.
`
refresh 4 new artikal
.

27 September 2009

'Mahathir & Isa' ibarat 'Labu & Labi....'


Mahathir mengulangi lagi harapannya. Beliau membuat penegasan untuk sekian kalinya, bahawa UMNO tidak patut mencalonkan Isa di PRK Bagan Pinang.

Ini dibuat berdasarkan Isa pernah digantung keahliaannya kerana terjerumus dalam politik wang dalam bahasa yang lembut atau rasuah politik dalam bahasa yang keras sedikit. Dua istilah yang berbeza tapi sifat perbuatannya sama saja.

Adakah Mahathir merupakan orang yang paling layak memperkatakan soal calon 'bersih' dalam UMNO?

Masalah politik wang mula mekar pada zamannya. Apabila beliau menang tipis ke atas Ku Li, maka di wujudkan sistem kuota dalam pemilihan Presiden serta Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Bermula dari situ, mana-mana pemimpin yang ingin membina pengaruh atau kurang berpengaruh atau tidak yakin perwakilan memilihnya maka politik wang subur berkembang membarah, menanah dan mula mereput sehingga sekarang.

Apakah Isa sorang saja ke yang menjadi 'kambing hitam' dalam UMNO? Kenapa Mahathir tidak mendesak Ketua Menteri Melaka melepaskan jawatan Ketua Menterinya? Kenapa Mahathir tidak melaung sekuat-kuat hatinya bahawa Khairy tidak layak jadi Ketua Pemuda?

Apakah hanya amalan politik wang saja yang menjadi 'dosa' bagi UMNO? Apakah 'dosa-dosa' lain boleh diterima dan diamalkan dalam UMNO? Bagaimana kes seorang pembesar di Melaka suatu waktu dulu yang terlibat dengan kes 'bergaul-mesra' dengan budak perempuan bawah umur dibela oleh Mahathir?

Jelas, memang Mahathir mengamalkan 'double-standard' dan memang UMNO itu sendiri mengamalkan 'double-standard'.

Beliau dengan nada seloroh ingin menonjolkan diri sendiri menjadi calon di Bagan Pinang. Di buat begitu kerana ingin menunjukkan penegasan beliau, Isa tidak patut dicalonkan. Baca di sini.

Atau mungkin dia begitu kepingin sekali berada dalam 'limelight' sekali lagi, di mana sekarang, beliau berasa 'hairan diri' kerana ke mana saja beliau pergi, beliau diajukan berbagai-bagai soalan dan juga beliau sentiasa dijemput memberi ucaptama di dalam dan luar negeri.

Jika beliau serius dengan tawaran itu, diucapkan Selamat Datang ke Bagan Pinang, biar dia nampak langit di sana tinggi-rendah.

1 comment:

  1. Barah politik wang atau rasuah politik iaitu istilah UMNO bagi menghalalkan rasuah dalam umno wujud zaman Mahathir,belaiulah yang memperkenalkan kuota bagi pencalonan untuk bertanding lantas timbullah lobi-melobi,beli membeli di kalangan perwakilan.Dia adalah pengasas RASUAH UMNO.

    Sekarang dia bercakap pasal rasuah politik.JENIS PELUPA

    ReplyDelete

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower