.
`
refresh 4 new artikal
.

13 August 2009

Mukhriz: Pengangguran cecah tahap tertinggi..! Najib patut pecat Mukhriz kerana pecah lobang.! Malaysia ekonomi mantap dan tidak hadapi masaalah pun.!

Mukhriz: Pengangguran cecah tahap tertinggi..! Najib patut pecat Mukhriz kerana pecah lobang.! Malaysia ekonomi mantap dan tidak hadapi masaalah pun.!

Kadar pengangguran domestik kemungkinan meningkat kepada 4.5 peratus menjelang akhir tahun daripada 3.7 peratus pada tahun lepas, kata timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri.

"Bagi kita, ini merupakan satu angka yang tinggi dan kita tidak pernah mencecah angka yang tinggi sebelum ini.

"Pada waktu yang sama, kita sedang berusaha mengurangkan kadar pengangguran ini," kata Datuk Mukhriz Mahathir kepada pemberita selepas melancarkan Cabaran "Internship" Negara ketiga di Petaling Jaya hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, kebanyakan kilang yang dahulunya telah memberhentikan pekerja, sekarang ini mula mengambil semula pekerja lama kerana menerima banyak pesanan dari pelanggan.

Sehingga 7 Julai lalu, Mukhriz berkata perangkaan yang dikumpul oleh
Kementerian Sumber Manusia menunjukkan angka terkumpul 38,732 pekerja telah diberhentikan berikutan keadaan krisis ekonomi sekarang ini.

Daripada angka itu, katanya, 29,712 orang diberhentikan manakala 9,020 menerima pemberhentian sukarela.

Selain itu, 40,662 pekerja menerima potongan gaji dan 4,112 pekerja
diberhentikan sementara.

Sebelum itu, semasa berucap, Mukhriz berkata walau pun langkah mengecilkan bilangan pekerja semasa kemelesetan ekonomi sekarang ini tidak seburuk semasa krisis kewangan Asia 1997/98 apabila 84,000 pekerja kehilangan pekerjaan masing-masing, ia masih agak rendah di rantau ini tetapi ia masih membimbangkan.

"Kita perlu melakukan sesuatu dengan menggunakan tindakan kreatif bagi meminimumkan kesan krisis sekarang ini," katanya.

Katanya, kementeriannya melalui Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) akan bekerjasama dengan Jobmarket Sdn Bhd dan Basis Holdings sdn Bhd bagi menyediakan latihan kepada graduan dan siswazah yang ingin menjadi usahawan selepas tamat pengajian masing-masing.

Program itu dilaksanakan dengan kerjasama Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia, Universiti Teknolohi Mara dan Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Bank).

Beliau berkata peserta skim ini diwajibkan menghadiri Latihan Asas
Keusahawanan bagi melayakkan mereka mendapat kemudahan pinjaman melalui Tabung Usahawan Siswazah (TUS) di bawah pengendalian SME Bank.

TUS menyediakan pembiayaan 90 peratus bagi pinjaman kurang dari RM100,000 dan sehingga 95 peratus bagi pinjaman melebihi RM100,000 daripada jumlah keseluruhan kos projek untuk membiayai modal kerja atau harta tetap atau kedua-duanya, katanya.

Sementara itu, 5.0 peratus hingga 10 peratus lagi perlu disediakan oleh peminjam dan jumlah pinjaman TUS yang dibenarkan adalah antara RM20,000 hingga RM250,000.

Mulai tahun ini, INSKEN juga berhasrat untuk melaksanakan program Latihan Asas Keusahawanan Siswazah ini berdasarkan beberapa kelompok perniagaan yang telah dikenal pasti mempunyai potensi yang benar untuk diketengahkan. BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower