.
`
refresh 4 new artikal
.

26 September 2009

Bila tempua Selangor bersarang rendah


Rabu lalu, dalam berita bertajuk "Isu rasuah masih belum diberikan keutamaan, kata TI-M," Bernama melaporkan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Paul Low berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) belum memperlihatkan hasil yang diinginkan dan orang ramai menganggap suruhanjaya itu sebagai mengamalkan penyiasatan dan pendakwaan secara berpilih-pilih.

Hari ini, dalam berita bertajuk "Hasan Ali gets Selangor Umno support," Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Noh Omar berkata, Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) seperti cuba mengambil alih peranan SPRM semata-mata untuk kepentingan politik kerajaan negeri.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu juga berpendapat penyiasatan Selcat yang dibuka kepada awam hanya akan memalukan pegawai "sedangkan belum pasti mereka bersalah".

Saya bersetuju dengan Noh. Kalau benar SPRM mengamalkan penyiasatan dan pendakwaan secara berpilih-pilih, Selcat janganlah mengambil alih peranan suruhanjaya itu.

Bagaimanapun, saya tak setuju dengan kebimbangan Noh kononnya penyiasatan yang dibuka kepada awam hanya akan memalukan pegawai. Kalau tak bersalah, nak malu apa?

Saya kalau tak bersalah, nak siarkan siasatan ke atas saya ke seluruh dunia melalui CNN, BBC, Al Jazeera pun saya tak peduli. Siar pi la sampai ke langit pun.

Kenapa nak jalankan siasatan secara tertutup macam kes Miss X dirogol yang tak mahu identitinya diketahui umum atau macam kes Haslinda Merican? Kes-kes seperti itu melibatkan maruah. Jalang pun, kalau dia dah bertaubat, tak boleh dijatuhkan maruahnya dan tak boleh diaibkan dia dengan kegatalan zaman silamnya.

Tapi kalau tak bersalah, bapak kepada segala Selcat nak siasat pun, siasatlah!

Awat? Cina DAP malukan bangsa Umno? Laa, kalau betul Cina DAP tu nak malukan bangsa Umno, bukankah bangsa Umno itu hulubalang-hulubalang yang hebat? Kalau betul Cina DAP dalam Selcat nak malukan bangsa Umno, tak dak tulang belakang ka nak jerkah balik?

"Woi Apek! Lu kalau mau siasat, lu jangan bikin gua macam gua yang hantam itu duit! Gua bikin gua punya kerja ikut arahan atas punya orang. Gua tarak hantam itu duit. Lu boleh panggil siapa pun siasat, gua tak takut punya.

"Woi Apek! Lu ingat baik-baik, lu jangan kurang ajar!"

Adakah pegawai yang jerkah balik penyiasat Selcat itu boleh dibuang kerja semata-mata kerana dia berani mempertahankan nama baiknya jika dia tak bersalah? Apa nak takut? Insya Allah, takkan jatuh bangunan!

Apa nak takut, wahai para pegawai yang bersih, jujur dan tidak bersalah? Yang kita takut ialah bila tempua bersarang rendah. Contohnya, bila orang yang membawa kad keahlian PAS beria-ia membela bangsa Umno yang dilihat tidak tidak bersih, tidak jujur dan bersalah (Gambar di atas copy and paste dari Magick River)
sumb3r

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower