.
`
refresh 4 new artikal
.

15 August 2009

Lima Polis, Termasuk DSP, Dicam Tahan Peguam

Lima Polis, Termasuk DSP, Dicam Tahan Peguam


Seorang pegawai kanan polis, Timbalan Superintenden Judy Blacious A/L A.F Pereira antara yang dicam menahan para peguam yang cuba memberi khidmat bantuan guaman pada 7 Mei lalu.

Siasatan terbuka Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) ke atas kejadian itu juga turut mengenalpasti seorang Asisten Komisioner, iaitu ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, Superintenden Azri Abdul Rahman, Konstabel Fauziah Che Mustapha dan Inspektor Azlina Norazli.

Mereka ini dikenalpasti dalam satu proses kawad cam di inkuiri atau siasatan terbuka hari ini. Mereka dicam oleh saksi, Ginie Lim Siew Lin, yang juga salah-seorang yang ditahan pada hari tersebut.

Pada kejadian itu, lima orang peguam telah ditahan ketika hendak memberikan khidmat guaman terhadap anak guam mereka tetapi malangnya mereka pula yang ditahan.

Inkuiri hari ini juga menyaksikan enam orang mangsa tahanan polis dipanggil untuk menceritakan kejadian hari itu.

Seorang mangsa, Ng Chong Soon, mengadu rambutnya ditarik oleh Superintendan Azri, bahkan rakan-rakan yang lain turut dikasari.

Judy Pereira juga dituduh meminta para tahanan menandatangani borang permohonan menolak bantuan khidmat guaman.

"Saya hadir untuk memberikan sokongan kepada peguam yang ditangkap pada hari itu. pada semualah yang ditahan semasa mempertahankan hak asasi ketika berada dalam satu perhimpunan memberikan sokongan. Peguam yang saya kenal juga telah ditahan polis ketika hendak memberikan khidmat mereka membela mereka yang ditahan di balai polis brickfields" ,tegas Sivarasa Rasiah, seorang peguam dan Ahli Parlimen Subang.

Malah Sivarasa juga berpendapat, pihak polis dan masyarakat di negara ini perlu sedar tentang hak asasi mereka. Beliau kesal pegawai-pegawai yang terbabit bertindak di luar batas kuasa mereka.

" Dalam kejadian pada hari itu kita melihat banyak pelanggaran hak asasi dilakukan oleh pihak polis, hak asasi untuk seseorang yang ditangkap untuk berkomunikasi dengan peguam dimatikan sama sekali" - tva

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower