.
`
refresh 4 new artikal
.

08 September 2009

Gobind: Saksi Boleh Buktikan Adanya Penderaan

(TV Antara) - Inkues Teoh Beng Hock memasuki hari ke-17 selepas berehat selama satu minggu. Prosiding inkues bermula jam 11 pagi dengan pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Mohd Ashraf Mohd Yunus dipanggil ke kandang saksi.

Peguam mewakili SPRM, Datuk Abdul Razak memohon koroner Azmil Muntapha Abbas menghadkan soalan-soalan yang akan ditanya kepada subjek-subjek yang relevan kepada perjalanan inkues sahaja.

Permohonan ini dibuat merujuk kepada hujah peguam Gobind Singh Deo bahawa SPRM mengenakan tekanan dalam siasatan mereka, sehingga membawa kepada kematian Setiausaha kepada Exco Selangor, Teoh Beng Hock.

Gobind bertegas bahawa dakwaan tersebut mempunyai asas dan kepastian dapat diperoleh melalui saksi-saksi yang dipanggil hari ini.

Penghujahan Gobind ini disokong oleh peguam Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili kerajaan Selangor.

Beliau meminta inkues memberi kebebasan secukupnya kepada peguam untuk mencabar akuan-akuan saksi.

Peguam mewakili Peguam Negara Tan Hock Chuan menuntut Gobind mengemukakan bukti wujudnya elemen penderaan dalam soalsiasat SPRM.

Inkues ditangguhkan sekitar jam 12.00 tengahari.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower