.
`
refresh 4 new artikal
.

09 August 2009

Ceramah Perdana Bersama Bekas Naib Presiden MCA, Datuk Chua Jui Meng Di Kuantan Hari Ini


KUANTAN - Orang ramai terutamanya penyokong Pakatan Rakyat di sekitar bandar ini dan kawasan berdekatan dipelawa hadir beramai-ramai ke Ceramah Perdana yang akan diadakan jam 9.00 malam ini di Jalan Air Putih, Semambu berhampiran pejabat Ahli Parlimen Indera Mahkota dekat sini. Tetamu undangan khas yang akan hadir buat kali pertama berceramah di Pahang itu ialah Datuk Chua Jui Meng (foto), iaitu bekas Naib Presiden MCA dan juga Menteri Kesihatan Malaysia. Beliau yang baru sahaja menyertai PKR bulan lalu, akan memberikan ceramah pertamanya malam ini yang pasti mendapat sambutan ramai. Turut berceramah malam ini ialah Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi Perhubungan PKR Pahang) dan YB Saudara Azan Ismail iaitu Ahli Parlimen Indera Mahkota dan selaku Timbalan Pengerusi I PKR Negeri Pahang.

[Difahamkan sebelah siang tadi, Datuk Chua Jui Meng telah mengadakan beberapa program bersama rakyat di Kuantan dan juga Sungai Lembing. Susulan daripada nama dan pangaruh beliau yang begitu kuat dalam MCA, maka kami yakin kemasukan Chua bakal memnyuntik semangat baru buat rakyat untuk berhadapan dengan kebobrokan kerajaan UMNO dan BN selepas ini. Chua dijangka bakal dapat menarik lebih ramai masyarakat kaum Cina untuk melihat kebenaran dan menolak kebahtilan selama ini. Oleh itu, rakyat di sekitar Kuantan diseru hadir beramai-ramai untuk memberi sokongan terbuka kepada Datuk Chua malam ini. Beliau yang cukup sinonim dengan Kementerian Kesihatan itu, dijangka dapat menarik ramai warga kementerian terbabit untuk hadir sama malam in].

http://pahangdaily.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower