan, barulah tarikh pendengaran rayuan boleh ditetapkan oleh mahkamah persekutuan.

—————————————————————————-
Pada 6-11-2009 Mahkamah rayuan telah membenarkan rayuan oleh Pendakwa Raya di dalam hal berkenaan seksyen 51A Kanun Prosedur Jenayah. Datuk Seri Anwar Ibrahim telah pada 17-11-2009 memfailkan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan terhadap rayuan tersebut.

Melalui transmisi faks bertarikh 29-12-2009, pihak kami telah dimaklumkan oleh Pendaftar Mahkamah Persekutuan bahawa rayuan oleh DSAI tersebut telah ditetapkan untuk Bicara pada 6-1-2010. Di dalam surat yang sama, pihak kami telah diarahkan untuk memfailkan Petisyen Rayuan dengan kadar yang segera. Pihak kami merasa terkejut kerana Rekod Rayuan masih belum diserahkan kepada kami semasa surat pemberitahuan tarikh bicara tersebut diterima oleh kami.

Pada 30-12-2009, pihak kami telah menerima surat bertarikh 23-12-2009 melalui perkhidmatan pos laju, yang menyerahkan kepada kami rekod Rayuan dan Rekod Rayuan Tambahan.

Melalui Kaedah 95 (1) kaedah-kaedah Mahkamah Persekutuan 1995, pihak kami dikehendaki untuk memfailkan Petisyen rayuan dalam masa 10 hari dari tarikh penyerahan Rekod Rayuan.

Jelas, Petisyen rayuan mesti difailkan sebelum atau pada 9-1-2010 yang mana jatuh pada hari sabtu dan disebabkan itu mesti difailkan pada 11-1-2010.

Oleh itu, adalah mustahil untuk Bicara rayuan tersebut untuk dijalankan pada 6-1-2010.

Pihak kami menyatakan di sini bahawa prosedur yang telah dijalankan oleh mahkamah ini adalah salah dan tidak adil kepada pihak perayu.

S.N Nair
Peguam Dato’ Seri Anwar Ibrahim

31hb Disember 2009

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower